Followers

Wednesday, September 06, 2006

Nasi Briani

Saya telah mempelajari membuat Nasi Briyani semasa usia saya 20an thn. Saya mempelajarinya dari seorang teman sekerja yg keluarganya memang ahli dlm bidang ini. Di samping itu juga saya menimba ilmu dan mencuba resipi Nasi Briyani dari berbagai sumber. Saya telah memberanikan diri untuk mencuba memasaknya bermula dari kendhuri-kendhuri kecil hinggalah saya diberi kepercayaan untuk menyiapkan Nasi Beriani ini sewaktu majlis upacara akad nikah kakak saya dan juga di majlis pertunangan abang saya (utk kira-kira 200 org tetamu). Bayangkanlah betapa ghairahnya saya hinggakan saya berhasrat utk memasak sendiri utk majlis Reception di hari perkahwinan saya!! Anyway, di sini saya sertakan resipi Nasi Beriani Lapis yg telah saya pelajari.

NASI BRIANI LAPIS (KAMBING/LEMBU)
2 kg beras briani
2 kg daging kambing/lembu
500 gm minyak sapi QBB
300 gm bawang kecil (dihiris, digoreng)
600 gm bawang besar (dihiris)
500 gm tomato (dihiris halus)
100 gm halia
80 gm bawang putih
50 gm badam
50 gm gajus
1 tin sederhana tomato puri
½ tin susu cair
½ botol air mawar
50 sen rempah tumis
sedikit daun pandan
50 sen daun pudina
50 sen daun ketumbar
$2 rempah beriani
¼ cawan tairu
sedikit koma-koma
100 gm lada hijau
1 biji limau nipis
sedikit pewarna kuning
sedikit garam kasar

PERATURANNYA
Goreng bawang kecil dengan menggunakan minyak sapi. Setelah itu minyak sapi tadi diketepikan. Halia, bawang putih, lada hijau, badam dan gajus hendaklah dikisar hingga halus secara berasingan.

Masukkan minyak sapi tadi ke dalam sebuah periuk. Kemudian masukkan daging, bawang besar hiris, tomato, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, lada hijau, tairu, rempah tumis daging dan garam. Masaklah di atas dapur sehingga mendidih. Apabila daging ¾ masak, masukkan bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan tomato puri dan biarkan mendidih lagi. Selanjutnya, masukkan rempah beriani, kacau dan tutup biar mendidih. Sesudah itu rasalah masam masinnya.Kalau kurang masamnya, bolehlah ditambah dengan perahan air limau nipis tadi. Akhir sekali, masukkan badam, gajus dan pewarna kuning lalu dimasak sebentar. Kemudian ceduklah minyak yang terdapat pada daging beriani tadi untuk dilapis pada nasi.

UNTUK MEREBUS BERAS
Kosek beras dan rendam kira-kira 10 minit lalu ditoskan. jerang air secukupnya di dalam sebuah periuk bersama 1 batang kayu manis, 5 bunga cengkih dan 3 biji pelaga, daun pandan dan garam. Apabila air mendidih, masukkan beras dan dikacau sekali sekala. Setelah beras 3/4 masak (keadaan seperti biji limau), diangkat dan ditoskan kepada 3 bahagian.


UNTUK MELAPIS BERAS DAN DAGING
Ceduk minyak yang berada pada daging bersama 2 senduk kuah beriani lalu dicampur dengan susu cair. Jika minyaknya kurang, bolehlah ditambah sedikit minyak sapi. ……………Bahan A

Koma-koma direndam dengan ¼ cawan air. Setelah itu , campurkan dengan air mawar dan sedikit pewarna kuning. …….………. Bahan B

Panaskan periuk dan dibubuh sedikit minyak sapi. Taruh 1 bahagian beras, diratakan dan dibubuh daging beriani di atasnya. Taburkan sedikit daun ketumbar dan direnjis dengan Bahan A dan Bahan B.

Ulang proses ini sehingga ketiga-tiga bahagian beras tadi selesai. Tutup periuk dan dibubuh bara arang di atasnya jika perlu. Kecilkan api dan biarkan nasi masak kira-kira ½ jam.

*********************************************************************************
Kalau rajin bolehlah cuba buat rempah briani ini.

Rempah Untuk 2½ kg daging
10 sudu besar ketumbar biji
1½ sudu besar jintan halus
1½ sudu besar jintan kasar
1 sudu besar kas-kas
1½ sudu kecil sajira
5 sudu besar lada merah serbuk

Sangai sebentar semua bahan kecuali lada serbuk; kemudian dikisar.

11 comments:

Anonymous said...

Abang Rozzan, resipi briyani ini untuk hidangan berapa orang? Takut kalau betul-betul ikut sukatan ini, tak cukup pula. Maklumlah, anak empat. Tengah membesar pula tu.

rahim said...

Hmm menarik.. nak cuba pulak resipi nie.. thanks

BR said...

BR > Ina
Selalunya 2 kg beras cukup 20 orang ya.

BR said...

BR > rahim

Cubalah, pastu feedback ya..

BR said...

BR > rahim

Cubalah, pastu feedback ya..

Anonymous said...

bro ada resepi briyani dam tak?

Anonymous said...

Salam abg Rozzan.. nak tanya rempah tumis 50 sen.. blh tau berapa biji tiap satu rempah tumis tu? $2 rempah beriani berapa banyak kalau in gm? Tq in advance abg Rozzan harap dpt jawapkan kemushkilan saya :))

Unknown said...

Dapatkan resepi briyani dam india selatan www.facebook.com/salmahnaina

Unknown said...

Dapatkan resepi briyani dam india selatan www.facebook.com/salmahnaina

Unknown said...

Dapatkan resepi briyani dam india selatan www.facebook.com/salmahnaina

Unknown said...

Klau utk 25 orang kene berapa kiko ye?? 2.5kg cukup tak.. Sbb nk buat jamuan ringkas..