Followers

Sunday, June 07, 2009

AYAM MASAK PADANG / LEMAK PUCUK UBI

Kalau nak ikutkan hati macam malas jer nak masak, hujung2 minggu ni. Terutama sekali bila dah pergi jemputan walimah, dah kenyang, so takyah masak. Kadang2, buat anak2 , kami beli jer - for a change.

Nevertheless, harini sebelum ke majlis walimah, saya dah siapkan lauk Ayam Masak Padang. Pada pendapat saya, rasa lauk ni iras2 seperti ayam masak merah dgn ayam masak lemak cili padi". Seterusnya, saya juga sempat sediakan lauk pucuk ubi masak lemak. Sebenarnya, dah lama nak masak lauk ni, (mcm mengidam pulak!). Terdapat pelbagai variasi bahan/sayur2an yg boleh kita gunakan utk masak lauk lemak ni seperti daun turi, pisang muda, rebung, kobis, pucuk-pakis dan sebagainya. Cuma bila difikir-fikirkan, mungkin saya dan isteri saja yg makan lauk ni. Anak-anak? -mungkin tak sentuh agaknya!!


Tapi sangkaan saya meleset. Semua anak-anak makan lauk lemak pucuk ubi ni, walaupun awal2 saya dah bagitau ttg 'sayur' yg saya gunakan dlm lauk lemak ni. I'm surprised but pleasantly surprised!

So, inilah resipi utk hari ini bagi mereka yg ingin dan sudi mencuba. Nothing special - sekadar berkongsi pengalaman dan foto ya...


AYAM MASAK PADANG

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1½ kg) –dibersihkan, potong ikut suka
3 gelas santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)
atau (400 ml santan kotak + 200 ml air)
1 cawan air
¾ cawan minyak masak
4 ulas bawang merah (b.kecil) –dihiris (utk tumis)
8 helai daun limau purut


Rempah Kisar
2½ sudu besar ketumbar
8 btg lada merah
8 btg lada kering
1 inci halia
½ inci kunyit hidup
3 biji buah keras digoreng
1 inci lengkuas (dititik)
1 btg serai
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

garam secukup rasa
1 sudu teh gula
jus dari 1-2 biji limau kasturi

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk Tumis bawang merah yg dihiris tadi hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah kisar dan daun limau purut lalu masak hingga rempah garing, baru masukkan ½ cawan air. Teruskan masak sehingga terbit minyak dan bubuh ½ cawan air.


2. Bila lauk terbit minyak sekali lagi, baru masukkan santan pekat. Biarkan hingga mendidih lalu masukkan ayam, gula, jus limau dan garam. Masak sebentar sehingga ayam empuk dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda


LEMAK PUCUK UBI

Bahan-Bahan
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
2-3 ulas bawang putih
1 btg lada merah (kecil)
1 cm kunyit hidup
3 sudu besar udang kering (direndam)
(kesemua bahan dikisar/tumbuk)

1 ikat daun pucuk ubi (ambil daunnya saja dan rebus hingga empuk)
1 senduk besar kacang hijau (rebus hingga empuk)

200 ml santan kotak }
400 ml air } disatukan
garam secukup rasa


Cara:

1) Bubuh pucuk ubi yg telah direbus ke dalam sebuah periuk.

2) Masukkan pula bahan kisar kedalamnya bersama campuran santan/air. Lepas tu, masukkan kacang hijau tadi. Masak hingga kuah mendidih dan bubuh garam secukup rasa. Matikan api.



2 comments:

Mat Gebu said...

Bila tengok rozzan masak lemak pucuk ubi campaur kacang hijau, teringat dulu2 bonda saya pun kalau masak lemak turi, dia campur kacang hijau..

BR said...

Orang dulu2 kalau masak sumernya sedap. Kalau mak saya masak lauk turi pula, dia bubuh potongan keledek , lemak2 manis gitu.