Followers

Sunday, June 03, 2007

ASAM PEDAS IKAN PARI, SAMBAL GORENG & SOTONG MASAK HITAM

Today's meal is a simple one - Sambal Goreng, Telur Mata Lembu & Asam Pedas Ikan Pari. Why ikan pari? coz I can cook only with limited range of fish such as ikan kerisi, pari, duri, merah. Kalau ikan-ikan lain, nampaknya saya suami isteri je yg makan. Anak2 sekarang ni terlalu memilih bab soal makanan. Kita ibubapa yg mesti 'tailor' the food cooked according to their taste. If not, bilislah. Tak sentuh pun. Senang cakap, masak daging & ayam je lah yg laku! Kalau tak pun, 'masak' kat kedai je, heheh. Tu yg paling senang tapi kekadang tu jelak gak.

I could remember when I was young, my late mum cooked mostly according to my late father's taste bud. Ikan-ikan seperti ikan tasik, i/sebelah (sisa Nabi), i/parang, i/cermin, i/sagai dll. sumernya saya dah rasa.(tak pandai mkn pun jadi pandai, dah terpaksalah katakan). Kalau asam pedasnya, phewwww!!! paling tersangatlah pedas sbb he likes it that way. Bergelas-gelas air diminum pun, rasanya tk cukup.

Anyway, back to today's meal. Here are the pics. and recipes. I also attached a recipe for Sotong Masak Hitam which I cooked a few days ago.




















Resipi ASAM PEDAS IKAN PARI ini serupa dgn entry saya http://rozzan.blogspot.com/2007/04/asam-pedas-lada-hidup.html. Bezanya cuma saya gantikan cili hidup (merah) & cili padi dgn kira-kira 25-30 tangkai cili kering. Dan juga, saya tak bubuh pun apa2 sayuran sprti bendi, terung atau sawi asin. Just plain simple asam pedas.





















Sambal Goreng Tempe/Tahu Ringkas

Bahan-bahan
12 tangkai cili kering (gunting2 & rendam)
2 btg serai (kalau besar gunakan 1)
3 sudu besar udang kering (rendam)
3-4 hiris (abt 1/2 cm) lengkuas
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh kunyit serbuk (optional)

* Kisar semua bahan di atas hingga halus.

1 biji bawang besar (dihiris)
2 paket tempe (kat Spore ni, 1 pkt ada 2 keping tempe)
2 keping tahu (yg kecil)
250 gm kacang panjang (dipotong serong)

1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
2-3 sudu makan bawang goreng

sedikit air asam
150 ml santan pekat
2 sudu besar gula (atau secukup rasa)
sedikit garam
minyak secukupnya

Cara:
1) Tempe dan tahu dipotong kecil2 atau dadu lalu digoreng berasingan. Ketepikan.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga garing. Kalau perlu, bubuh sedikit air.
3) Masukkan pula kacang panjang, tempe dan tahu yg telah digoreng tadi dan kacau rata.
4) Kemudian, masukkan santan pekat, air asam, gula & garam. Tambah sedikit air jika perlu.
5) Kacau rata-rata dan sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
6) Biarkan kuahnya pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan cili merah/hijau hiris & bawang goreng. Kacau lagi sehingga rata, kecilkan api dan biarkan sebentar sebelum diangkat.

Nota : Anda bolehlah menggantikan udang kering kepada udang basah dan daging yg dipotong/hiris kecil2 dan direbus terlebih dahulu.























SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan
1 kg sotong biasa atau sotong katak (lain mcm je bunyi nyer!)
-dibersihkan, potong ikut suka hati dan ambil dakwatnya.

20 tangkai cili kering (digunting2 dan direndam)
2 biji bawang besar (kalau yg kecil, gunakan 3 biji)
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit
sedikit belacan

*Kisar semua bahan di atas hingga halus

minyak secukupnya
sedikit garam

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
2) Masukkan sotong lalu dikacau-kacau. Bubuh sedikit garam dan biarkan kuahnya pekat sedikit. Biarkan ia mendidih sebentar sebelum diangkat utk dihidangkan.

4 comments:

Qistina Zaini said...

resepi nampak sedap
nice blog...

Watie Rossi said...

resepi sedap,boleh jadi sifu saya ler!!

BRO ROZZAN said...

BR > Qistina / Watie Rossi

Thanks ... :)

Ummi Satinah said...

Kalau letak daun limau, lagi sedap!