Followers

Wednesday, June 17, 2009

CHERRY CHOCOLATE CAKE




Rancangan asal tuhari nak buat kek blackforest tapi bila teringatkan baru juga buat gateau buah2an yg menggunakan fresh/whipping cream, maka saya pun tukar plan dan buat kek cokelat ni. Bukan apa, actually saja nak cuba pelbagai resipi kek sponge.

Kek sponge merupakan asas bagi membuat pelbagai kek yg kemudiannya dihias dgn bermacam cara dan kaedah. Namun, apabila kek sponge ni dimakan begitu saja, rasanya agak kurang lemak. Ini mmg maklum kerana sesudah diicingkan dan dibubuh pelbagai bahan kat dalam dan permukaan kek tu, hah! barulah ia mendapat nama dan identitinya yg unik dan tersendiri. And, of course, their own distinct taste & flavour. Thats why kek asasnya tak perlu selemak kek mentega atau kek chocolate agar rasanya nanti tak terlalu "muak".

Di sini saya sertakan satu lagi resipi kek sponge yg ada dalam simpanan saya (tak ingat pulak dari mana sumbernya). Resipinya agak mudah diikuti dan utk decornya, terserah pada kreativiti anda sendiri.

KEK SPONGE COKELAT

Bahan-Bahan:

5 biji telur saiz "A" (kira-kira 85 gm) –saya gunakan 6 biji, setiap satu beratnya 70gm
200 gm gula
160 gm tepung kek (kalau tkde, gunakan tpg gandum jer)
25 gm cocoa powder
1 tsp chocolate emulco
40 gm minyak jagung


Cara:

1) Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat

2) Masukkan tepung sedikit-sedikit bersama minyak jagung lalu terus kacau. Anda juga boleh menggunakan tangan anda utk menggaul bahan ini dgn perlahan sehingga rata & sebati . Tapi, buatlah dgn berhati-hati dan jgn terlalu lama agar udara kat dlm adunan kek tu masih dapat dikekalkan.

3) Tuang adunan ke dalam loyang bulat berukuran 9" dan tingginya 3” yg telah dialas pd dasar dan digris.

4) Bakar selama kira-kira 40-45 minit dgn suhu 175C.

5) Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk sebelum dipotong 3 lapisan utk dihias.
HIASAN KEK

Chocolate Ganache
250 gm cokelat masakan
125 ml/gm whip cream
1 sudu besar mentega

* Cairkan cokelat dgn kaedah “double-boiling”. Kemudian angkat dari api dan bubuh whip cream dan terus kacau hingga pekat. Masukkan mentega dan kacau lagi. Siap digunakan.

Sedikit cokelat masakan putih
- Cairkan dan buatlah apa-apa design utk dialaskan pada buah ceri

Secukup buah ceri atau strawberry
Cokelat bar Van Houten (atau apa je jenama) – utk parut dan tabur atas permukaan kek
80 gm hazelnut (dipanggang sebentar dan dicincang)


CARA

1) Kek sponge yg telah sejuk dipotong menjadi 3 lapisan.

2) Ambil satu lapisan (pertama) dan ratakan krim ganache ke atasnya. Kemudian, taburkan hazelnut cincang.

3) Ambil satu lagi lapisan kek dan bubuh ke atas lapisan pertama. Bubuh lagi ganacahe dan taburkan hazelnut cincang.

4) Akhir sekali bubuh lapisan kek yg ketiga dan curahkan lebihan gancahe ke permukaan kek dan sekelilingnya. Ratakan.

5) Susunlah design cokelat putih di permukaan kek dan letakkan buah ceri ke arasnya. Gunakan sedikit cokelat putih (yg masih cair) sebagai “pelekat”.

6) Kemudian, taburkan parutan cokelat van houten dgn rapi.
......
Perhatian
Selalunya, kalau kita nak buat icing/frosting pada kek, kek tersebut harus diterbalikkan dahulu. Jadi, permukaan kek (atas) akan menjadi dasar kek (bawah). Ini agar bila kita menyapukan krim atau ganache ke permukaan kek, ia akan melekat dan tidak terkopek. Ini kerana setiap kek apabila dibakar akan terdapat selapis lapisan halus kat permukaannya yg mudah tanggal jika disentuh atau bila disapu dgn krim.
..........................................................................................

1 comment:

Anonymous said...

bro, mengapa kek sponge saya pecah2 bila hendak dipotong walaupun ikut sukatan? kurang tepung? Terimakasih.