Followers

Sunday, February 08, 2009

KEK LAPIS MUHIBBAH



Terdapat beberapa versi Kek Lapis Muhibbah yg saya dapati pabila saya googled di internet. Saya kurang pasti pula samada resipi ini ada di dalam buku masak Puan Rabiah Amit. Tapi, rata-rata dalam pengamatan saya , kek lapis muhibbah ni mempunyai perisa strawberry, di samping bahan2 lain yg biasa seperti horlicks dan susu pekat. Di sini saya sertakan resipi yg saya tukil dari 2 sumber utk dikongsi bersama dan resipi (versi saya) yg telah saya olah dan saya gunakan utk membuat kek lapis muhibbah ini.


KEK LAPIS MUHIBBAH (versi bakar)
Sumber : http://resipimcik.blogspot.com/ ..thanks

Bahan:
10 biji telur
1 tin mentega (454 gm)
100 gm horlick
1 tin susu manis
1 tin gula halus (guna tin mentega)
2½ gelas tepung gandum (300 gm)
1 botol kecil jem strawberry

Cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu - gaul sebati dan rata
3. Masuk tepung - gaul sebati
4. Bahagi adunan kpd 2 bahagian
(a) satu bahagian campurkan dengan jemb.
(b) satu bahagian lagi campurkan dengan horlick dan susu
5. Bakar berlapis seperti kek lapis yang lain.


KEK LAPIS MUHIBBAH (versi kukus)
Sumber : http://www.rtb.gov.bn/

Bahan-Bahannya:
400 gm gula caster
200 gm horlicks
200 gm jem strawberry
200 gm susu cair
16 oz mentega
16 oz tepung gandum
10 biji telur ayam (putih dan kuning nya di pakai)
1 sudu teh essen strawberry emulco
pewarna rose pink dan kuning lemon
Acuan di gunakan 10x10x3 inci untuk 1 biji, 7x10x3 inci untuk 2 biji.

Cara membuatnya:
1) Mentega dan gula hendaklah di pukul sampai putih dan gebu, kemudian baru lah di masukkan telur satu persatu sampai habis, pukul lagi sampai sebati.

2) Masukkan pula tepung dan kacau lagi. Bila sudah semua sebati, boleh lah adunan tadi di bahagi dua bahagian, masing-masing di bubuh warna. (Sebelum memasukkan bahan sampingan nya terlebih dahulu, kurangkan yang satu bahagian tadi sebanyak 200 gram dan masukkan dalam bahagian yang satu tadi). Tujuan nya adalah bagi mengseimbangkan banyak kek tadi.

3) Dalam bahan yang lebih 200 gram hendaklah di masukkan jem, essen strawberry emulco dan warna pink rose dan adunan kedua yang sudah kurang tadi hendak lah di masukkan horlicks, warna kuning lemon dan susu ideal kemudian sebatikan.

4) Sediakan acuan dan masukkan adunan kuning tadi sebanyak 2 senduk nasi kemudia kukus. Bila sudah masak, masukkan pula adunan berwarna pik rose dan kukus lagi, buatlah seterusnya sampai habis di lapis berselang seli warna.





Dan di bawah ni adalah cara saya. Saya telah menggunakan 3 perisa jem utk membuat kek ini, tapi kalau anda ingin mengekalkan hanya perisa strawberry ok jugak lah. Jom lihat.



KEK LAPIS MUHIBBAH

Bahan-Bahan:
10 biji telur
500 gm mentega
½ sudu besar ovalette
100 gm horlick
1 tin (397gm) susu manis (boleh kurangkan kpd 300 gm)
200 gm gula halus (saya kurangkan drpd sukatan asalnya 400 gm)
300 gm tepung Hong Kong
60 gm jem strawberry
pewarna merah
1 sudu teh esen strawberry (optional)

60 gm jem nenas
pewarna kuning
1 sudu teh esen nenas (optional)
60 gm jem orange
pewarna orange
1 sudu teh esen orange (optional)

1 sudu makan chocolate emulco
1 sudu besar koko serbuk

Cara:

1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang (kira-kira 5-6 minit).

2. Seterusnya, masukkan telur satu-persatu dan pukul lagi.

3. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaul/kacau. Kalau gunakan mixer, dgn speed yg paling rendah.

4. Akhir sekali, masukkan tepung dan horlicks sedikit sedikit hingga habis sambil gaul rata dgn senduk atau gunakan mixer.

5. Bahagi adunan kepada 4 bahagian. 3 bahagian dgn sukatan 8 senduk adunan setiap satu. Yg 1 bahagian lagi mempunyai 12 senduk adunan.

6. Bubuh jem strawberry, nenas dan orange pada 3 bahagian ini beserta pewarna & esennya sekali. kacau rata. Yg 1 bahagian lagi dibubuh chocolate emulco & serbuk koko. Gaul/kacau rata.

7. Alaskan loyang 9"x6"x3" atau 8"x8"x3" dgn kertas tracing & griskan dgn sedikit mentega pada dasar dan keliling loyang. Panaskan ketuhar sebentar pada suhu 180 darjah sebelum anda membakar kek lapis ini.

8. Lapisan pertama -gunakan api atas + bawah, bubuh 2 senduk adunan cokelat dan bakar sehingga masak.

9. Lapisan kedua sehingga akhir, gunakan api grill jer dgn suhu kurang lebih 200-210 darjah (atau ikut suhu oven anda). Jumlah lapisannya sebanyak 18 lapis. Setiap lapisan memakan masa lebih kurang 5-7 minit.


Nota:
Anda boleh menyesuaikan kek ini dgn perisa dan pewarna yg anda suka.


10 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam bro...

kek lapis versi bro tu...kalu ganti ngan tepung biasa boleh tak?

Arzalila Razali said...

tq rozzan atas balasan in ur shout mix. serius tak sabar nk try.... tp ila nak kena beli oven dolu laa. oven lama dah rosak. hehehe... sori nk tanya soalan blur sket yer...(almklumlah mmg tak rajin buat cake...suka lauk pauk je) tepung hongkong tu kan apa nama lain dia? kt giant ada jual?

Bro Rozzan said...

BR > Aishah

WS. Boleh tp ayakkan tepung tu 2-3 kali agar lebih ringan ya.

Bro Rozzan said...

BR > Arzalila Razali

You're welcome sis. Tpg HK tu kalau tak silap nama lainnya "waterlily flour". Tapi tk mengapa kalau takde, gunakan any cake flour atau fine/superfine flour. Kalau takde gak, pakai ler tpg gandum yg dah diayak 2-3 kali. Kalau Giant kat Spore ni ada jual, tk taulah Giant kat Msia ada ke tak eh.

Anonymous said...

hi abang rozzan,

i am a fan of kek lapis, only tested 2 kek lapis (all ur receipe)and tried this yesterday, TASTED well but I ALWAYS OVER BAKED (5lapisan di bawah tu jadi hitam).
1 lapis tu nak bakar berapa lama? any tips to bake well? pls help :)

tq

maggie foo

Bro Rozzan said...

HI Maggie

There are many factors as to why the earlier layers are overbaked. Always place ur mould on the mid level of the oven, not the lowest. Also adjust the oven temp acc to ur oven. Some oven need higher temp while some req a little lower. Next, use the grill function. Hope you find these useful ya.

Kokoa&friends said...

adoii..kagum betul dgn BR..kaler kek cantik2 semua..

ila..giant msia x de la.. beli kat bake with yen takpun mana2 kedai buat kuih..rm6.50 sekilo kalo x silap

BR said...

Thanks sis. Saja2 bermain dgn warna agar kek tu tampak berseri2 sket, heheh.

warung GAJAHPUTEH said...

hi BR,
saya baru berjinak2 nak wat kek lapis...baru 2kali buat n both saya kukus..
saya nak tanya la...kenapa ye lapisan atas sekali x cantik? lapisannya akan jadi x rata....

BR said...

Hi!
Maksud anda bila anda kukus kek lapis tu, bahagian lapisan terakhir tk berapa cantik dan rata?

Sejauh ni saya cuma sekali jer buat kek lapis jenis kukus - lapis masam manis tp lapisan atas orait kot. Maybe next time anda cuba balut penutup kukusan tu dgn kain putih agar tiada air/wap yg menitis ke permukaan kek anda. Insya'allah lapisan akhir tu akan menjadi licin dan cantik. Cubalah.