Mee Maidin ni lebih kurang seperti Mee Rebus yg biasa kita makan cuma ia menggunakan udang geragau basah. Saya sendiri pernah merasanya.. lama dulu sewaktu arwah mak membuatnya.
Resipi Mee Maidin ni adalah permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf kerana terlewat. Bagi mereka yg berminat, silakan mencuba ya!
MEE MAIDIN (1)
Sumber : Aini Salim
1 kg mee kuning }
500 gm taugeh }...... dicelur bila hendak dihidangkan
Beberapa biji telur rebus - dibelah dua
2 atau 3 pokok daun salad - dihiris
Beberapa biji limau kasturi - dibelah dua
Lada hijau - dihiris
Daun sup daun bawang - dihiris
Bawang goreng
2 keping tahu digoreng, kemudian dihiris
Bahan-Bahan Untuk Kuah
250 gm udang hidup direbus dgn 600 ml air dan air rebusan jangan dibuang.
250 gm udang geragau rebus atau ikan bilis direbus
50 gm kelapa parut putih
15 tangkai lada kering }
8 ulas bawang merah }
8 ulas bawang putih } dikisar
1/2 cawan tepung gandum dikacau rata dgn 1 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
6-7 cawan air
garam, gula
Cara:
Udang rebus, udang geragau rebus atau ikan bilis rebus serta kelapa parut , dikisar halus dengan sedikit air rebusan udang. Setelah dikisar masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah kisar sehingga garing. Kemudaian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan air. Masak hingga mendidih, masukkan adunan tepung, kacau rata. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
Semasa menghidang, letakkan mee dalam pinggan dengan taugeh diatasnya. Tuangkan kuah dan hiaslah dengan bahan taburan.
MEE MAHDIN (2)
(sumber : Puan Hjh Asfiah)
Bahan-Bahan
600 g mee kuning, dicelur dan ditoskan
600 g mee kuning, dicelur dan ditoskan
300 g taugeh, dibuang akarnya dan dicelur serta ditoskan
5 biji lada merah, dihiris
5 biji lada hijau, dihiris
250 g daun salad, dihiris
3 keping tahu, digoreng setengah masak & dipotong kecil-kecil
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah empat
2 sudu makan tepung gandum
1/4 biji kelapa parut, diperah 300 ml pati santannya
600 ml air sejuk
garam secukup rasa
Bahan-bahan (A):
(Digiling hulus, berasingan)
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
300 g udang geragau basah
1/4 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya
Bahan-bahan (B):
(Dihiris halus dan digoreng garing)
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambah 600 ml air sejuk serta garam secukup rasa. Kacau rata-rata. Jerang di atas api yang perlahan. Bubuh pula tepung gandum dan santan, dikacau lagi lalu dibiarkan mendidih.
2. Untuk menghidangkannya, bubuh sedikit mee dan taugeh di dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Daun salad, tahu, lada merah, bawang goreng, lada hijau dan telur ditabur di bahagian atasnya.
4 comments:
Salam bro,
Aha, akak baru jer belek2 buku resepi Hjh Asfiah dan teringin nak buat mee mahdin, aleh2 bro dah buat dulu, sedap tak?
Pastu kalau bro perasan ada resepi baulu suri tu, pernah try tak? nampak mcm sedap kan? tp kat resepi tu kata cara dia kena sukat 1 mangkuk ibu roti yg dah diperap selama 4 jam, akak terfikir adakah perapan tu mmg cukup2 1 mangkuk, jika tidak apa nak buat dgn yg berlebihan tu kan? Kalau bro pernah try kasi taulah ya.
Hai siksa sungguh nak makan kueh2 tradisional ni ya? Kena tunggu berjam2 cuma nak rasa sekeping dua, macam lopes lah jugak kan? tp tulah, nakkan yg ori kena rajinlah sikit kan?
Dah jenguk ker akak kat spaghetiqueenjah.blogspot.com? Kasilah komen ya mana2 yg kurang tu. baru nak belajar berblog...
W'Salam kak
Puan Hjh Asfiah adalah seorang guru masak yg tersohor di Singapura ni seperti yg tercatat dlm mukaddimah di buku tersebut. Kebetulan buku tu saya beli lama dulu iaitu pada 13 Sep 1986. Saya tertarik nak membaca selepas ianya di war-warkan dlm akhbar.
Namun demikian, with due respects, kebanyakan resipi di dalam buku tersebut tidak mempunyai gambar dan peraturan yg terperinci. Ada peraturannya yg samar2 jer hingga membuatkan saya tak berani nak cuba.
Walaupun demikian, ada juga beberapa resipi yg saya cuba. Akan tetapi, malangnya, lauk/juadah tu tak menjadi dan saya begitu hampa. Mungkin juga saya yg tak pandai.
Apa pun, Mee Mahdin tu saya belum cuba. Cuma seingat saya, arwah mak pernah membuatnya. Waktu tu saya masih dlm teenagers lagi. Kalau nak diingatkan, pada pendapat saya, saya lebih gemar pada mee rebus dari Mee Mahdin. Mungkin kerana bau/aroma udang geragau basah tu kuat kot!
Nantilah, bila saya dah cuba dan mungkin buiat sedikit olahan, then saya boleh komen ya kak. Btw, saya dah tinggalkan jejak kat umah akak ...
Bukan Mee Mahdin tapi Mee Maidin.Sebab penjual asalnya di tahun 50han bernama Maidin.
Mee maidin asal usul dari Bussaroh Street (kampung kaji) makamam paling authentic. Banyak orang menggangap nya mcm mee rebus tetapi jauh berbezaan nya. Orang2 skrg tak tahu masak mee maidin dan pandai2 tukar bahan2 nya. Dah lari jauh dari landasan origin mee maidin. Salah satu makanan kegemaram saya.
Post a Comment