Followers

Tuesday, January 26, 2010

ROTI PAUN

Kalau tak silap saya, ada seorang pengunjung blog yg request resipi Roti Paun ni, tak berapa lama dahulu. Kebetulan, saya terjumpa resipi ni di Internet dan dapatlah saya berkongsi. Di harap ianya menepati citarasa anda ya. Gambar dan resipinya saya tukil langsung dari sumbernya. (Note : Saya belum mencuba resipi ni.. kalau sesiapa yg dah cuba, bolehlah beri feedback ya!)
















ROTI PAUN
(sumber
: rnana , Forum Komuniti Teratak)

Bahan-Bahan

*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver

3 bahan bertanda * saya timbang sekaliarung.. = 400gm semuanya..


Cara:

1) tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
2) lubangkan tengah.. masukkan telur..
3) masukkan majerin
4) gaul rata then masukkan air+yis
5) uli then masukkan pelembut roti..
6) uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
7) perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
8 ) bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)
9) bakar about 20 minit @ 180C
10) bila dah masak.. gliskan dengan majerin...


*** lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi.. boleh terus masukkan kat oven..

*** doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je.. 1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..

*** kalau mak saya dia tak tunggu doh ni naik pun.. lepas uli.. dia terus bentukkan.. then tinggal kejap then terus bakar..


Nota : Resipi langsung dari sumber.

10 comments:

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Bro. Roti paun kita baru sahaja keluar dari oven. MasyaAllah, gebu lembut dan enak sekali. Terima kasih kerana rajin menggali resepi yang baik untuk dikongsi bersama. Terima kasih tidak terhingga juga kepada penyumbang resepi RNana. InsyaAllah akan kita upkan dalam blog sikit masa lagi...

hana said...

salam bro..
saya dah cube juga roti nih! sedap sangat! semua suker.... tima kasih wat bro dan juga rnana kerna berkongsi resepi nih.

BR said...

BR > MamaFaMi

WS Mama. Wah wah wah.... dgn secepat kilat yer awak buat prject roti paun ni...Apa pun terima kasih krn mencuba. Ni yg buat saya berkobar2 nak buat..

BR said...

BR > hana

WS sis. Mekasih sudi mencuba. Moga2 saya dan lain2 pengunjung pun terangsang utk mencubanya. You're most welcome!

ros@JMC said...

salam bro rozzan, ros ni , dari osaka, suke tgk menu roti kt sini, ros suke buat roti suke jugak makan roti, salam ziarah dari ros ye...

Anonymous said...

salam bro
saya dah cuba resepi ni,1st time buat roti.Alhamdulilah menjadi.Yang sedihnya bila keluar dari oven je terus lesap.Kha3.Cuma saya nak bilang rasanya macam jenekek lah which is my favourite,kira macam 2-in-1 lah.Tks bro

Maira said...

hi bro..i buat x jadik..huk huk..tapi rasa nyer sedap..just x kembang and gebu..
dalam roti tu macam moist..kat luar plak keras. atas tuh before jadik kaler brown pun dah keras.
oh ye, my dough kan, mmg sticky habes. nak bentuk kan pn x boleh. i nak tambah tepung lagi kot2 keras lak..cemaner ek?

asma said...

salam bro rozhan,sy baru nk blaja buat roti ni tp xtau mcm mana nk stat....utk buat roti ni perlu ada bread maker ke?sy cuma ada mixer biasa buat kek.....bole ke?lps tu bhn2 ni mmg senang cari ke?tq!

Anonymous said...

salam bro, wah ni peberet saya... hehehe... masa saya kecik2 dulu nenek slalu buatkan utk saya. thanks for sharing the recipe, bro :)

BR said...

BR > anonymous
You're most welcoem sis.