Salam buat semua. Maaf kerana 'menghilang' seketika. Sebenarnya, for the past one week, banyak perkara/masalah yg harus ditangani. Bukan apa, kekadang tu, semua yg berlaku lepas satu, satu.
Saya ni bukan ler "orang elektrik". Dahtu lampu kat dua-dua bilik air rosak, kat bilik tidur utama pun rosak!! Hai...puas tukar wayar/starter tak jugak nyala. Tukar bulb pun tak OK. Bila 'dia' suka nak nyala, petik swis sekali dah on. Kalau tak, tunggu ler tepi pintu toilet tu -tak nyala2. Nak mintak tolong kawan, heheh, diaorang sibuk gak. Hai...stress.. Sekali-sekala kami bergelap lerr dlm toilet!! Help! I need help!!
Komputer ni pun dah mula "main gila" - kadang2 OK, kadang2 KO!! Scanner pun 'sakit'. Internet pulak , slow... Ni yg buat malas nak update! Kadang2 rasa itu jam jugak nak hempas benda ni.. Maybe it's about time I get a new PC; dah nak nazak agaknya PC ni. Sejak tahun 2001 dah bermastautin kat rumah ni.
Hah, cakap pasal benda rosak, peti sejuk yg dah bertahun2 lamanya berjasa kpd kami pun mula nak KO. Bukan satu tapi dah dua para-paranya retak. "Dia" pun dah tak kuat lagi.... Entah kat mana nak beli penggantinya- blum ada masa nak cari info. Ikut hati, aku lelong jer - saper nak esbok aku?? saper nak? Then, baru boleh beli yg baru. Ishhh, kalau sumer nak beli..heheh... rabak jugak kocek!
Btw, me also not feeling so well these past few days since last week. Last Saturday, pi kenduri arwah kat rumah bro-in-law. Sunday -heheh...lepak, satu keje pun tak buat. Seronok...
Anyway, berbalik kepada topik Buku Kek Lapis Sarawak Jilid 3 (Pn Rabiah Amit), saya dapati kali ini banyak resipi beliau menggunakan telur yg banyak- antara 15 hingga 20 biji. Seperkara lagi, kombinasi warna kek pun banyak berkisar pada warna hijau, biru dan cokelat!, merah sekali-sekala.
Buat diri saya yg mmg suka warna2 yg garang dan pelbagai ni, saya mungkin menukarkan sesetengah warna keknya kpd warna yg lebih segar/ceria, heheh..Ini pandangan saya jer. Namun demikian, Insya'allah, once in a while saya akan postkan resipi kek lapis beliau di sini. For a start, saya sertakan resipi di bawah ni:
KEK LAPIS POLKADOT SAGU
Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
210 gm gula kastor
180 gm tepung Hong Kong
50 gm tepung sagu
1 sudu makan ovalette
Bahan B
480 gm mentega
1 tin kecil seri kaya
5 sudu makan susu pekat
500 gm roti tunjuk
pewarna hijau dan coklat
perasa pandan dan coklat
Cara Membuat:
1) Pukul semua Bahan A hingga kembang dan masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati
2) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian berwarna hijau ditambah dgn perasa pandan. Satu bahagian berwarna coklat ditambah perisa coklat. Lapis warna coklat sehingga masak.
3) Kemudian susun roti tunjuk. Lapis lagi warna hijau dan susun roti tunjuk selepas itu. Susun berselang-seli, hijau dan coklat. Ulang proses ini sehingga habis.
Catatan Saya:
Cara pembikinannya kurang jelas/terperinci. Setelah Bahan A dipukul hingga kembang, "masukkan Bahan B". Saya rasa anda perlu memukul mentega tu sebentar hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam Bahan A. Kemudian, masukkan seri kaya dan susu.
Anda-anda yg pakar dlm membuat Kek Lapis Sarawak- harap dapat tolong perjelaskan ya!
Meantime, as promised inilah rupa mixed herbs - salah satu bahan utk membuat daging black pepper steak, yg saya janji nak tunjukkan dulu. Antara kandungan herba-herbanya ialah thyme, rosemary, marjoram, basil, oregano dan sage.
Dan ini, sekedar berkongsi pics tentang jering rebus dan sambal tumis petai yg diberi mak saudara kpd saya jer!! Dah lama saya tak makan petai dan jering ni . Almaklumlah, orang rumah tak makan benda2 ni, jadi saya pun tak masak lerr.. Resipinya biasa2 jer, I'm sure anda tahu memasaknya. As for jering tu, kalau yg muda selalunya dibuat ulam dan makan dgn sambal belacan. Kalau nak rebus pilih yg tua dan rebus hingga empuk dan dimakan dgn kelapa parut yg dibubuh sket garam dan gula.
Kepada sesiapa yg saya belum sempat menjawab email atau pertanyaan, Insya'allah akan saya jawab. beri saya sedikit masa ya! Heheh, kalau ada pun yg saya terlupa, ingatkan eh!
17 comments:
Sabor bro sabor... jangan dok hempas komputer tu! Hehehe... jangan tak tahu, pagi ni tadi pun, line tenet slow. Mulalah my blood want to go upstairs! But ended up, I went upstairs, menyapu bilik-bilik kat atas! Hahahaa..good therapy.. Get well soon ya bro.... take it easy on everything ok...
alamak abg rozzan....jering rebus....perghhhhhhhhh marvelusss....ingatkan org belah pantai timur, M'sia jer tau mkn jering rebus ni....ropenya abg rozzan pun tau makan jugakkk...sedapnyaaa...
Kalo saya punya stail mkn jering rebus lagi sedap kalo ditumbuk dulu kasik leper skit...then baru cicah kelapa....perghhhh....delicious...hehehheheh
Kerana masih sabor ler ni, masih boleh taip message kat sini. Tapi, mmg dah tekad dah "berpisah" dgn pc ni tak lamo lg. Cuma menanti masa jer...
Sebelum my blood oso go "upstairs", baik ler I pi makan apa2 yg ada kat dapur tu hah!!
narizz >
Saya mmg dah lamo tau makeh jereh ni sis ooiii. Dari bebudok sekola lai. Sodap...
Wah, tumbeuk leper- lagi best tu, pastu, buboh byk2 kelapo parut & gula sket. Isteri lalu pun tak perase!
Salam Bro,
Saya pun ada membeli buku Puan Rabiah Amit. Penelitian saya pada resipinya, ada yang tersalah taip..tak leh nak salahkan Puan Rabiah Amit, sebab proof reader yang patut buat kerja ni.
Overall buku ini saya hanya buat rujukan tentang coraknya. Ada corak yang terbaru yang membuatkan saya teringin mencuba..tapi faktor masa..after rayalah kut.
Lagi satu, arahan resipi dia lebih sesuai untuk orang yang memang dah tahu buat kek lapis. Kalau first timer - nangislah tak berlagulah..
Inilah komen saya yang tak seberapa ini.
Salam Bro Rozzan
Been a silent reader to your blog, suka dgn blog bro keseluruhannya. Ttg resepi kek lapis rabiah tu, kalau tak silap sy, cara sy lah ye, biasanya kek lapis ni adunan telur akan dipukul bersama dgn gula. Adunan mentega akan dipukul bersama dgn susu & kaya dan mentega hingga sebati. Lepas tu baru kedua adunan tersebut dicampurkan sekali.
Hope this helps.
W'Salam Nomie.
Thanks for your feedback. Ekcelli, saya tak salahkan Puan Rabiah atau mana2 pihak.
Seperti anda katakan, saya juga berpendpt buku ni sesuai buat mrk yg dah ada pengetahuna asas membuat kek lapis/kek lapis sarawak. Ini kerana cara explanation nya, tidak begitu detail.
Sbb tu, bila saya beri resipi kat blog saya, seberapa mungkin, saya nak bagi penerangan yg sejelas-jelasnya agar mereka yg baru belajar pun boleh mengikutinya dgn betul dan berjaya.
Terima kasih sekali lagi krn sudi memberikan pandangan anda ya.
WS, Nur68.
Wah, dapat satu lagi info bab kek lapis ni. I'll take note of this. Thanks for sharing ya sis!
Saya memang suka sangat bila bab kek lapis.Bila tengok gambar kek lapis polkadot sagu ni, teringin juga nak cuba.ianya seakan sama dengan kek lapis mutiara(sumbangan myresipi:maryam81).cuma yang ini ada 2 warna.Saya telah mencuba resipi sumbangan maryam81 kek lapis mutiara tapi saya buat ubahan sedikit ler...dan, warnanya juga saya cuba saya ambil idea dari resipi rabiah hamit.saya tak gunakan resipi rabiah ni sebab kebetulan takde tepung sagu ...so, ikut je resipi maryam81.hasilnya...memuaskan...terimakasih marym81 & idea corak warna rabiah hamit...really appreciate it!!
Salam anonymous,
Mmg bila saya terpandang resipi kek lapis polka dot sagu dlm buku beliau jilid 3, terus saya teringat ttg kek kek lapis mutiara yg warna coklat penuh tu. Cuma seperti kata anda, kali ini Pn Rabiah tampilkan dgn 2 warna. Ekcelli, saya mmg nak buat kek lapis polka dot ini tp dgn warna yg lain. Biskut jejari pun dah beli, cuma menunggu masa lapang yg blum kunjung tiba jer...
Hi Rozz, may I know what is Tepung Sagu in English? Is there any substitute for it because I'm currently situated in Australia.Can I use Tepung Jagung/Maizena instead?
Hi Bro Rozz, It's me again. I forgot to ask you what is the cooking method? You did not mention in your recipe. Do I kukus or pakai oven? Thanks a lot ya....
Hi Quinn
Sorry for my late reply. Tepung sagu is tapioca flour. If indeed you're not able to get hold of it, I suppose corn flour could do the job, only corn flour is much lighter.
Also, the cooking method is 'bake'. Hope that explains ya!
Salam
I agreen with Nomie. Buku ni sesuai dengan mereka2 yang dah ada basic kek lapis Sarawak coz ada hidden steps. Masalah printing error memang lazim. Dalam jilid 1 n 2 pun ada printing error. Pasal method kek lapis dari buku Rabiah Amit, bahan A dipukul hingga kembang, bahan B dipukul hingga berkrim then baru disatukan n gaul sebati (sentiasa pastikan bahan B dimasukkan ke bahan A dan bukan sebaliknya).
WS Aidaar,
Thanks for sharing ya!
tepung sagu tu sebenarnya hanya ada d sarawak je. sesiapa yg penah g sarawak..especially area mukah..kat sane mmg terkenal ngn makanan sagunya.
sagu ni hasil dari pokok sagu tu sendiri. kalau dari penghasilan sagu tu sendiri pn mmg unik..masih lagi cara tradisional.
biasanya kalau tepung sagu org biasa buat 'linut'.sejineis makanan tradisional org melanau.
Slam Bro, roti tunjuk tu apa? Is it biskut Pocky?
Post a Comment