Followers

Sunday, July 04, 2010

FRUITY EGG TART





















Hah... mcm lain sket eh bunyinya......."fuity egg tart"? It's basically egg tarts yg dibubuh dgn buah2an. Lazimnya, jika kita buat fruit tart, bahan kastad akan dibubuh dahulu ke dalam pastri yg sudah dibakar sebelum disusun dgn buah-buahan tp kali ini saya buat dahulu egg tart sehingga selesai dibakar, sejukkan dan akhir sekali barulah saya bubuh buah-buahan. For a change, not bad.... In fact, Alhamdulillah, teman2 sekolah saya yg merasanya memberikan komen2 yg baik dan positif. Kalau anda ingin mencubanya, di sini saya catitkan kombinasi resipi egg tart dan fruit tart.


FRUITY EGG TART

Bahan-Bahan (Pastri)
550 gm tepung gandum (diayak)
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
100 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam


Cara :
Mentega, pastry margarine dan gula icing dipukul sebentar hingga rata.
Masukkan pula telur, garam dan esen vanilla. Kacau hingga rata.
Kemudian, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya.
Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett.
Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya di dalam oven bersuhu 180 darjah Celsius.
Bakar sehingga separuh masak selama kira-kira 20 minit. Sesudah itu, keluarkan dari oven dan bubuh isian (filling) ke dalamnya.
Bakar semula egg tart ini di dalam oven selama kira-kira 15 - 20 minit lagi atau sehingga bahan isian telurnya masak. Sejukkan sebentar sebelum dihias dgn buah2an.


Bahan-Bahan Isian (filling) :
200 ml air
125g Gula
5 biji telur (asiz sederhana)
150g susu cair (sejat)


Cara :
Larutkan gula kedalam air. (Kalau menggunakan air suam, biarkan ia sejuk dahulu)
Kemudian, masukkan telur dan susu cair ke dalam bahan air/gula tadi.
Pukul kesemua bahan ini sebentar hingga sebati lalu ditapis. Siap utk digunakan.


Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, apricot, strawberry, blueberry, raspberry, dll. mengikut citarasa anda.


Cara Menghias Fruity Egg Tart
Setelah egg tart anda sejuk, susunlah buah2an pilihan anda di permukaannya mengikut kreativiti anda sendiri. Kalau suka, bolehlah kilatkan (glaze) buah2an tersebut dgn apricot glaze.


Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau
2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


Catatan:
Proses membakar pastri seperti egg tart/ fruit tart/quiche atau fruit flan ini disebut sebagai “blind bake” di mana adunan yg dah diterap ke dalam acuan tartlet, dibakar tanpa isian(filling). Selalunya kalau kita menggunakan acuan yg agak besar, anda harus alaskan aduan yg dah diterapkan dlm acuan tu dgn aluminium foil dan dibubuh bahan kekacang seperti kacang hijau, merah dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya dasar (base) pastri tidak akan menggelembung dan mengekalkan bentuk acuan yg digunakan dgn baik. Tapi utk resipi fruity egg tart ni, saya cucuk2kan dasar pastri ni dgn garfu dan ambil sekeping aluminium kecil dan bubuh ke dalam setiap acuan pastri lalu ditekan2kan sedikit. Memadailah dgn cara begini.


Jom cuci mata dgn pic2 di bawah ni.....


(Bawah) EggTart yg siap dibakar sedang disusun dgn buah2an





























(Bawah) Fruity Egg Tart siap disusun dgn buah2an (sebelum diglis)























(Bawah) Fruity Egg Tart yg telah siap diglis.





9 comments:

kak Erna said...

salam..rozzan..sedap betul nampak egg tart tu..tapi..dah tengok resepi pun..masih blur..tak pandai nak buat..memang tak pernah buat..dah tua macam ni pun..mungkin sebab biasa beli je..

BR said...

BR > Kak Erna

W'Salam Kak. Alhamdulillah, tak menghampakan. Kawan2 yg makan tuhari ckp sedap - makan x rugi, tak makan lagi rugi heheh... Kak Erna jauh di Msia yer, kalau dekat boleh saya beri personal coaching...Insya'allah pandai! Satu lg, bukan tualah kak..."veteran"...

Makcik Kantin said...

cantiknyaa!!! rasa sayang nak makan...hahaha. boleh cuba resepi ni. slalu buat egg tart biasa dan fruit tart biasa aje. tak pernah combined

Christine Ang said...

Hi,

This is nice, i would appreciate if you can do a translation into English for me. Would like to try out this item.

Thank you so much
Best Regards
christine Ang

teezar said...

salam...

Actually i dah lama jadi silent follower u...fruity egg tart tu nampak sedap sgt...nk try lah. sblm nie just tahu makan aje...heehee

Anonymous said...

Bro, kalau tk pakai pastry margarine boleh tak? Sini susah nk cari yg Halal.

Hunny

Noora said...

Ini dari malaysia atau singapore. Maaf ye bertanya..

BR said...

Teezar > WS, thanks

Hunny > boleh kalau x gunakan pastry margarine cuma kurang garing sket.

Noora > Saya anak jati pulau Temasek, heheh...

Anonymous said...

Harus Kah Kita Taruk Di Peti Ais Box, Berape Bole Tahan