Followers

Wednesday, September 26, 2007

BAMIAH ARAB
























Harini kami berbuka dengan hidangan yg ringkas - Bamiah Arab, yg dimakan bersama roti perancis atau roti biasa, sambal sotong dan juga mee goreng. Jom cuci mata..











 BAMIAH ARAB

Bahan-Bahan
500 gm daging kambing/lembu (dipotong ikut citarasa anda)
120 gm minyak sapi
1 tin kecil susu cair (susu sejat)

10 biji buah gajus/badam (kisar halus)*

2 sudu makan ketumbar*    }
1 sudu makan jintan kasar*}
1 sudu kecil jintan halus*    } ........disangai sebentar dan kisar halus

6 ulas bawang merah* }
4 ulas bawang putih*   }
3 cm halia*                       } .........kisar halus dgn sedikit air

1 sudu kecil serbuk lada putih*
Satukan bahan-bahan kisar*

300 gm bendi (dibersihkan dan dibelah tapi jgn putus)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu makan sos tomato
sedikit daun ketumbar
2 biji tomato (dibelah dua)
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (optional)

Cara:
Panaskan minyak sapi dan goreng bendi sebentar. Ketepikan. Dengan lebihan minyak itu, tumislah bahan-bahan kisar * hingga garing. Kemudian, masukkanlah daging yg telah dipotong tadi bersama-sama bawang dadu, garam & perasa (optional). Setelah itu, masukkan 2-3 cawan air. Kacau rata dan biarkan hingga daging 3/4 masak. Setelah daging hampir empuk, masukkan susu sejat dan sedikit air lagi lalu biarkan mendidih. Setelah daging empuk, masukkan sos tomato, daun ketumbar, dan tomato. Kacau sebentar sebelum dimatikan api.


6 comments:

MamaFaMi said...

Sejak berpuasa ni, kita belum makan lagi mee goreng or kuetiau goreng or yang sewaktu dengannya coz hubby prefers rice forever... hmm...rasanya nak goreng jugalah kue tiau hari ni.. mana tahan, tengok kat blog orang fp orang semuanya menggetarrrrr jiwa raga!

Bro Rozzan said...

Ada org mmg camtu la mama, bila buka puasa walau ada juadah lain pun, nasi tetap mesti ada. Same goes for my bro-in-law. But for my family, its not a must lah. Janji ada juadah berbuka, kira orait ler tu!

Anonymous said...

Zan..u buat i lapar aje pagi2 ni..hehehe
anyway..mee kuning tu look tempting ehh..dah lama tak goreng mee kuning..asyik mee hoon sajer..sebab mee kuning mee angin ..tak boleh makan selalu...tu lah sebabnya takut nak makan....

Bro Rozzan said...

Aiseymen..nasib baik bulan posa ni. Mmg betul tu mee kuning kalau beli kat pasar ada semacam 'ubat' yg sesetengah org alah. For us, we normally beli yg kat supermarket, the taste/quality is better. Ckp nye ckp, cik anonymous ni yg mana satu eh, heheh?

Anonymous said...

Kalau dah cakap pasal healthy foods..siapa lagi ekk Zan..hehehe

Bro Rozzan said...

Masya'allah, 'orangtu' rupanya. Thanks fr dropping by yer! Ingat gak kat sini ye, heheh.