Followers

Wednesday, May 14, 2008

KUIH BAKAR DURIAN



KUIH BAKAR DURIAN

Bahan-Bahan
260 gm tepung gandum
240 gm gula
400 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
450 ml air
4 biji telur saiz besar - kocok sedikit
250 gm isi durian (dilecek)
2 sudu besar minyak sapi QBB
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
pewarna kuning (optional)
secubit serbuk vanilli

Cara:
1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.
2. Masukkan isi durian, santan pekat, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
3. Masukkan minyak sapi dan ratakan.
4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.

2 comments:

mamafami said...

Sedap la pulak tengok gambar kek bakar durian bro ni. Kita pulak, kalau ada durian, lom sempat buat apa lagi dah habis dingap!

BRO ROZZAN said...

Tuhari masa bawak kat ofis, ramai yg ckp sedap. Sedap ler tu hehehe...(perasan..). My famili lak tak ramai yg gemar dgn durian. Kalau mkn pun 2-3 ulas dah cukup.