Followers

Thursday, June 14, 2007

ANEKA ROTI & FRUIT SALAD

Hi semua. Im doing a quick updating tonite as I'll be going away fr a couple of days. Just showing some of the things I did today. Be back next week, Insya'allah.

Saya telah menggunakan resipi asas Soft Butter Bun dari Chanel2004 untuk membuat roti di bawah iaitu iaitu ROTI GULUNG CORNED BEEF, ROTI KACANG MERAH, ROTI KEJU BERJAGUNG dan ROTI PANDAN KAYA. Saya hanya membuat sedikit perubahan untuk mempelbagaikan perisa roti tersebut.


SOFT BUTTER BUNS CHANNEL (Sumber: Chanel2004)
Bahan-Bahan
50 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit (saya tak gunakan)
Mentega cair, untuk sapu atas roti


Cara:
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.


ROTI GULUNG CORNED BEEF




























INTI CORNED BEEF
1 tin corned beef (jenama CARTERS)
3 biji bawang besar (hiris)
3 btg cili merah (hiris)
5-6 btg cili padi (hiris)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
1 sudu makan minyak masak
sedikit keju cheddar/mozzarella (parut, utk ditabur)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu sebentar. Masukkan daging corned beef dan kacau/masak hingga kering sedikit sebelum diangkat dari kuali.

* Untuk roti ini, setelah doh dicanai leper (abt 1/2 cm), taburkan daging tersebut diikuti dgn daun sup/bawang dan parutan keju. Kemudian gulung roti dgn seberapa kemas/ketat dan potong dgn pisau tajam mengikut ketebalan yg anda suka (abt 1 - 1¼ inci). Susun potongan roti tu di dalam acuan bulat atau persegi empat lalu dibakar.


ROTI KACANG MERAH





























ROTI KEJU BERJAGUNG


















Untuk Roti Keju ni, saya bubuh beberapa sudu mkn jagung dlm tin (whole kernel corn) selepas menguli roti. Bila membentuk roti, saya isikan seketul kecil keju cheddar dlm doh tersebut sebelum dirapikan. Setelah disusun ketulan2 roti tadi di dlm loyang bulat, saya taburkan lagi di permukaan roti dgn parutan keju cheddar dan dibiarkan sebentar sebelum dibakar.


ROTI PANDAN KAYA



















Untuk Roti Pandan Kaya ini, saya telah membubuh sedikit pandan paste ke dalam sukatan air. Sekayanya pun...heheh, beli je kat supermarket!!


FRUIT SALAD


















Bahan- Bahan
1-2 tin buah-buahan campuran dlm tin (mixed fruit)
1 tin longan dlm tin
150 ml tairu (yoghurt) berperisa seperti fruit salad, mangga, peach, dll.
1 tin kecil Nestle cream

Cara
Buah-buahan dlm tin tadi dibuang airnya dan ditoskan. Masukkan ke dalam mangkuk besar bersama yoghurt dan Krim Nestle lalu digaul rata. Simpan di dlm petisejuk beberapa jam atau semalaman sebelum dihidangkan sejuk2.

*Anda juga boleh menggantikan canned fruits tadi dgn buah-buahan segar yg dipotong dadu seperti epal, pear dan sebagainya.

3 comments:

Anonymous said...

Wah, dah meroti pulak brother kita sorang ni...Sedap menyelerakan!

BR said...

Hi mama. Saje2 wat roti tu. Tak cuba tak tau lagi- jadi ke tidak. Dok asyik tgk org wat roti jer, jeles gak, heheh.

Anonymous said...

Salam Bro....saya memang teringin nak buat roti...bila tgk resepi bro ni nampak macam senang....maksudnya bro gunakan bahan2 yang sama utk buat 2-3 jenis roti yang rasanya berlainan...saya nak cubalah....