Followers

Friday, November 10, 2006

Kek Lapis Rempah / Kek Lapis Aiskrim Strawberry



Kek Lapis Rempah ni baru saja dihasilkan semalam (Khamis). Bagi mereka yg gemar, bolehlah mencubanya...

Kek Lapis Rempah
Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
3 biji putih telur
7 oz gula halus
9 oz mentega
2½ oz tepung Hong Kong
¼tin susu pekat
1 oz badam kisar
3 sudu teh rempah kuih
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh vanilli

Peraturannya:
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur.
Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.

KEK LAPIS AISKRIM STRAWBERRY

Kek Lapis Aiskrim Strawberry ini telah saya buat beberapa kali, dan alhamdulillah setiap kali ianya menjadi. Saya ikut resipinya dan tidak membuat apa-apa pun perubahan pada sukatan atau bahannya. Gambar di atas adalah dari penyumbang resipinya.

Kek Lapis Aiskrim Strawberry
(sumber : Pn Hawa Ismail/Buku Masak Warna)
Bahan A
24 biji kuning telur
450 gm mentega
5 biji putih telur
280 gm gula halus
80 gm tepung naik sendiri
sedikit pewarna merah/kuning
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
170 gm tepung ice-cream strawberry (diayak dahulu)
150 gm ice-cream strawberry (jenis plain) – lembutkan
130 gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla

sedikit mentega (dicairkan dlm mangkuk kecil utk disapu pada setiap lapisan)
loyang pembakar (10” x 7”)- alaskan dgn kertas tracing, sapukan mentega

Cara:
Mentega dipukul hingga gebu. Ketepikan. Pukul putih telur dgn separuh gula (140gm) hingga naik dan pekat. Ketepikan. Pukul kuning telur dgn gula yg separuh lagi hingga naik dan pekat. Masukkan mentega dan kacau rata. Campurkan adunan putih telur, kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.

Satu bahagian dicampurkan dgn susu tepung, esen vanilla dan warna kuning. Yang satu bahagian lagi dicampur dgn tepung ice-cream strawberry, esen strawberry, serta ice-cream strawberry dan pewarna merah. Kacau rata-rata.

Bakarlah berselang-seli merah dan kuning, mengikut citarasa anda samada selapis kuning, selapis merah atau dua lapis kuning, dua lapis merah. Gunakan api ‘grill’ dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. Pada setiap lapisan, setelah lapisan itu masak, keluarkan dari oven dan sapukan dgn mentega cair. Tuang lagi adunan (kira-kira 1 senduk) dan bakar lagi hingga ke lapisan akhir. Pada lapisan terakhir, gunakan api oven (api atas bawah) dan kecilkan suhunya kpd kira-kira 160 darjah dan masak hingga kek masak (kira-kira 8-10 minit).

30 comments:

Anonymous said...

Naperlah suka tayang kek lapis ni..membuatkan jiwa ku meronta-ronta aar...bukan meronta nak cuba tapi meronta nak makan...hehehe.. Mama ada satu soalan nak tanya lah..cam mana dapat corak squares on top of the cake? Is it because you put in on the cooling rack to cool or ada gadget tertentu. Dah lama dah wondering benda ni sebenarnya...Thanks...

BR said...

Sebenarnya mama, selepas kek lapis ni masak dan setelah sejuk sebentar, saya keluarkan dari loyang, terbalikkan dan taruk kat wire rack yg bercorak squares. Camtu lah dapat corak segi-empat tu... hope i've answered ur curiousity.

Anonymous said...

I thought so....nak kena carilah juga redai square tu...aduhai, banyaknya list-to-buy niiiii!!!! Ngerilah cik abe ku itewww... hehe.. no la..dia tak kisah sebenarnya sebab dia tahu, whatever yang mama request, mesti mama guna sebaik mungkin, insyaAllah...

BR said...

I'm sure cik abg tu have every confidence & trust that his "investments" will reap very good "dividends" heheh....

Anonymous said...

rozzan, nak tanya sket eh... kalo nak buat kek lapis rempah (10biji telor)... acuan size camne yg sesuai... dulu masa blom kawin pernah buat pakai 25 biji telor, dpt lah size acuan 9" x 9"... n tinggi lagi...

Anonymous said...

hi.. juz wondering lau tk nk pakai badam kisar tu leh tk??

BR said...

mamimontel>
Ish sorry terlupalak nak reply. Well better late than never kan.

Kalau 10 biji telur tu, boleh gunakan loyang empat segi ukuran 7"

BR said...

anonymous>

Boleh, tp kek lapis rempah anda kurang "kick" lah- maksudnya kurang lemak, heheh.

Elin said...

Selamat berpuasa Bro Rozzan! I dah cuba buat few kek lapis from your recipe yg mostly gunakan 10 biji telur, and also kek lapis yg gunakan more than 20 bii telur. Hasilnya I rasa kek lapis yg gunakan telur banyak nie lagi moist and lemak! Betul ke lagi banyak telur yg di gunakan lagi sedap?

BR said...

Secara tradisi, kebanyakan kek2 lapis biasa menggunakan 20-30 biji telur utk satu bahan. Itulah yg saya belajar dulu. Cuma kek2 lapis sarawak ada yg gunakan 10 biji jer.

personally, mmg saya rasa yg gunakn lebih telur mmg sedap, lebih lemak. Tapi terpulanglah kpd taste masing2 ya.

Anonymous said...

hi. saya nak cuba2 buat kek lapis rempah ini.. agak2 susah tak? saya tak pernah buat kek lapis. baru 15 tahun. haha. tengok mcm sedap gitu. btw, kek lapis rempah ni tk pakai ovalette ? :)

macam2 jenis recipe kek lapis i found in your website. wow. haha:)

thanks

BR said...

HI Zaki,
Anda harus mempunyai asas ilmu membuat kek lapis then its much easier to do it. Saya sarankan anda baca dulu bab kek lapis then cuba resipi yg senang2 dulu ya.

fad said...

rujuk jawapan rozzan kpd Zaki...
rozzan ckp kena baca dulu bab kek lapis sblm buat kek lapis. boleh bagi kat mana rujukan dlm intenet ni yg blh baca psl cara buat kek lapis? puas cari2 tak jumpa pun.......
TQ!

BR said...

Cuba fad rujuk ke entry bertarikh 8 Nov 2006 ya.

Venessa said...

salam....
i love to try your kek lapis tapi when tak dapat tepung hongkong di sini, tahu tak namanya yang lain?? atau boleh saya gunakan tepung yang lain??
Saya tinggal in utara california.
Ingin sekali buat kek lapis untuk anak anak saya..;)
VeNessa

Bro Rozzan said...

Hi Vanessa.

Thank you for ur interest in kek lapis. You boleh gunakan any fine flour or any cake flour as a substitute. Kalau takde jugak, gunakan tpg gandum jer ya.

Unknown said...

salam rozzan

nak tanya apa bezanya kek lapis yg mengunakan ovalet dan tdk mengunakan ovalet? i tgk resepi rozzan untk kek lapis rempah tdk mengunakan ovalet. saya ni nak buat kek lapis buat pertama kali, kebanyakan resepi yg sy temui suma pakai ovalet. trima kaseh

yg benar leeza yishun

BR said...

WS Liza,
Resipi2 kek2 lapis terdahulu selalunya tidak menggunakan ovalette. Ia menggunakn baking powder jer sebagai bahan penaik. Jadi resipi kek lapis rempah saya ni mmg resipi asal yg tk gunakan ovalette. Terdpt juga kek2 lapis yg langsung x gunakan ovalette mahupun baking powder tp kek tetap sedap dan moist/lembab. Ada pula yg gunakan bahan penstabil(emulsifier) seprti ovalette/TBM/jilk/quick 75. Harap maklum.

Unknown said...

salam Rozzan

oh begitu...trima kaseh dgn informasi yg penuh terperinci...
sy benar menghargai ilmu yg diberi..
sy ada 1 lg soalan, sy buat kek kukus buah tapi knape ia kering eh? tak moist, adakah kerana cream of tartar? untk pengetahuan, 480gm margarine, cream of tartar 4 sdt..
trima kaseh

yg benar
liza

Hazlin said...

Salam Rozzan,

Love your blogspot. Rempah kuih tu rempah ape? I am in Cairo so it is difficult to get ovallette and rempah kuih. Please advise.Thank you.

Hazlin

Mimi~SimpleLady said...

Salam bro rozzan,

saya nk tanye sikit.. nk bakar keke lapis brape lama utk every lapis and suhu brape and loyang size ape?

mamijuwie said...

Slm bro.. i try buat tapi kek tu mcm kering sikit and warnanya gelap...apsal eh?

BR said...

BR > Mimi

Maaf termiss ur pertanyaan. Masa membakar setiap lapisan lebih kurang 7-8 minit. Loyang agak2 8" x 8" atau 10" x 7" dgn suhu abt 180-200 darjah Celsius.

BR said...

Mamajuwie,
terdapat pelbagai sebab mengapa kek lapis anda kering/keras. Pertama, anda harus membancuh bahan2nya dgn betul. Kedua, suhu mesti betul dan ketiga, jangka masa membakar juga harus tepat. Kalau terlalu lama kek akan kering. Utk saya beri pandangan saya harus tau cara anda membuatnya ya. Harap maklum :)

Anonymous said...

hi!bro rozzan,saya keliru bahan-bahan yang pakai oz selain gram ada tak jual timbang yang menggunakan oz boleh saya tahu dimana,please dah puas saya cari tapi tak jumpa-jumpa...

BR said...

Marble cake,
Weighing scales byk dijual di kedai2 menjual bahan2 baking atau pasaraya2. Kalau tk jumpa jugak, kat my blog ni ada conversion table dari oz ke gram. Cuba semak under "WEIGHTS AND MEASURES". Kalau kurang faham jugak, gunakan kalkulator, 1 oz bersamaan 28 gm, nak senang lg? amik 1oz = 30 gm ya. Hope that explains ya.

Anonymous said...

Salam Bro Rozzan,

Saya nk tanye untuk kek lapis rempah bakar api atas bawah ye?

Terima Kasih
Sue

BR said...

WS. Selalunya, kek2 lapis di bakar gunakan api atas bawah pada lapisan pertama dan api atas jer pd lapisan kedua hingga akhir. harap maklum ya.

Anonymous said...

Salam bro, kalau saya nak buat kek lapis strawberry, boleh ke mesin mixer saya (4.2 ltr) dpt mengisi kesemua bahan2nya?

Anonymous said...

Salaam, i love ur blog. I dah try buat 1 of ur kek lapis nutella, perfecto. . .delicious. . . . Kwn2 n anak2 semua suka. Niari i google to find resepi kek lapis rempah w use less eggs then i saw ur kek lapis ice-cream strawberry. I note all the ingredients but i CANT FIND tepung ice-cream, mcm mana. . . boleh x tukar pada tepung2 lain yg senang dapat? Thk u, Seri