Followers

Thursday, March 08, 2007

Kuih Kaswi

Kalau tak silap saya, ada seorang pengunjung blog yg request for recipe Kuih Kaswi. Dah lama saya tak buat kuih ni tapi saya ada beberapa resipi yg pernah saya cuba. Di antaranya ialah seperti resipi dibawah ini:


KUIH KASWI

Bahan A

2 cawan air
350 gm gula hitam (saya gunakan gula melaka)
1 cawan gula pasir
daun pandan

-masak kesemua bahan di atas sehingga gula larut. Sejukkan sebentar


BAHAN B
2 cawan tepung gandum (+ 3 sudu makan lagi)
1 cawan tepung kanji
4 cawan air
1 sudu makan air kapur
2 sudu makan air abucang
2 sudu makan pewarna coklat

Peraturannya
Satukan kesemua bahan A dan B lalu ditapis.
Kukus hingga masak. Jika menggunakan acuan kecil – 20 minit
Jika menggunakan loyang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Hidangkan dgn kelapa (putih) parut yg dikukus dan dibubuh sedikit garam.



Ataupun anda bolehlah mencuba resipi kuih kaswi yg saya tukil dari blog Koleksi Resipi Pilihan Diana. (maaf yerr Diana, saya tukil resipi dari Blog anda utk dikongsi bersama!)



KUIH KASWI
Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung sagu
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
1000 ml air

Cara Menyediakan
Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam.


Ataupun anda boleh mencuba resipi yg terdapat di Rossya's FotoPages, di alamat http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=880268

9 comments:

sofea said...

Rozzan..is it true some people said that if we add 'gula melaka'much nicer than 'brown sugar'..just my confusion only!

Anonymous said...

Sofea..Lela pulak suka letak sikit pewarna sarsparila (brown) jadi warnanya cantik.

rozzan said...

Sofea > Mmg betul tu, pandai...pun. In fact tu resipi asal dari si pemberi. I actually tukarkan gula hitam kpd gula melaka. Lebih sedap.

Lela> betul gak tu. kalau nak kasi warna nya coklat menawan, bubuh sedikit pewarna coklat (sarsaparilla). Tapi anda tau tak, sesetengah resipi di negeri lain menggunakan kicap instead of brown coloring.

sofea said...

ah ahh lela..kalau tak taruk warna,mcm pucat gitu ekk..!MasyaAllah..ape rasa ekk kalau taruk kicap..semacam sehh rasanya nanti...hehehe

Bunga Sari said...

Terima kasih untk resipi ni janji sedap dah le klau taruk kicap rasa lain macam pulak Tk pernah pulak aku makan kuih kaswi yg ade kicap

BRO ROZZAN said...

Heheh...ada. tapi saya rasa di setengah2 negeri di seberangh tambak. Tepuk dada tanya selera.

KhinU Khine said...

Hi Rozzan,

please may I have this recipe in english.

my email address is: shwema1@gmail.com


thanks.

emily

azileendasaleh said...

bro rozzan..thanks for sharing yr recipe...

Yup... saya letak kicap untuk buat kaswi ..bukan sebarang kicap..contoh kicap cir ke kicap masin.. kita guna kicap manis..menambahkan kemanisan... say aguna kicap cap kipas udang... color merah... ;)

Bro Rozzan said...

BR > azileendasaleh

Mekasih kembali. Memang saya maklum mmg ada resepi yg gunakan kicap. Walhasil, asal kena dgn citarasa kita, kira orait lerr tu. Kita yg nk makan ...ikut selera kita lah ye... :)