Salam. Maaf kerana blakangan ni tak byk updates. Mungkin virus "M" sedang giat melanda kat badan ni. Jadi walau ada masa pun, terasa mcm malas jer nak buat apa2. Mentelah lagi bulan puasa pun dah nak tiba.
Membuat biskut/cookies bukanlah sesuatu yg selalu saya lakukan. Paling2 pun 1- 2 kali setahun sewaktu musim perayaan. Justeru itu, cookies/biscuits are actually not my forte or my speciality. Bagi mereka yg bertanya ttg resipi biskut/cookies, selain apa yang ada kat blog saya ni, mungkin anda boleh juga melungsuri ke pelbagai lelaman forum seperti Forum Resipi Diana, My Resipi.com, Resipi.net dan byk lagi. Mungkin ia akan dapat memberikan anda lebih byk idea utk persiapan menjelang Raya nanti ya.
OK, di sini saya saja nak update pic black pepper steak yg saya cuba buat dgn resipi yg telah diberi kak fidah. Komen saya ialah, rasanya not bad- sedap, cuma mungkin anda harus tambah sukatan kuahnya. Kalau setakat lebihan 'air daging', mentega bekas goreng daging dan tomato - kandungan kuahnya amat sedikit. Apa pun, its a good try for me too.
2 comments:
Hi, Bole saya dapatkan resipi ini? termi kasih
Cuba anda refer kat link ni http://rozzan.blogspot.com/2008/07/resipi-black-pepper-steak.html
Resipinya ada pada entry bertarikh 29 Julai 2008 ya.
Post a Comment