Followers

Saturday, September 09, 2006

Mee Rebus? Mee Siam? atau.....

Hah, harini oleh kerana tak bekerja, saya pun offerlah servis pada org rumah saya. "Nak masak apa eh harini? Kalau nasi dgn lauk, anak-anak tak gemar sangat dan memang kami sekeluarga cuba kurangkan makan nasi. Hehe, takut lebar.. So, antara mee rebus dan mee siam, org rumah saya memilih mee rebus. Jadi duduklah saya kat dapur tu sampai habis tugas.. Kalau sesaper nak cuba, sila lah..
Mee Rebus1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan Taburan (Garnishing)
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.



8 comments:

Anonymous said...

Seronoknya orang rumah, cik abang dia siap tanya nak makan apa! Cik abang mama, kalau tanya nak makan apa, kejap je dia 'masak'...Masak kat kedai...hehehe...Terima kasihlah sudi link page mama kat sini ye...am honoured...Thank you. Salam untuk orang rumah ye...

BR said...

Bukan apa Mamafami, hidup suami- isteri kan mesti tolak-ansur. Lagipun, zaman harini takleh berkira sgt, kadang isteri masak, kadang suami(yg tahu masaklah)..hehe. Pasal link tu, no hal lah. Kata nak berkongsi, saya pun senang nak jenguk2 dapur org lain. Insya'allah, saya sampaikan salam Mamafami kat org rumah saya nanti.

Anonymous said...

Salam, Br saya dah lama cari recipe mee rebus ni dan hampir putus asa..mggu ni saya terjumpa recipe ni jd saya terus mencuba dgn harapan menjadi..alhamdulillah menjadi. Suami saya berasal dr JB jadi selalu lah dia mkn mee Hj Wahid yg terkenal di JB rasanya sama dgn recipe BR..Sekarang kami menetap di Saudi hampir 5 thn tak dapat lagi nak menikmatinya. Suami saya selalu je ingatkan mee rebus ni (rasa tercabar sgt sbb tak tau nak buat). Cuma mggu ni terjumpa recipe ni dan terus mencuba. Tak sia2 betul happynya tak terucap dgn kata2. Lepas suami mencubanya (sampai pejam2 mata memuji)saya tersenyum 2 3 hari dibuatnya. Katanya lagi abg dah tak teringin lagi nak mkm mee HW lagi. Saya terus angkat tangan dan berdoa Ya allah kalau BR berhajat menunaikan haji atau umrah tunaikan lah hajatnya amin. Ikhlas dari saya kalau BR berhajat nak menunaikan umrah dtg dan tinggal dirumah saya. Saya sekarang berada di Jeddah. Terima kasih sekali lagi dr kami sekeluarga.

BR said...

BR>anonymous

W'Salam & salam ukhuwah dr saya. Terima kasih krn berkunjung ke blog saya. Alhamdulillah,syukur ke hadrat NYA, yg memberi segala apa yg ada pd kita semua, walaupun hanya pinjaman sementara. Saya rasa amat gembira dgn keberhasilan anda membuat juadah ini. Ini bermaksud anda juga berkebolehan, resipi tu hanya sebagai panduan.

Anyway, mekasih sesgt atas pelawaan anda. Mmg rindu nak pergi ke sana lagi, dah hampir 10 thn since I last went there. Mudah2an DIA menjemput saya sekali lagi di masa akan dtg, Insya'allah.

For the time-being, heheh...doakanlah saya berjaya dlm satu 'ujian' yg akan saya ambil pd minggu hadapan, Insya'allah.

MakSuSuE said...

macam2 mee rebus dah saya cuba..tapi yg ni betul2 menjadi..sedap..MABLUSSSS..dh plan ngan hubby utk open house raya nnti..TQ Mr Rozzan.

pu3_chinta said...

Wow! hepi sgt dapat resipi menu istimewa ni...tak payah nak ke JB utk mkn mkn mee rebus HW...tqvm for sharing bro. BTW, biasanya dia org letak sambal kan? tapi tak pasti pula samabal tu mcm mana persediaan dia ye..ble tau sambal apa yg digunakan? Al-maklumlah kat Kch, mee rebus lain sgt menu dia. Thx again...

Unknown said...

Just log in utk buat mee rebus. Jazakallahu khair

Unknown said...

Last time never miss this blog. Sekali sekali bolehlah update ya