Followers

Wednesday, August 22, 2007

NAGASARI JAGUNG

This is the Nagasari Jagung yg tuhari saya postkan resipinya kat blog. I am actually bringing these to my course class today to share with my fellow course participants.





















NAGASARI JAGUNG

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)

450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan
(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)

200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee
(dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!!



13 comments:

MamaFaMi said...

Resipi Nagasari Jagung tu dah lama copy dah, buatnya je tidak lagi....entah bila la agaknya...

Bro Rozzan said...

Cubalah mama, senang jer. Insya'allah menjadi.

Anonymous said...

klu kita buh nagasari jagung tu dlm bekas kecik2 sesuai ke

Bro Rozzan said...

Hi anonymous.
Boleh juga. Dulu saya ada buat nagasari jagung ni dan bubuh dlm bekas2 kecil utk dijadikan hidangan para tetamu sewaktu majlis pertunangan. Lagi senang- takyah nak bungkus2!

manja said...
This comment has been removed by the author.
manja said...

Abg Rozzan.. how many grams of Tepung hongkwee is needed for this resipi?

cos i have seen 2 differnt packing in shops. one is 90gms n the other 120gm.

Bro Rozzan said...

Hi manja. I actually use 120 gm of tepung Hoen Kue.

aties said...

semalam dah try buat. tp saya ada stok 85gm tepung honkwee. so dah modified la resepi bro tu. mmg sedap makan ketika sejuk. sekali rase cam puding kastad jagung pun ada.

BRO ROZZAN said...

Takpe, aties. Janji menjadi. Mmg sedap!

Zarina said...

Salam...saya berada di US. Susah nak dapat tepung Hoon Kway. Ada alternatif tak?

BRO ROZZAN said...

Zarina,

Perhaps anda boleh substitutekan dgn campuran tpg beras + tpg jagung. Tp saya kurang pasti sukatannya sbb blum cuba. kalau buat nagasari pisang cara lama, kita gunakan tpg beras jer.

Anonymous said...

200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee
(dicampur dan kacau rata)

Tak perlu letak santan ke?

AnneRose said...

Finally been looking for this recipe

Thank you .