Followers

Wednesday, August 27, 2008

KANDI KELAPA - Permintaan Resipi

Di atas permintaan dari iman, disini saya sertakan resipi & pic Kandi Kelapa yg saya tukil drpd sebuah buku masak. Bagaimanapun. saya belum sempat mencuba. Sesiapa yg berhajat, bolehlah mencubanya. Pastu feedback ya!!





KANDI KELAPA

Bahan-Bahan
2 helai daun pandan (disimpul)
2½ cawan mampat kelapa parut (yg dibuang kulit arinya)
1 tin (397 gm) susu pekat manis
1 cawan gula (maybe boleh kurangkan mengikut citarasa anda)
30 gm mentega
½ sudu teh esen vanilla
beberapa titik pewarna pilihan anda

Cara:
Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci).
Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yg kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit).

Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen vanilla dan pewarna lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yg telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata. Biarkan kandi sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.

4 comments:

MULAN said...

salam bro rozzan.. selalu baca tapi tak kasi komen. thanx for sharing all the recipes & tips.

candy tu memang sedap tapi tak ada la kuasa nak mengacau nya.. ada kawan saya tanya, gula tu kalau kurangkan, ok ke? takut tak keras nanti. sebab gula bila sejuk akan jadi keras kan..

BRO ROZZAN said...

WS mulan, thanx fr visiting.

Masa2 sekarang ni, byk yg nak kurangkan pengambilan gula. Sbb tu lah saya cdgkan sukatan gula tu boleh dikurangkan tp sedikit jer.
Sbb selain susu pekat, gula tu bila larut, ibarat bahan yg menyatukan kesemua bahan yg lain.

Anyway, saya blum cuba lagi sbb takut terlalu manis. Kita tunggu feedback dari kenkawan yg sudah mencubanya ya!

su anne said...

dah lama tak jmpa kandi kelapa ni.. arwah mak selalu buat masa kami kecik2 dulu.. brings a lot of memories..

BR said...

HI su anne

Mmg betul tu. Dulu2 waktu kanak2 mmg suka dgn kandi kelapa ni. Tp sekarang bila rasa, ooo manis nya! Takut pulak...