Followers

Wednesday, March 04, 2009

KASWI LAPIS




Resipi ini adalah permintaan dari seseorang. Heheh, lupa lak namanya.
Utk mereka yg berminat, bolehlah mencuba dan feedback sbb saya blum mencubanya ya..

KASWI LAPIS
(sumber Pn Hazizah Ghani- Buku Resipi Pesta Perut)

Bahan-Bahan :
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung sagu
1 sudu teh kapur sireh (diambil airnya saja)
1000 ml air

Bahan-Bahan Utk Membuat Serikaya :
6 biji telur
2½ cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa putih)
400 gm gula pasirhalus
2 sudu makan tepung beras
sedikit pewarna kuning dan vanilla


Cara:

Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan.

Campurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.

Curahkan kedalam acuan-acuan tin kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih.

Kemudian lapiskan dengan bahan serikaya dan kukus lagi sehingga serikayanya masak.

Peraturan membuat serikaya:

Pukul gula dan telur. Masukkan tepung beras lalu dikacau rata. Kemudian masukkan santan, vanilla dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Jerang atas dapur dan kacau hingga hangat. Tuang keatas kaswi yang masih dalam kukusan dan kukus sekejap sehingga serikayanya masak.

6 comments:

CT Delima said...

emmm..sedapnya Bro rozzan bole lah mencubanya kan :)

Maria Hadiey said...

salam...
boleh x saya nak minta jasa baik Bro Rozzan dapatkan cara2 nak menyediakan kulit karipap yang boleh disejuk beku yang mana ia tidak akan melekatkan bile disimpan dalam peti sejuk.

mamimontel said...

salam bro, saya da pernah buat kaswi lapis ni.... rasaany sedap.... bagian bawah tu rasa kaswi belah atas pulak rasa serikaya.... nyum nyum

Bro Rozzan said...

BR > CT delima

Heheh based on feedback, mmg sedap. Nantilah bila saya ada masa terluang saya cuba k!

Bro Rozzan said...

BR > Maria

Sejauh ini saya tak pernah mencubanya tapi years ago, saya pernah ternampak seorang rakan sepejabat mengambil order utk kulit karipap ready-made. Kalau tak silap ianya ditepek satu demi satu. Tapi peliklah, camner ianya tak melekat heheh...Maybe ada yg boleh membantu anda yer.

Bro Rozzan said...

BR > mamimontel

Thanx for ur feedback. Tak sabar nak cuba tapi bila kot...