Followers

Sunday, May 04, 2008

SHABSUKA

Shabsuka merupakan makanan berasal dari kaum Arab. Seperti Bamiah dan Kacang Phool, Shabsuka juga adalah salah satu hidangan yg saya gemari. Dah lama gak saya tak buat Shabsuka ni. Kalau seingat saya, the last time I did was many, many years ago. Anyway, kalau sesiapa nak cuba, this is the recipe yg saya selalu gunakan.



SHABSUKA

Bahan-Bahan
500 gm daging kisar (atau daging yg dipotong kecil-kecil)
3 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang putih }
½ inci halia } …..(tumbuk halus)
4 sudu makan rempah kari
1-2 sudu makan tairu (optional)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 cawan kecil sayur campuran (mixed vegetable)
2 sudu teh puri tomato
4-5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu teh gula (atau secukup rasa)
garam secukup rasa


Bahan Untuk Tabur Atas Daging
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun pudina (saya tak taruk sbb lupa nk beli)
sedikit daun ketumbar
1-2 btg lada hijau (hiris)
1-2 btg lada merah (hiris)
2 sudu mkn bawang goreng (optional)
4 biji telur (dikocok sedikit, bubuh garam)


Cara:
1) Daging kisar digaul dengan bawang putih, halia, tairu dan rempah kari. Perapkan selama 20 minit.

2) Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan pula cili. Masak hingga cili garing.

3) masukkan daging yg telah diperap tadi dan kacau rata. Kalau perlu bubuh sedikit air.

4) Apabila daging ¾ empuk, masukkan puri tomato, sos tomato, sayur campuran dan tomato dadu. Kacau lagi dan bubuh garam & gula. Sesuaikan rasanya (masam, manis, etc) mengikut selera anda. Biarkan sebentar lagi sebelum diangkat. Bahan ini jgn terlalu cair atau terlalu pekat.



Cara Penyediaan Shabsuka
1) Daging yg telah dimasak tadi dibubuh dalam pinggan pyrex. Ratakan.

2) Taburkan bahan-bahan seperti, bawang/tomato dadu, cili merah/hijau hiris, daun pudina/ketumbar dan bawang goreng. Akhir sekali, siramkan telur ke atasnya.

3) Bakar selama kira-kira 20 -30 minit dalam ketuhar biasa atau 5-7 minit dalam ketuhar gelombang mikro.

4) Hidangan ini sesuai dimakan bersama roti.



Nota:
Cara Lain Menghidangkan Shabsuka

1) Daging yg sudah dimasak tadi dibubuh ke dalam pinggan dan ditabur dgn daun ketumbar, cili merah/hijau hiris dan bawang goreng. Kemudian bubuhlah di atasnya telur-telur yg telah digoreng mata lembu/sapi. Tak perlu dibakar. Hidangkan bersama roti perancis.

2) Daging yg sudah dimasak tadi dibubuh ke dalam pinggan pyrex dan ditabur dgn bawang/tomato dadu, daun ketumbar, cili merah/hijau hiris dan bawang goreng. Kemudian, pecahkan telur sebiji sebiji ke atasnya. Selepas itu dibakar dalam ketuhar.

Pucuk pangkal, tepuk dada tanya selera- yg mana satu pilihan anda...

3 comments:

Anonymous said...

Nampak sedap sungguh Shabsuka bro ni...kalau Shab suka, mama pun mesti suka jugak...hehehe...

BR said...

Heheheh.... bukan Shab jer yg suka tau, kita semua suka-suka tau!!

Anonymous said...

Kalau kita pakai aluminium foil mangkuk atau tin pembakar boleh tak abg rozzan