Saja nak buat kek yg simple tapi enak. Dah beberapa kali ternampak di blog Che Mat Gebu (bro kita di Johor yg begitu bertenaga sekali dalam mengupdate blog beliau dgn masakan2 yg pelbagai jenis dan rasa). Saya tabiklah dgn tenaga anda Bro CMG!!
Resipi kek marble ni saya cilok dari blog beliau, cuma saya ubahkan sedikit jer. Tapi mutunya tetap baik dgn hasil kek yg lembut dan gebu dan tak terlalu manis. Thanks bro!
KEK MARBLE TRIO
Bahan-Bahan
300 g mentega
280 g tepung gandum (saya guna tpg Hong Kong)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallate
250 gm gula halus
30 g gliserin
20 ml air (disatukan) - saya gunakan 50 ml buttermilk
1½ sudu teh coklat emulco (saya guna chocolate paste + beberapa titik pewarna cokelat)
1 sudu teh strawberry emulco (saya gunakan 1 sudu besar mango puree + 1 sudu besar esen mangga + sedikit pewarna kuning)
½ sudu teh esen rose (saya gunakan 1 sudu teh esen vanilla)
CARA
1) Sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci yg telah dialaskan dasarnya dgn kertas tracing/parchment dan diolesi dgn mentega.
2) Pukul mentega hingga kembang dgn speed sederhana (kira-kira 4-5 minit). Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Selepas itu, alihkan adunan ini ke dalam sebuah bekas.
3) Selanjutnya, pukul gula, ovalette dan telur dgn speed/kelajuan yg tinggi selama kira-kira 7-8 minit sehingga adunan naik, kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
4) Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan mentega/tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian, masukkan pula buttermilk dan kacau rata.
5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian dibubuh chocolate paste & pewarna cokelat, 1 bahagian dicampur mango puree, esen mangga + pewarna kuning dan yg akhir sekali di bubuh esen vanilla dan dibiarkan plain.
6) Tuang aduan secara berselang-seli di dalam loyang tadi. Lorekkan dengan hujung chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
7) Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama kira-kira 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan letak di atas redai kek sehingga ia betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
CATATAN CMG :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek