Followers

Saturday, November 19, 2011

TALAM U3K


Sebenarnya, Kuih Talam kali ini merupakan adaptasi dari resipi Talam Keladi yg biasa saya buat. Tetapi, oleh kerana di rumah terdapat ubi kayu dan keledek Jepun, tercetus idea utk menggabungkan kesemua ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi tersebut di dalam resipi kali ini. Justru, saya namakan Talam U3K. Namun, kalau anda hanya ingin menggunakan hanya keladi, orait gak...

Untuk sesiapa yg berminat utk mencuba, silakan. Cuma resipi kali ini byk menggunakan telur..... so sesiapa yg sedang berdiet, boleh makan tp mungkin hanya sepotong dua ajer yer!





TALAM U3K (keladi/keledek/ubi)

Bahan Lapisan Bawah
150 gm ubi keladi
150 gm ubi keledek
150 gm ubi kayu  
(ketiga-tiga ubi ni dipotong dadu, kukus atau rebus hingga 3/4 masak)

200 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
1250 ml santan cair (saya gunakan 500ml santan kotak KARA + 750ml air)
130 gm gula halus
1 sudu teh garam

Cara:
1. Campurkan tepung beras, santan cair, gula dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 15-20 minit sehingga ianya agak pekat sedikit lalu matikan api.

2. Kemudian masukkan ketiga2 ubi yg telah dikukus/rebus tadi dan kacau/gaul sebentar. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Ratakan dan kukus adunan ini selama kira-kira 20 minit.

3. Setelah itu, tuangkan bahan lapisan tengah serikaya ke atas nya. Kukus lagi hingga masak selama kira-kira 30 minit. Buka penutup kukusan dgn hati2 dan lap permukaan kuih dgn kain halus atau tissue jika terdapat kesan air di permukaannya.

4. Akhir sekali, tuangkan bahan lapisan akhir ke atas lapisan tengah tadi. Kukus lagi selama kira-kira 30-40 minit. Setelah kuih masak, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk ( kira-kira 4-5 jam) sebelum dipotong.

 
Bahan Lapisan Tengah
6 biji telur ayam (saiz besar) - kacau sedikit
200 gm gula halus
2 sudu besar (bumbung) tepung beras
450 ml santan pekat KARA
¾ sudu teh garam
 
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga rata dan tapis jika perlu.
 
Bahan Lapisan Atas
6 biji telur ayam (saiz besar) - kacau sedikit
100 gm gula halus
100 gm gula Melaka asli
2 sudu besar (bumbung) tepung beras
450 ml santan pekat KARA
¾ sudu teh garam

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga rata dan tapis jika perlu.

Wednesday, November 09, 2011

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bercakap tentang Sambal Goreng Pengantin ni, dahulunya kita selalu terbayang lauk ni hanya bila tiba musim Raya jer sbb nak buat dia perlukan bermcm2 bahan dan juga masa yg lebih. Even my late mum pun jarang2, kadang2 masak lauk ni. So, kalau tk Raya, susahlah nk jumpa Sambal Goreng Pengantin ni. Yg jenis biasa- tempeh/tahu mmg biasalah. Hari2 pun boleh masak. Seperkara lagi, SGP ni menggunakan byk bahan dan ramuan dan setentunya byk belanja. Tapikan, kalau nk makan sedap, soal ongkos tu tolak tepi kejap lerr. Lagipun, yg puas pun kita sendiri, yg happy banget pun kita!

Sambal Goreng Pengantin ni terdapat pelbagai versi. Saya selalu stresskan bahawa apa pun lauk/juadah... kita yg buat dia mengikut citarasa sendiri. Setiap resipi tu cuma memberi asas atau garispandu kpd rasa yg asli dan tulin mengikut tradisi turun temurun. Asal rasa asli nya tk tercemar, selainnya ikutlah citarasa kita masing2. There's no right or wrong recipe !

Di sini saya nak berkongsi satu resipi Sambal Goreng Pengantin yg ada dlm simpanan saya dan telah saya ubahsuai sedikit mengikut citarasa saya. Kebetulan, saya masak lauk ini pada waktu Raya Haji yg baru lalu. Berikut adalah resipinya. Sesiapa yg ingin mencuba, silakan...

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bahan-bahannya
½ kg daging/ tetel
½ kg paru
½ kg limpa
½ kg hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu lalu digoreng sebentar

10 batang lada merah
10 batang lada hijau
10 batang cili padi (kalau x kuat pedas, boleh dikurangkan atau langsung ditiadakan)
12 ulas bawang putih
* Semua bahan di atas  dihiris  lalu digoreng sebentar

6 tangkai lada kering (digunting serong, nipis dan digoreng sebentar)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
3 batang serai
2 ½ inci lengkuas
1 ½ cawan cili kering yang telah dikisar
* Semua bahan dikisar halus

1 ½ mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
3 sudu teh garam atau secukup rasa
½ cawan gula atau secukup rasa
Secubit serbuk perasa  (jika mahu)
1 cawan minyak untuk menumis
Daun limau purut (jika suka)

Cara :
1. Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.

3. Masukkan santan cair yang telah ditapis dan kacau sebentar.

4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut.  Kacau  hingga rata.

5. Seterusnya, masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa(jika suka). Kalau airnya kurang, bolehlah tambah dgn santan cair lagi.

6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya resap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Tambahlah apa yg perlu.


7. Matikan api dan lauk siap untuk dihidang.










Nota : Sukatan di atas akan menghasilkan jumlah Sambal Goreng yg banyak. Anda boleh kurangkan kpd separuh bahagian atau mengikut kemahuan anda sendiri.

Sunday, October 30, 2011

SALAM

Salam utk semua. Buat masa ni, pc saya sakit arr. Tak dapat nk update apa2. Ni pun saya guna IPhone. Mcm tk selesa gitu... :(

Wednesday, October 26, 2011

PUTERI SALAT (KACANG LEPAT)

Dah lama tk buat Puteri Salat.... Bukan apa, lately saya ni mmg tak byk buat juadah/kuih atau apa2 pun sbb kesuntukan waktu. Kebetulan pulak skarang ni, masing2 dalam famili nak jaga 'badan' oopps kesihatan- tk nk mkn yg bersantanlah, berminyaklah... kolesterol tinggi laa. Pastu kalau saya buat gak, saper nk habis kan kuih seloyang/setalam tu...... Paling2 saya bawak gi ofis jer utk di'sedekah'kan pada teman2 sepejabat....

Sebenarnya, saya ni actually pun, not so keen utk terima order dek kerana masa yg tak mengizinkan ataupun tarikh yg tak bersesuaian. Cuma kekadang tu, terasa terbuka hati dek permintaan orang yg berhajat tu... Tapi kalau tarikhnya x ok, saya pun x dapat tunaikan lerr. Harap maklum yer.

Seminggu yg lalu dapat saya penuhi request seorang teman sekolah lama. Kebetulan saya pun off. Tempahan dua loyang kuih Puteri Salat dapat saya tunaikan. Hah, yg ni sebenarnya repeat order.. Yg buat mereka tertarik katanya ialah.. lapisan pulut di bawah serimuka pandan tu yg saya bubuh dgn kelapa dan kacang lepat. Rasanya sama seperti memakan lepat kacang dgn tambahan 'kastad telur pandan' di atasnya. Kalau sesiapa nk cuba, resipinya akan menyusul kemudian yer.


Pic yg di bawah ni courtesy of kawan saya yg menempah.... 


Bila kawan2 lain tgk pic ni kat FB LOL... ramai yg ngidam dan ngilerr.. So, utk tak menghampakan kawan2, saya buat seloyang utk di'hadiah'kan kpd mereka sempena majlis meraikan di antara mereka yg nak berangkat ke tanah suci Mekah. Tapi utk tapau jer aa.. sbb kat majlis tu dah byk pun juadah.... internasional lagi! Berikut adalah pic2 yg sempat saya snap.


Saturday, October 22, 2011

LAKSA LEMAK (NYONYA)



Actually memang dah lama nak buat Laksa Lemak ni yg selalu kami makan di Banquet Compass Point di Sengkang. Kat sana mmg sedap laksa ni tp semenjak dah bertukar org yg memasaknya... kualitinya terus menurun....dah kureng sedap. Pernah jugak makan di tempat2 lain namun xde yg berkenan di hati.

Setelah menelaah pelbagai resipi dari buku yg saya pinjam dari library ttg masakan Nyonya, saya rasa resipi ini - yg dah saya olah sedikit, dapat menepati citarasa saya. Bagi anda yg nk mencubanya, silakan yer!



LAKSA LEMAK


Bahan-Bahan Rencah

1 cawan cili kering kisar (15-20 tangkai)

1 sudu besar belacan

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

6 hiris lengkuas (kira-kira 1 inci)

2 inci kunyit hidup (atau 3 sudu teh kunyit serbuk)

3 sudu besar (bumbung) ketumbar serbuk

2 btg serai (dititik)

(Kisar semua bahan di atas sehingga halus kecuali serai)



500 gm udang (saiz sederhana)

750 ml air (3 cawan) -  utk merebus udang

½ hingga ¾ cawan minyak masak (utk menumis)

½ cawan udang kering (direndam)

1000 ml air (4 cawan) - utk kuah

1200 ml santan pekat (saya gunakan santan kotak KARA)

1 sudu besar garam (atau secukup rasa)

2 sudu besar gula (atau ikut citarasa)

secukup tahu pok (tahu kering)



1 ½ kg mee laksa (dicelur)

500 gm taugeh (dicelur)

4 keping fish cake (atau ikut rasa) - dihiris

secukup bebola ikan (kalau suka)

1 batang timun (di hiris)

1 cawan daun kesum (dihiris halus)

 10 biji telur (direbus)



Sambal

½ cawan cili kering kisar

15-20 btg cili padi (kisar)

sedikit belacan

sedikit garam

Satukan semua bahan dan masak sebentar di atas api sehingga ia pekat.



Cara: 

1. Didihkan 3 cawan air tadi dan masukkan udang. Kacau sebentar sehingga udang bertukar warna kpd merah/pink.  Keluarkankan udang dan buanglah kulit dan kepalanya bila sejuk. Air rebusan tadi diketepikan.



2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar bersama serai titik sehingga garing dan naik baunya. Masukkan air rebusan udang sedikit demi sedikit supaya rencah tk hangus.



3.  Bila rencah tumis dah garing, bubuh semua lebihan air rebusan udang, 4 cawan air dan santan pekat.  Sentiasa kacau kuahnya agar ia tidak ‘pecah minyak’. Akhir sekali, masukkan bebola ikan, tahu pok, garam dan gula. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Kecilkan api dan biarkan sebentar sehingga tahu tadi lembut.


Cara Menghidangkan Laksa: 

Bubuh secukup mee laksa ke dalam mangkuk. Hiaskan dgn udang, telur rebus, hirisan fish cake, taugeh, hirisan tmun dan daun kesum. Kemudian, tuang pula kuah laksa lemak secukupnya dan bubuh sambal jika suka.    




Wednesday, October 12, 2011

ASAM PEDAS IKAN DURI / KINCAM (TUMIS AIR TELUR)

Menu hidangan makan mlm semalam yg ringkas....... Maklumlah nowadays very very the bz and lazy.. LOL!

Tuesday, October 11, 2011

Sunday, September 18, 2011

MEE HOON GORENG PUTIH

Salams.... Mee Hoon Goreng Putih ni dah lama tak menjamahnya atau memasaknya. Tuhari semasa membalas ziarah Hari Raya ke rumah kawan sekolah rendah (iyer...., kawan sedarjah semasa umur 7-12 tahun dulu ), isteri beliau menyediakan mee hoon ni. Heheh, tak sedar betapa lama nya masa dah berlalu....

Wah, kebetulan blum makan malam lagi... balik keje OT terus gi rumah beliau bersama wife. Bila si isteri2 sibuk pot-pet sesama sendiri (macam dah kenal lama gitu, walhal baru 2 kali bertemu!) -  apalagi, saya bedal sampai licin!  ooppss hampir licin! - (kata orang tua2, tak baik gi rumah orang makan sampai licin terus, heheh). Then, pastu a few days later, ada pulak kawan FB pun tanya camna nak masak mee ni.... Takleh jadi, mesti nak masak sendiri jugak sbb tuhari makan kat rumah kawan kena elok2, takleh gelojoh..... Last entry bab Mee ni pun dah lama. Cuba tengok kat sini. So projek masak hari Ahad ni  Mee Hoon Goreng Putih lerr.

Simple dan mudah jer nak masak mee ni. Bak kata orang, orang lerr, bukan saya eh! - main campak2 jer bahan2 tu dalam kuali. Pasti jadi. Namun bagi mereka yg mula nak berjinak2 dlm bidang memasak ni, its quite a daunting task too! So yg dah terror masak tu, cuci mata jerlah yer. Saya dokumentasikan resipi ini sebagai rujukan saya dan mungkin anak2 saya yg saya rasa perlu diberi tunjuk-ajar ilmu kulinari ini demi masadepan kehidupan rumah-tangga mereka kelak. Jom..



 MEE HOON GORENG PUTIH

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
7-8 ulas bawang putih } ditumbuk halus
6 ulas bawang kecil } dihiris
500 gm daging lembu (dipotong kecil2/nipis dan rebus hingga empuk)
300 gm udang hidup (dibersihkan)
300 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi (potong kecil)
secukup kobis (hiris)
sedikit taugeh (optional)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos oyster – optional
1 sudu makan sos abalone – optional
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada putih serbuk
secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak secukupnya
bawang goreng (optional)
telur dadar utk hiasan (optional)
lada jeruk

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga separuh masak lalu masukkan bawang putih tumbuk. kacau2 sehingga bawang kekuningan sket.
Kemudian masukkan, udang, sotong dan fishcake. Kacau sebentar lalu masukkan daging, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi.Bubuh sedikit air rebusan daging jika perlu.
Kacau lagi hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur. Gaul sehingga rata. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Toko tambahlah apa yg perlu.
Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar.
   
Nota:
Apa2 yg optional tu, kalau xde atau tknak pakai pun ok. Tak menjejas rasa mee tersebut.
Kalau nak tambah apa2 pun, go ahead, especially sayur-mayurnya.


Saturday, September 17, 2011

MEE BETAWI


Mee Betawi merupakan satu lagi jenis hidangan mee yg kuah asasnya diperolehi dari rebusan ayam, daging, udang dan sebagainya. Seorang teman FB telah request utk mendapatkan resipi Mee Betawi ni. Bila dengar jer nama hidangan ini, teringat saya pada resipi yg dah hampir lebih 20 tahun saya simpan dalam senarai/arkib saya. Pencarian di Internet juga menghasilkan beberapa versi yg hampir serupa tapi x sama. Apapun, setelah menelaah resipi-resipi tersebut, saya pun cuba menggabungkan intipati2 yg menjurus terhadap penyediaan Mee Betawi ini.





Beginilah hasil percubaan saya...semoga Sis Wardah juga akan mencubanya dan berikan feedback. Tetapi sebagaimana biasa, lazimnya apa pun resipi yg saya kongsi bersama merupakan resipi asas yg boleh anda menokok tambah dan mengubah-suai mengikut selera anda. There's actually no right or wrong version here. Terserah kpd citarasa dan selera masing2. Tepuk dada tanya selera. Jom tengok resipi dan pics.

MEE BETAWI

Bahan-Bahan
500 gm daging lembu
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave)
 
1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional, saya terlupa nk buat!!


Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)

½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

cili jeruk


Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.

Cara Menghidangkan Mee Betawi


Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis  ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng.






Nota :
Anda haruslah berhati2 dgn penggunaan cili padi. Saya actually bubuh 40-50 tangkai cili padi. Bila waktu masak, saya rasa taklah begitu pedas;  tp anak2 dan isteri cakap “berdesssuuuuttttt” pedasnya. Tapi bagi mereka yg rasa kuahnya kurang pedas, bolehlah hidangkan dgn cili hijau/cili padi jeruk... asal jgn berasap jer keluar kat telinga....
  

Friday, September 16, 2011

CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS

Ada yg suka dan ada yg kurang minat dgn cookies "chocolate cornflakes macaroons" ni dek kerana kemanisan  meringuenya. Ada satu posting yg lalu ttg  resipi yg sama tetapi ada yg feedback hasilnya tk begitu garing atau rangup.

Di sini saya sertakan satu lagi resipi mudah yg Insya'allah akan menepati citarasa anda khususnya kanak2. Kalau nak cuba, silakan.


 
CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS

Bahan-Bahan

280 gm cornflakes (atau almond flakes)

100 gm choc renchoco/choc chips

255 gm gula halus

115 ml putih telur  

½  sudu teh esen vanilla

½ sudu teh garam halus



Cara-Cara:


Pukul putih telur hingga naik.


Masukkan garam dan gula lalu pukul terus hingga pekat.


Kemudain masukkan cornflakes. choc chips dan vanilla. Gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( seperti badam, walnut, hazelnut, etc).
 

Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 170 darjah Celsius selama kira-kira 25 - 30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).



KEK LAPIS CEMPEDAK, KEK LAPIS PEPPERMINT CHOC ANDES, KEK LAPIS PRUNE BEREMPAH


Salam buat semua pengunjung. Maaf, kerana saya selalu 'cuti rehat' memanjang waktu bulan puasa. Lagipun keadaan kesihatan pun kadang2 ok kadang KO! Wife dah pesan...tahun ni xyah amik order kek lapis laa. Rehat jer..... kebetulan, cuti yg saya sediakan utk baking pun kena kensel dek Pilihanraya Presiden Spura!

Apapun, saya dapat menyediakan 4 biji kek lapis, tiga utk saya sendiri dan satu lagi buat Mami Asmah Laili. Di sini saya sertakan resipi-resipi utk dikongsi bersama.




KEK LAPIS PEPPERMINT CHOC ANDES


Bahan-Bahan
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette (optional), saya tk taruk
180 gm gula halus
10 biji telur (saiz besar)
120 gm serikaya/sekaya
1 tin susu pekat manis
120 gm Horlicks
240 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar esen peppermint
secukup pewarna hijau (saya gunakan jenis serbuk)
2 sudu besar chocolate paste/emulco
2 bungkus Chocolate ANDES perisa peppermint

Cara
Pukul mentega, ovalette dan gula dgn high speed sehingga kembang (7 – 8 minit)
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (4-5 minit)
Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung HK. Pukul sebentar setakat adunan dah rata. (1-2 minit)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi di bahagikan kpd 2 - satu plain dan satu cokelat (dibubuh chocolate paste).

Cara membakar :

Bakarlah 4-5 lapisan pertama berselang-seli di antara adunan plain dan cokelat.
Kemudian, bakarlah lapisan hijau sehingga selesai dgn dibubuh choc ANDES di antara lapisan2 tersebut.
Akhir sekali bakar lagi 4-5 lapisan terakhir dgn adunan plain/cokelat.





KEK LAPIS CEMPEDAK


Terdapat pelbagai variasi resipi kek lapis cempedak. Di blog saya pun dah ada 2 resipi yg berbeza yg dah saya kongsi pada entry2 yg lalu. Kali ini, saya buat satu lagi versi kek lapis cempedak yg saya rasa terbaik yg pernah saya buat. Ini pandangan saya lerr. Kata orang tu "lain orang, lain rasanya".


Kalau nak cuba, silalah menelaah resipi berikut :


 
KEK LAPIS CEMPEDAK

Bahan A :
500g mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen cempedak - (optional)
1 sudu teh esen vanilla

(Pukul semua bahan di atas dgn high speed)

Bahan B :
20 kuning telur
5 putih telur
270 gm gula kaster (halus)
1 sudu besar ovallete

120 gm tepung Hong Kong/ Top
20 gm tepung susu
150 gm puree cempedak*

*Bahan Utk Puree :

600 gm  isi cempedak (dibuang biji)
220 gm gula kaster/halus
220 ml air
(Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Dikacau2 selalu agar tidak hangit)
 

Cara :
Pukul telur, gula kaster, ovalette di dalam mangkuk mixer dgn high speed sehingga kembang dan pekat.
Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.


Seterusnya, bubuh tepung HK dan tepung susu, sedikit demi sedikit lalu dikacau rata.


Akhir sekali bubuh 150 gm puree cempedak. Kacau lagi hingga sebati.

Sediakan loyang kek berukuran 10” x 7” atau 8” x 8”. Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing dan gris kan di sekelilingnya.
Kemudian mulalah membakar/melapis kek di dalam oven dgn suhu 170-180 darjah Celsius.

Utk lapisan pertama, bakarlah dgn menggunakan api atas dan bawah sekitar 5 minit dan kemudian tukarkan kepada api atas (grill) saja dan terus membakar sehingga kekuningan.

Bakar lapisan kedua seperti biasa sehingga masak. Kemudian bubuh 2-3 sudu besar puree cempedak ke atas lapisan kedua yg dah masak tu lalu ratakan. Bakar hingga cempedak betul2 kering. 

Kemudian buatlah lapisan seterusnya. Setiap dua lapis baru dibubuh lapisan puree cempedak. Buat begini sehingga selesai adunan.

Setelah lapisan terakhir dibakar, kecilkan suhu oven kpd 130-140  dan buka semula api atas bawah lalu bakar selama 10-15 minit sehingga kek masak rata.  



NOTA :
Utk menambah rasa lebih lemak kpd kek, anda bolehlah sapukan mentega cair di permukaan setiap lapisan kek yg plain (tanpa cempedak).

Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk bujur adunan. Kalau rajin, bolehlah dibubuh puree cempedak pada setiap lapisan kek... 
  







Yang dibawah ini pula resip kacukan prune dan rempah. Dek kerana malas nk buat lapis prune dan rempah seCara berasingan, hah.. nilah dia keje orang malas...



Jom, layan resipi sekali lagi...


KEK LAPIS PRUNE BEREMPAH

Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
280 gm gula halus
500 gm mentega
150 gm tepung Hong Kong
200 gm susu pekat
50 gm badam kisar
2 sudu teh rempah kuih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli
180 gm buah prune (digunting2)

Peraturannya:
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur.
Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak. Pada setiap lapisan genap, bolehlah dibubuh dgn buah prune.

Nota :
1 Pada lapisan pertama, gunakan api atas bawah dgn suhu 170-180 darjah Celsius. Setelah lapisan pertama hampir masak, tukarkan oven kpd fungsi grill dan bakar sehingga kekuningan.
2 Lapisan kedua sehingga akhir, gunakan api grill sahaja.
3. Kalau suka, pada setiap lapisan boleh disapu dgn mentega cair.






Yang di bawah ni pula.. Kek Lapis Lempuk Durian yg saya buat khas utk Mami Asmah Laili. Oleh kerana hadiah, x dapatlah saya dissect dan posing2kan tekstur dan rupa keknya yer! Setakat rupa di luar jer ;). Semoga Mami berpuas hati dgn hasilnya, mudah2an. Kalau kurang enak, "mintak ampunzzz" Apapun, resipinya ada di sini.