Followers

Monday, April 04, 2011

KEK LAPIS LEMPUK DURIAN

Salam semua. Kebelakangan ni saya mmg kurang aktif dlm mengemaskini (update) blog saya. Pulang dari ofis dah penat... Sesekali tu bila masa terluang, barulah dapat berkongsi resipi. Itu pun kalau ada yg sudi nak jenguk2 lerr.

Kali ini, saya nak berkongsi dgn anda satu lagi resipi kek lapis. Bagi mereka yg gemar dgn durian atau lempok durian, saya abadikan bahan ni dalam lapisan kek lapis saya. Rasanya tk terlalu manis dan dari maklum balas kawan2 yg telah sudi menjadi "tester" saya, kek lapis ini mmg enak.. (mereka ckp lah) tp kalau nk tahu, cuba anda buat sendiri, heheh.

Saya sertakan resipinya di sini.



KEK LAPIS LEMPUK DURIAN  

Bahan-Bahan
450 gm mentega
2 sudu besar susu pekat manis
350 gm isi durian
1 sudu teh pes durian atau serbuk  vanilli

* Pukul semua bahan hingga kembang (kira-kira 6-7 minit) …………. BAHAN (A)

20 biji kuning telur (saiz besar)
4 biji putih telur (saiz besar)
1 sudu besar ovalette
200 gm gula halus
150 gm tepung Hong Kong + 1 sudu teh baking powder

* Pukul semua bahan dgn high speed (selama kira-kira 8 minit) ………… BAHAN (B)

secukup lempok durian (dihiris-hiris) 





Cara:

1) Masukkan Bahan B  ke dalam Bahan A  lalu kacau rata2 sehingga sebati.

2) Ambil 2 senduk adunan dan bubuh ke dalam loyang 10” x 7” yg telah dialas kertas dan digris, lalu di bakar dgn menggunakan api atas bawah (suhu kira-kira 170 darjah Celsius). Setelah masak lapisan pertama ini, bakarlah lapisan kedua hingga akhir dgn menggunakan api atas jer (grill) -(suhu kira-kira 200 darjah Celsius).

3) Pada setiap lapisan genap (2,4, 6 ...) , bubuhlah di permukaan lapisan kek dgn hirisan2 lempok durian.

4) Buat begini sehingga adunan selesai. Sejukkan kek sebelum dipotong.

19 comments:

CuteOven said...

kenapa ada dua colour durian tu...

BRO ROZZAN said...

BR > CuteOven
Kebetulan saya ada dua jenis (jenama) lempok durian. Satu warnanya gelap sket satu lg cerah. Tupasal ada dua warna tu...heheh.

Nurwin Heny said...

Salaam Bro Rozzan.
Wow! This will be heaven for durian lovers ya. Insya'allah, nak try juga lah buat kek lapis lempok durian ni satu hari. Thanks for sharing.

BRO ROZZAN said...

BR > Nurwin Heny
W'Salam. Ya, it's indeed for durian lovers, heheh.. You're most welcome sis.

Sari Yusa Ibrahim said...

tu diaaaa.. dah macam nak raya.. mak sy slalu buat lempok durian.. best juga kalu buat ni tapi kena tunggu auro bro rozzan smpi dulu.. hehehe

Shasha Catering said...

Wah! Satu idea resipi yang unik. Tak pernah dengar sebelum ni kek lapis lempok durian.

Hmm... mesti sedap ni;)

Anonymous said...

kt mane ade jual lempok durian..?

BRO ROZZAN said...

BR > Sari Yusa Ibrahim
Cuba jgn tak cuba yer Sari... Raya dah nak dekat..ooppss puasa dulu eh!

BRO ROZZAN said...

BR > Shasha Catering

Heheh, mmg tk pernah orang buat sis. Saya jer ni nk buat yg pelik2, harap2 ada yg sudi nk cuba. :)

BRO ROZZAN said...

BR > anonymous

Lempuk durian ada dijual di byk pasaraya/supermarket. Kalau anda di Msia, sudah tentu no problem. Kalau di Spore, cuba cari di pasaraya ShengSiong.

Amrina said...

salam,
diantara lapisan kek tu ada letak apa2 tak?

BR said...

Amrina,
Di antara lapisan2 kek tulah dibubuh hirisan2 lempuk durian yer.

Alira said...

Bro, leh tau satu lapisan nak bakar brapa lama?

BR said...

Alira,
Lebih kurang 6-8 minit tergantung kpd suhu oven anda ya..

Alira said...

Salam Bro, susah betul nak cari lempuk bila nak pakai, 3 hari cari2 tak jumpa. Kat seng siong rumah saya out of stock. So terpaksa buat tanpa lempuk nya :(

BR said...

Alira,
Kalau you gunakan isi durian yg baik, pun dah sedap tanpa lempuknya. Saya tuhari beli lempuk kat Msia jer kebetulan ternampak dijual disana, lekas2 capai!

Alira said...

Salam Bro, ternyata success buat kek lapis durian. thx for sharing your recipes. i have tried many of your cakes recipes & semua jadi. my siblings, kidz & hubby semuanya thumbs up.So nie raya haji, saya buat lagi. Salamat menyambut hari raya aidil adha utk bro & family.

nanny minhonie said...

klau gna oven biasa xdpt la buat kek lapis??klau mau buat kek lapis kna gna oven apa?

Anonymous said...

Salam bro...t'kasih kerana share resepinya...:-))
Bro Rizzan ni tak lokek ilmu eh...syabas buat bro!!