Followers

Friday, November 09, 2007

ROTI KIRAI & KARI AYAM

Harini saya siapkan Roti Kirai (Jala, Renjis) dan lauk kari ayam sebagai santapan ringkas kami sekeluarga. Nak buat saladanya, ishh...malas arr. So, here's the pic and recipe, kalau nk cuba.


Roti Kirai

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum
300 ml susu cair (sejat)
950 - 1000 ml air
3 biji telur
3 sudu teh garam (atau ikut rasa)
sedikit pewarna kuning

Cara
Semua bahan disatukan, kacau rata2 lalu ditapis.
Panaskan kuali leper, sapukan minyak sikit dan mulalah "merenjis' atau 'mengirai'. Sesekali sapukan minyak atas kuali tadi. Ambil dua keping roti renjis ini, tangkupkan dan lipat.



KARI AYAM

Bahan-Bahan
1 ekor ayam dibersihkan, dibuang kulit & dipotong 8 atau 12 kpg
2 biji bawang besar }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia } ...... dikisar halus dgn sedikit air
10 sudu besar (bumbung) serbuk kari BABAS

1 biji bawang besar (hiris)
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum biji pelaga
2 inci kayu manis
minyak secukupnya

200 ml santan (1 kotak)
3 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato (optional)
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar hiris dan rempah campak hingga bawang layu. Masukkan bahan kisar yg telah dicampur dgn rempah kari tadi dan kacau rata. Tumis hingga rempahnya garing dan naik bau. Kemudian masukkan ayam, secukup air (2-3 cawan), garam dan separuh santan tadi. Kacau2 sebentar dan biarkan ayam hingga setengah masak, lalu masukkan kentang. Bila kentang dan ayam hampir masak, masukkan lebihan santan tadi bersama tomato. Kecilkan api dan biarkan kuahnya mendidih sebentar (5 minit) sebelum ditutup api.

2 comments:

Anna said...

uncle, how to kirai the roti kirai? hehe..nak try this recipe in ramadhan but i don't have the acuan. can we make roti kirai without acuan?

Bro/Uncle Rozzan said...

Hi Anna,
If Im not mistaken, I've replied to your enquiry in the comments box rite? If not pls let me know ya..