Malam ni saya berkesempatan cuba membuat Kek Tapak Kuda (Horse Shoe). Terdapat beberapa resipi yg sedia ada tapi saya telah menggunakan resipi Pn Aini Salim yg saya tukil dari 'Forum Interaktif Diana'. Berikut adalah beberapa foto yg saya sempat saya petik dan juga resipinya.
Kek Tapak Kuda
(Sumber Resipi : Aini Salim)
Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel
Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
Nota:
1) Walaupun masa membakar dlm resipi ini adalah selama 20-25 minit, saya telah membakar kek ini selama kira-kira 14 - 15 minit di dalam built-in oven saya.
2) Seperkara lagi, walaupun saya telah ambil 6 senduk adunan utk dicampur dgn chocolate emulco, still, bila dah siap 2 loyang, masih lagi ada lebihan adunan yg plain. In future, perhaps saya akan menggunakan loyang yg besar sikit iaitu 11" x 11".
Maaflah kalau keknya kurang menarik sbb 1st time mencuba.
(Sumber Resipi : Aini Salim)
Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel
Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
Nota:
1) Walaupun masa membakar dlm resipi ini adalah selama 20-25 minit, saya telah membakar kek ini selama kira-kira 14 - 15 minit di dalam built-in oven saya.
2) Seperkara lagi, walaupun saya telah ambil 6 senduk adunan utk dicampur dgn chocolate emulco, still, bila dah siap 2 loyang, masih lagi ada lebihan adunan yg plain. In future, perhaps saya akan menggunakan loyang yg besar sikit iaitu 11" x 11".
Maaflah kalau keknya kurang menarik sbb 1st time mencuba.
68 comments:
Adehh.. ini kek tapak kuda faling fofular lah tahun ini hari raya... banyak rumah Rossya pergi.. mesti nampak kek ni... Kiter ajer yang ketinggalan... Hish.. awak buat first time.. pun cantik .. salute lah Rozzan.. memang power!!
Ini rupanya kek tapak kuda eh? Pas tu, dimodify pulak jadi Roll Kuda...hehehe...bila baca Roll Kuda tu, mama tergelak la... kelakar pulak bunyinya...
Rossya } - Thanks Rossya. I think kek ni fofular sbb ada resipinya di dlm buku masak Asmah Laili yg terbaharu. Awak kalau buat pun ...saya ingat gerenti cun!
mamafami }- tu ler tak tau apa nak namakan dia. Bila buat tu ada lebihan adunan, jadi cuba2 lah nak buat kek roll. ok gak lahhh.heheh
Cantik sungguh kek ni...sekali aje membaca cara-cara membuatnya di buku asmah laili..hati tergerak nak membuatnya...Insya Allah nak try la on hari raya haji nanti:)
Cubalah ishzah. Baca bismillah dulu pastu buat dgn yakin. Insya'Allah menjadi.
rozzan.. saya dah cuba buat kek ni smlm...SODAP... saya guna acuan 11" x 11"... dpt 4 roll & 1 lagi "tiger roll"... acuan saya tipis (acuan bakar biskut)tu yg bleh dpt banyak... hehehe
Assalamualaikum abg Rozzan,
Saya dah cuba kek nie (1st time) tapi lapisan nye tak cantik. Saya gunakan beg piping jugak.. Abis camner :(
W'salam nurhidayah.
Kekadang tu jika cubaan pertama tak begitu menjadi, anda harus terus mencuba lagi. Saya pun pernah juga buat sesuatu pd 1st time tak menjadi but finally after a few tries, Alhamdulillah jadi.
Keyword is, jgn patah semangat. Maybe, next time cuba buat 1/2 adunan. Practice lagi yaa. Saya doakan mudah2an berjaya.
assalammualaikum brother..
:)
first of all.. you are very the talented and all the recipes yang u buat power la brother.. hehehe..
iklas.. iklas.. hehehe
..
bro.. kita nak try buat la.. then kita tak tau mana nak beli si chocolate emulco tu.. boleh bro share mana bro membelinya...
if possible.. would it be alrite if you email me at this email?? hehehe.. kalau bro ok la.. hehehe..
ucanthandlemebaby@hotmail.com
thanks ya bro.. I hope to hear from you soon.. hehehe
Wassalam
Neng
oh ya dgn ovalette... hehehe. mana nak beli??
brand apa bro pakai??
Askum Rozzan..saya ayie nak tahu...kalo tuko coklat tu ngan coklat tuk topping kek cklt(whiping cream+coklat bar) leh tak...saya kurang jelas cklt yg u maksudkan tuk wat kek tapak kuda tu...coklat jem yg dlm botol tu ke..
WS ayie. Sebenornya, saya gunakan coklat perisa kacang hazel, yg siap digunakan dlm botol. Jenamanya NUTELLA. Kalau ayie nk gunakan 'ganache' seperti u ckp tu (whip cream + coklat bar) pun OK gak. Tapi pastikan ianya tak terlalu cair bila anda menyapukan ke atas kek tu yaa! Harap ayie faham yer.
Hi......Sedapnya gambar Kek ni....Yan pernah cuba tapi tak menjadi bentuknya...Ada tips ke cara2 nak roll kek tapak kuda ni??? Please help.....
Assalamualaikum... ni nak Raya, saya pun nak cuba jugak...
Nak tanya sikit, nutella tu mesti di panaskan ke supaya senang sapu? or sapu terus dari botol je?
thanks. terima kasih for sharing. Selamat berpuasa.
Hi Yan
Sebenarnya, saya ni pun kurang mahir bab kek roll nie. Yg saya tau:
kek tu jgn dibakar terlalu "garing". Maksudnya jgn overbake.
Bila buat, pastikan kek anda jgn terlalu tebal sbb susah nak dibentuk atau digulung.
Kadang2 kalau tepinya kurang cantik, kita kena potong dan buangkan sket.
Bila menggulung, gunakan tea towel yg dilembabkan.
Dan baru2 ni, kawan saya ada beritau, bila buat kek roll, beliau gunakan api atas jer jadi bahagian bawah kek "lembut" dan senang nak digulun nanti (Walluhu'alam)
Harap maklum ya.
Hi gembo
Nutella tu tak perlu dipanaskan. Anda hanya perlu menggaulkannya sehingga sebati sbb selalunya terdapat "semacam mentega cair" atau minyak di permukaan Nutella tu. Harap maklum.
Rozzan, saya dah cuba buat tapi bila lipat, patah pulak. Buleh nasihat tak?
gembo,
cuba refer kat my reply to yan di atas. I dah explainkan ya!
bro Rozzan
Oh, thanks. Saya ingat tips untuk roll je. InsyaAllah nak cuba lagi weeekend nanti - I will let u know heheh.
Salam,
Azmi@Gembo
Azmi@gembo,
Cubalah, I doakan u berjaya this time ya!
tepung aiskrim vanilla tu ape ek? bli kat ne?
Tepung aiskrim vanilla tu boleh dibeli di kedai2 menjual bahan2 kek. Kalau takde, tukarkan kpd tepung susu jer.
Salam Bro Rozzan,
I agak binggung ckit:)
Yg u state ur resepi ambil 5 senduk utk perasa coklat dan tuang kan dlm loyang.But u stated 2 loyang kan? 5 senduk utk 1 loyang atau half2 utk di bagikan 2 loyang?
SueRyani
SueRyani,
Mengikut resipi asal, 5 senduk adunan coklat tu utk 2 loyang, meaning 1 loyang gunakan 2 1/2 senduk adunan. But I actually took 6 senduk. What i was trying to say is that even lepas dibakar 2 loyang adunan, masih ada lagi baki adunanya. So, either next time i get/use 2 bigger loyangs or gunakan 3 loyang yg lebih kecil saiznya.
Thanx Bro Rozzan... I will try it hingga success hahaha. Semoga Allah membalas anda kerana berkongsi resepi2 dan keterangan =)
SueRyani
You're welcome SueRyani
kalo kat brunei..ni memang dah lumrah stiap rumah mesti ada hidang kek tapak kuda ni tahun2...sebab inilah satu2nya kek yg sentiasa laris sampai tidak ckp stock tuk selepas raya seminggu hehe
saya dah cuba resipi ni.. tapi apabila hendak lipat dua kek ni.. kek ni 'pecah' dan tak cantik.. ada tips tak bagaimana nak elakkan kek tapak kuda ni dari terbelah tu? =s =S
Maaf Bro Rozzan.. rupanya dah ada explain kat atas.. =D ehehe.. selamat berpuasa..
BR > mimie fy
Saya setuju dgn anda. Kek ni dah mcm jadi semacam feveret bagi tiap lapisan usia- dari kecik hingga org2 dewasa. Kalau dihidangkan utk tetamu, kejap jer dah kena replenish... heheh...
BR > anonymous
Harap2 anda cuba lagi sehingga berjaya yer!
salam rozzan,,
today i bake tapak kuda but dissapointed i gunakan tepung hongkong and telur AA. but my batter tak pekat,how long 2make it thick?bila i nak keluarkan fr the loyang cakenya melekat dgn my tracing paper.i kene tunggu sekejap ke utk dikeluarkan from loyang? end up di tong sampah. pls advice me. i nak cuba until berjaya.
Hi, selalunya, anda kena pukul bahan nya sehingga pekat lebih kurang 7-8 minit. Kertas tracingnya harus disapu dgn mentega supaya senang dikupas setelah kek masak.. Harap maklum. Cuba lagi, jgn putus asa ya..
salam bro... u stated 135ml mentega cair kan. sukatan 135ml and 135gm sama tak? tima kasih...
BR > Amansyaf's Creation
135 gm butter pun lebih kurang sama dgn 135ml mentega cair. Saya dah cuba timbang dan bezakan. Mula2 mcm confused jugak tp lepas saya experiment, its ok. Contohnya, jika anda ambil 150 ml air, pastu timbang dgn gram, anda akan dapati 150ml air tu lebih kurang dgn 150 gm. Harap maklum.
terima kasih berkongsi resepinya...lama sudah diunjar ni..:)
thanks for the recipe..our first attempt with husband was successful..nasib baik cake tak patah..alhamdulillah..thanks bro :)
salam... Bro Rozzan, saya anna ingin tahu makne utk dalam bahasa english serbuk penaik itu ape?izzit baking powder ke etc... maklum la... saya nie budak baru belajar terima kaseh:))
BR > shesmineann/KusmaShoppe
You're most welcome sistaz
BR > anonymous
Serbuk penaik tu baking powder dlm bahasa Inggeris ya. Harap maklum.
Salam BR,nampak comel la kek tapak kuda tu...Rahel teringin nak try...so Rahel share resepinya ye? tq.
Silakan Rahel... You're most welcome.
I try this resipi, masa nak gulung tu patah.. da 4 kali buat.. sme patah.. boring.. and macam mana nak piping eh? the last time i buat, dia nye mixture cair.. so abit messy masa piping. maybe i over pukul is it?
Kalau saya guna tray yang 8x8...boleh tak? Atau saya perlu kurangkan sukatan?
Saya confuse..5 atau 10 telur yg digunakan?
Maaf ya..saya mahu tau, tepung aiskrim vanilla itu apa? Mane nk dapat ye?
Guna 10 biji telur ambil 5 biji putih telur sahaja. Saya guna tepung prima top flour & tepung susu biasa pun shud be fine.
Slalu saya guna loyang 8x8x1 boleh dpt 8 roll
Saya cuba pertama kali...alhamdulillah lazat dan sempurna...dah ghairah nak buat untuk HAri Raya ! terima kasih Rozzan kerana sudi berkongsi.
Saya cuba pertama kali... tapi bila saya lipat the kek crack...is there any method bila lipat kek tak crack...
Salam. Saya cuba resepi rozzan. Bahan2 dan sukatannya sama spt diats tapi tiap kali kek saya akan patah 2 bila dilipat dan kulitnya akan terkupas :( . Rasa tetap enak cuma tak menarik. Dimana silapnya? Syukran
Salam buat semua.
Utk memastikan kek anda tak crack dan boleh dilipat, cuba semak semula suhu oven anda. Adjust sket sbb garis pandu yg saya beri tu tertakluk kpd oven masing2. Kurangkan sket suhunya. Then, make sure jgn bakar terlalu lama setakat dah kuning sket jer ok. last bt nt least, kek jgn terlalu tebal, itu pun buat ianya ussah nk di lipat, harap maklum ya.
Saya nk tanye saya da cume buat banyak kali semue cakap sedap tapi bile saya da sapu nuttella saya nk lipat die melepat kat baking paper.. ape silap saya?
Belum Cuba belum tahu
As slm. Nak tya. Resepi ni mmg utk 2 tray ek. Klu sy nk buat utk 1 tray blh x sy bhg 2 je resepi ni?
First of all thank you do much sebab share resepi.
Tapi saya tak faham sudu makan dan sudu kecil tu macamana? Selalu saya ikut resepi barat sudu kecil ialah yg saiz 5ml sementara sudu besar iaitu tablespoon bersaiz 15ml. Adakah Bro gunakan sudu saiz begini?
Thanks sebab tlg clarify.
Oh ye, tin kecil susu pekat dan.kaya tu berapa gram? Sebab saya bukan menetap di singapura.
thanks for sharing...
Obat Perangsang Wanita
http://www.sediaobatperangsang.com/
wah lezat sekali, thanks for sharing
makanan lezat dan nikmat
I like it this really good information.
Tip supaya Roll Tapak kuda tak pecah. Selepas di bakar hingga 15 - 20 minit dan dikeluarkan daripada oven, tunggu selama 2-3 minit kemudian keluarkan daripada loyang dan simpan atas tuala bersih (rectangle size), sapukan chocolate nutella sehingga rata, potong dua kek tersebut. Angkat sekeping kek roll tersebut menggunakan kedua belah tapak tangga dan lipat dengan merapatkan kedua-dua ibu jari supaya kek roll tersebut melekat antara satu sama lain dan bungkus dgn plastik wrapping. Selamat mencuba dan semoga berjaya
Obat Perangsang terbaik
Ailida Candy permen
cara cepat merangsang
Potenzol asli
perangsang asli
perangsang paling bagus
Perangsang China
> Permisi Teman-Teman Bagi PeCinta BATU BACAN ASLI TERNATE Kami Siapkan BONGKAHAN BATU BACAN DOKO DAN PALAMEA ASLI TERNATE
Kondisi bahan ;
- Bahan / rough bacan doko asli bukan sintetis
- Bahan tua (galian lama)
- Kualitas super kristal,sudah tembus
- Bahan keras dan padat
- Siap gosok poles
- Daging utuh, tanpa kapur
- Tidak rapuh, tidak mudah pecah / retak
- Deskipsi sesuai apa adanya, harap diperhatikan dengan baik agar tidak ada dusta diantara kita
- Sesuaikan dengan dana yang anda punya.. jangan terlalu dipaksakan yang ujung - ujungnya merugikan diri sendiri dan orang lain
- Untuk tanya - tanya silakan hub no yang tertera
Harga ;
- 1 ons Rp. 500,000
- 5 ons Rp. 1.250,000
- 1 kg Rp. 2.500,000
- 5 kg Rp. 6,000,000
- 10 kg Rp. 8.000,000
- 15 kg Rp. 10.000,000
(Harga bisa nego)
Minat hub ;
- 082385118431
-pin;59da266a
#.stock terbatas
Siapa cepat dia dapat
Bagi yg merasa sudah minat dan ingin transaksi pembelian dengan kami,
Adapun cara yg kami sediakan:
Dan bisa kami kirim melalui jasa pengiriman seperti:jne/tiki/kantor pos,
jika barang sudah kami kirim,kami berikan no.resi pengiriman barang yang anda pesan,terimah kasih,,,Wassalam
HATI-HATI Salah Org Nnti keTIPU....!!!!!!!!!
thanks for sharing. obat perangsang wanita obat perangsang wanita
Kak tumpang tanya ye yg susu tepung tu akak gunakan brand apa? Dia macam yg coffeemate punya eh?
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
jual forex
Insyallah Tgh gigih mencuba bake nie kek sendiri doakan mogaberjaya ye ðŸ¤ðŸ¤
Salam
Post a Comment