Followers

Thursday, February 12, 2009

JENEKET....lagi




Jeneket lagi.... buat makan petang. Semalam malam dah prepare adunannya, disimpan selama 8 jam atau lebih pun takpe! Cuma kali ni saya olah dua resipi jeneket (from my previous entry) dan satukan menjadi resipi...ketiga kot!!! Jom lihat.




JENEKET

Bahan-Bahan

100 gm tapai ubi
1 biji telur (saiz besar, kalau kecil gunakan 2)
200 gm gula pasir
1 sudu teh garam
¼ sudu teh yis segera
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning
600 gm tpg gandum
1 sudu teh potas (atau bic.of soda)
½ cawan air
secukup minyak utk menggoreng

Cara :

Satukan tapai, telur, gula, potas, yis segera dan baking powder lalu dikisar hingga gula larut. Tuang ke dalam bekas besar. Setelah itu, masukkan air, pewarna kuning & garam. Akhir sekali masukkan tepung dan uli hingga rata. Perap selama 8 jam.

Panaskan minyak dalam kuali . Ambil sedikit adunan, lalu dileperkan ditapak tangan (biar tipis sedikit) atau dicanai leper. Kemudian, masukkan ke dlm minyak yang banyak dan goreng dgn api sederhana sehingga masak.


Nota:
Jika hendak mencanai adunan, taburkan sedikit tepung pada papan dan kayu penggelek. Anda bolehlah membuat bebola-bebola daripada adunan tadi. Kemudian ambil satu bebola lalu dicanai / gelek nipis2 lalu digoreng.

5 comments:

Yatie SawaNiLa said...

bro ... jeneket ni telah membuatkan saya rindu kat singapura... insya' allah bulan 5 ni pergi... mesti suruh makcik buat ni... buat sendiri pun boleh sebenarnye

Bro Rozzan said...

Hi Yatie,
Heheh, kalau dah orang Singapura, pasti tau/kenal dgn jeneket ni yer! Semoga selamat sampai ke tanah air bulan 5 nnti, Insya'allah.

Anonymous said...

Salam,saya dari singapore juga tapi tinggal di swiss skarang recipes anda banyak menolong saya non jauh di sini, terima kasih! Kechil2 mak saya suka buatkan Jeneket, saya nak juga buatkan anak saya jeneket ni tapi maner nak cari tapai disini...saya tak tau!

Nura Noor said...

Salam,
Saya macam nak RAK cari resepi nie berminggu-minggu. Thank you for sharing.
Akhir minggu nie boleh lah buat and try.
Skarang baru lah adik tau , spelling dia macam nie.. hehehe

Anonymous said...

Saya rasa kuih ni kalau dkt perak di panggil kuih kuntas.tq .