Followers

Monday, June 25, 2007

KUIH LAMAN SARI

Ada yg sebut Kuih Lambang Sari, ada yg sebut Laman Sari. Biar apapun sebutannya, yg pasti saya gemar dgn kuih ini sewaktu arwah ibu saya membuatnya. Rasa lapisan bawahnya seperti koleh-koleh dan di atasnya serimuka yg lemak manis. Semasa menyemak resipi2 saya yg lama terjumpa lak resipi ini. Tapi tak tahu lah dari sumber mana datangnya. Cuma yg saya perhatikan kuih2 orang lama nie bnyk menggunakan gula, kekadang tu terlalu manis. Walhasil, kita gunakanlah pengalaman yg ada utk menyesuaikan dgn citarasa masing2. So sesiapa yg ingin mencuba, silakan.






















LAPISAN BAWAH
1¾ cawan tepung kacang hijau
1½ cawan gula pasir
3½ cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
1 sudu teh air mawar
3 biji telur (dikocok sedikit) , secubit garam

* Gaul semua bahan di atas dan tapis. Kemudian masak di atas api kecil. Bila agak pekat, tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu minyak dan dipanaskan dlm kukusan. Kukus selama ½ jam. Setelah itu, tuangkan lapisan atasnya.

LAPISAN ATAS
6 biji telur (dikocok sedikit)
2½ cawan santan pekat (dari 1½ biji kelapa)
1½ cawan gula pasir (boleh kurang lagi sket kpd 1¼ jika anda penawar orgnya)
4 sudu besar tepung gandum (dilarutkan dlm santan tadi & tapis)
1 sudu besar air mawar , 1/2 sudu teh garam

* Gaul semua bahan di atas dan tapis. Masak di atas api kecil sehingga pekat sedikit. Tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 40-45 minit.

Nota: Saya menggunakan loyang bulat berukuran 26cm.






7 comments:

Rodrigo said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.

mummy jam said...

nice colours combination! kueh2 melayu ni banyak mengunakan santan kelapa sebab tu sedap tapi jaga2 nanti naik cholesterol nya!!

Anonymous said...

hello, boleh saya tahu klau mengikut sukatan gram? berapa ya utk laman sari? maklumlah, kita orang zaman canggih...

Bro Rozzan said...

BR > mummy jam
Ish Ish Ish, naper lak termissed ttg komen mummy nie..maaf...

Bro Rozzan said...

Hi anonymous,

In general,
1 cawan tepung = 120 gm
1 cawan cecair (liquid) = abt 240-250 ml
1 cawan gula = 240 gm

Harap2 faham yer.

tiffnotso said...

alamak, lama sudah saya hidup macamana lah boleh tak tau ada kuih nama laman sari ni. rasanya iras-iras apa ya?

BR said...

Hi,

bahagian atas rasanya seperti "custard" mcm lapisan atas kuih serimuka. Bahagian bawah rasanya seperti koleh2.