Buat kek lapis ni malam semalam - sejenis lagi kek lapis sarawak. Saya gunakan resipi yg lebih kurang asas dari kek lapis sarawak and add in the flavour. If you are game enough, cubalah!
Oleh kerana saya gunakan jem strawberry dan blue berry, so saya namakan Kek Lapis Dwi-Berry. Atau anda ada cadangan kot ttg nama yg sesuai. Apapun, ekcelli, apa yg ada pada nama yer, asalkan rasanya sedap! Betul tak?
KEK LAPIS DWI-BERRY
Bahan-Bahan
450 gm mentega
160 gm gula
½ sudu besar ovellette
10 biji telur (saiz besar)
200 gm (½ tin) susu pekat manis
300 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
80 gm jem strawberry + pewarna merah
80 gm jem blueberry + pewarna biru
50 gm keju parut
Cara:
1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang.
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul.
3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
5) Ambil 12 senduk adunan dan biarkan plain (utk 3 lapis bawah & 3 lapis atas; 1 lapis 2 senduk adunan). Lebihan adunan dibahagi dua. Satu warnakan biru dan yg satu lagi merah lalu masukkan ke dalam botol plastik.
6) Bakarlah 3 lapis plain. Taburkan sedikit keju parut pd setiap lapisan. Utk lapisan ke empat hingga 13, picitkanlah adunan merah/biru berselang seli, menyerong (diagonally). Setelah selesai, bakarlah 3 lagi lapisan plain.
13 comments:
Hi Bro Rozzan
Referring to "senduk" use for the kek lapis.. is it the soup ladle?
Regards
Irene
Hi Bro Rozzan,
saya tak pernah lagi buat kek lapis nih, so teringin jugak nak try, so nak tanya sket, pasal lapis² tuh, dibakar asing2 dan gabungkan kemudian ke, or lepas bakar lapisan pertama, aduan utk lapisan kedua dituang direkt ke atas lapisan pertama tadi, dan dibakar, ke camne tuh ?
HaniffHanzah.com
Hi Irene,
Yup, the soup ladle but I always use the oval-shaped ones. Take a look at this link http://rozzan.blogspot.com/2006/11/resipi-kek-lapis-prune.html The pic of the ladle is there.
Hi Haniff
Kek lapis tu dibakar selapis2. After the 1st layer, pour over the mixture for the 2nd layer and so on and so forth. Cuba refer kat link ni for more info ya. http://rozzan.blogspot.com/2006/11/resipi-kek-lapis-prune.html
Salam Brother Rozzan.
Saya sering mengikuti blog bro. Menarik. Memang betul kata orang 'Lelaki Memang Chef Yang Terbaik Di Dunia'. macam suami saya gak sesekali dia masak memang SEDAP walaupun lauk ikan bilis.
WS Adnazthie.
Terima kasih krn sudi mengikuti perkembangan di blog saya. Heheh...bab chef lelaki tu terbaik, saya rasa mungkin ada kebenarannya tapi ada juga chef wanita yg handal2 jugak... Wah, suami anda boleh masak juga eh! Syabas! Beruntung anda, boleh beliau tolong waktu anda sakit pening.
Salam..
Akak nak tanya..kek dwi-berry nampak macam manis...(tak buat). Boleh tak kalau kita kurangkan gula..jadi tak keknya?
Akak tunggu jugak bro rozzan kuar TV..cam chef wan tu..
WS.
Selalunya resipi kek lapis sarawak yg camni gunakan 1 tin susu manis (abt 397 gram). Tapi saya gunakan separuh jer (200gm) utk mengurangkan kemanisannya. Sukatan gulanya pun dah saya kurangkan dan saya gunakan jem yg kurang gula atau langsung yg "sugar-free". Tapi kalau akak nak kurangkan lagi sukatan gula/susunya, cubalah. Cuma dikhuatiri, kek akan menajdi 'kering' dan kurang enak.
Harap maklum ya kak.
salam bro rozzan..tumpang tanya..untuk resipi ni kan, bro rozzan guna acuan saiz ape ye? 7x7 x3 ke, or 8x8x3 ke, or ada saiz lain?thanx..
ilyani fauzi (McE)
alam bro, satu lg boleh x bro rozzan bagitau macamman nk bakar kek ni?maksud saya, lapisan bwhnya bakar api atas bawah dgn suhu berpa darjah?pastu lapisan atas sekali bakar api grill saja ke or bakar api atas bawah?coz lain resipi lain caranya kan?thanx..
ilyani fauzi (McE)
BR > elyani
Kalau tak silap, I used loyang 9"x7". But 8"x8" pun ok gak.
Bab nak bakar tu, 1st layer boleh guna api atas bawah suhu abt 180 darjah. Pastu, 2nd layer hingga akhir gunakan api grill jer. Cuba refer kat my entry on tips on baking kek lapis somewhere in 2006 ya.
As salam Brother Rozzan.. terima kasih teramat sangat kerana berkongsi resepi.. Your blog sungguh menarik.. very creative.. May Allah Bless you bro Rozzan.
BR > Sulaiman
W'Salam Wr Wb. Thanks for the compliment. Apa pun, Yg baik tu dtg dari NYA dan yg kurang tu adalah dari kelemahan saya sendiri. I'm glad u like it though. Thank you for your doa, Amin.....
Post a Comment