Followers

Saturday, October 07, 2006

More cookies......

Well, it's been quite a while since I last update my blog. Haven't been quite well lately. I guess its a blessing as I have more time to rest.....hehe. Ramadhan is into its third week & Syawal is round the corner and I haven't start on my cookies yet. I somehow lost some zest these few days... sigh.. Anyway, my 'PA' has started the 'ball rolling' , I guess I have to catch up with her later. For now, I'm attaching a few recipes which I've came across and I think they're quite nice to try. Basically, most cookies have similar methods of preparation & sometimes similar ingredients; its just the variations in the end product i.e. the shapes/sizes/tastes that make them stand above the rest. So, here are the recipes :



CHOCOLATE ALMOND COOKIES
Bahan-Bahan
( A )
260 gm mentega
185 gm gula aising
( B )
1 biji telur
½ sudu teh pes kopi
1 susu teh pes cokelat
( C )
400 gm tepung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu teh baking powder
15 gm serbuk koko
( D )
180 gm kepingan badam (almond flakes)

Cara
Pukul ( A ) hingga sebati. Masukkan ( B ) dan pukul hingga licin. Masukkan ( C ) yg telah diayak dan kemudian tambahkan ( D ). Adun hingga sebati. Tekan adunan ke dalam dulang segi-empat, berukuran 20 sm (8 inci) yg dialas dgn kertas minyak. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan potong menjadi kepingan 4sm. Potong menjadi kepingan nipis berukuran 5 mm tebal. Letakkan dalam dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 20-25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh digantikan dgn kacang lain seperti walnut, hazelnut atau lain2.



DATE AND NUT COOKIES
Bahan- Bahan
( A )
100 gm mentega
secubit garam
70 gm gula perang
70 gm gula
1 sudu teh glukos cair
( B )
1 biji telur
( C )
1 biji kulit oren (diparut halus)
½ sudu besar jus oren
( D )
150 gm tepung
½ sudu besar tepung susu
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh bicarbonate of soda
( E )
70 gm kurma (dicincang)
50 gm kacang walnut (dicincang)
30 gm badam hiris
25 gm kelapa parut kering

Cara
Adun ( A ) hingga sebati. Campurkan ( B ) dan putar hingga tidak berbintil-bintil. Tambah ( C ) dan gaul hingga sempurna. Masukkan ( D ) dan adun hingga sebati. Masukkan ( E ) dan gaul rata-rata. Titiskan 1 sudu kecil adunan ke atas dulang yg telah digris. Tekan dgn garfu. Bakar dgn suhu 170 darjah selama 18-20 minit.

Nota: Biskut ini cuma perlu diadun hingga sebati. Tidak perlu dipukul hingga ringan.



CHEESE PRAWN COOKIES
Bahan
( A )

100 gm gula
150 gm mentega
secubit garam
( B )
½ biji telur
( C )
65 gm keju cheddar (diparut)
( D )
1 bijji bawang putih
1 biji bawang kecil
½ sudu teh cerbuk cili
½ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk halia
( E )
40 gm udang kering (dikisar halus)
( F )
180 gm tepung
¼ sudu teh bicarbonate of soda
¼ sudu teh baking powder
½ sudu besar tepung susu

Cara
Pukul ( A ) sehingga ringan. Masukkan ( B ) dan pukul lagi hingga rata dan tidak berbintil-bintil. Campurkan ( C ) dan kemudian ( D ). Adun hingga sebati. Titiskan satu sudu teh adunan ke atas dulang yg telah digis dan tekan dgn garfu. Bubuh sekeping udang di atasnya jika suka. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit atau sehingga kuning keemasan.

Nota: Jika anda tidak menggemari rasa keju, keju cheddar parut tadi bolehlah ditiadakan.




ALMOND CORNFLAKE CRUNCH
Bahan
130 gm mentega
145 gm gula
secubit garam
½ sudu teh glukos cair (boleh diganti dgn madu)
1 biji
200 gm tepung gandum }
1 sudu teh baking powder }
1 sudu besar tepung susu }
½ sudu teh sebuk kayu manis } diayak
50 gm cornflake
70 gm badam (dihiris)

Untuk Hiasan
Sedikit badam cincang
Sedikit ceri hijau/merah

Cara
Pukul mentega, gula, garam dan glukos sehingga lembut, masukkan telur dan terus pukul hingga sebati. Masukkan tepung, baking powder, tepung susu dan serbuk kayu manis. Adun hingga rata. Akhir sekali masukkan cornflakes dan badam hiris. Gaul rata-rata. Ambil satu sudu te hadunan dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan di atas dulang yg telah digris. Hiaskan dgn ceri hjau/merah di bahagian tengah dan tekan perlahan-lahan. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12 -15 minit atau hingga kuning keemasan.

Nota: Biskut ini boleh di selaputi dgn cornflakes yg di hancurkan selain dari badam cincang.




PECAN CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan
( A )
100 gm gula
110 gm gula perang
¼ sudu teh garam
100 gm mentega
60 gm majerin
1 tsp glukos cair
( B )
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
( C )
200 gm tepung
½ sudu teh bicarbonate of soda
½ sudu teh baking powder
( D )
100 gm kacang pecan (dicincang)
100 gm chocolate chip

Cara
Pukul ( A ) hingga lembut. Masukkan ( B ) dan pukul lagi hingga rata. Masukkan ( C ) yg telah di ayak dan adun hingga sebati. Akhir sekali, masukkan ( D ) dan gaul rata-rata. Titiskan 1 sudu teh adunan ke dulang pembakar yg telah digris. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15 – 18 minit.

Nota: Kacang pecan boleh digantikan dgn kekacang yg lain. Glukos boleh digantikan dgn madu.



CASHEW NUT CRUNCH
Bahan-Bahan
( A )
150 gm mentega
80 gm gulaperang
130 gm gula
secubit garam
( B )
1 biji telur
( C )
140 gm tepung
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh bicarbonate of soda
( D )
30 gm rolled oats (kisar halus)
70 gm kacang gajus (cincang)
50 gm chocolate chip
50 gm cokelat putih (cincang kasar)

Cara
Pukul ( A ) di dalam alat pengisarhingga licin dan gebu. Tambah ( B ) dan pukul lagi hingga rata. Campurkan ( C ) yg telah diayak dan adun hingga sebati. Masukkan ( D ) dan gaul hingga sebati. Ambil sesudu besar adunan dan titiskan ke atas dulang pembakar. Ratakan secara cermat. Ulang hingga adunan selesai. Jarakkan 3sm di antara setiap adunan ini. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit.

Nota: Biskut ini kelihatan lembut bila dibakar tetapi sesudah sejuk, ia menjadi keras dan rangup.

6 comments:

mamafami said...

Ni dah kira penderaan ni Rozzan... naik juling mata tengok resipi biskut...semuanya rasa nak buat, tapi tak gek terbuat buat!

rozzan said...

Saya dan isteri pun sdg nak cuba some of the recipes I posted in this blog. The recipes are quite simple esp. for those who are starting to learn how to bake cookies. We have tested some recipes and the results are good.

Anonymous said...

sedap lak ai,,, x tau mane satu nk buat dulu... thanks

Bro Rozzan said...

Hi!
Cubalah satu2 dulu, pastu feedback yer!

Anonymous said...

i tried baking cashew nut crunch. replaced cashew with oats -Maybe dat's why biskut mengembang bukan main (jadi bulat leper)! Tapi ada rasa dan rangup. Dan I buat lagi pasal anak2 suka makan.

BR said...

Cashew nut should be replaced with other nuts. If u replace with oats thats adding to the 'flour' contents, which is not supposed to be. Anyway, if u feel ok with it, by all means, go ahead..