Followers

Monday, September 03, 2007

GUBAHAN KEK, BROWNIE & BISKUT KRIM KRAKER

Salam buat semua. Dah lama tak buat updating. Seminggu dua ni terasa mcm fatigue dan penat... Virus 'M' pun bertambah2 lagi. Apatah lagi dok asyik terpikir apa gubahan yg nak dibuat utk teman yg berhajat minggu lalu. Dahlah kat ofis bnyk keje, bila pulang rumah dah penat. Kekadang tu tak sedar, lepas Maghrib sementara tunggu Isyak, alih2 dah pukul satu pagi (heheh)..... Nak cari ilham pun tak jelma2.


Ada satu citer, bab kek lapis yg nak saya buat utk kawan ni. Cari2 loyang heart shape yg kecil utk dimuatkan ke dalam dulang yg diberi teman ni takde dlm simpanan. Yg saya ada, dua2 saiz besar. So pi lah kat Kedai Phoon Huat. Cari punya cari, jumpa- tapi harganya mahal sketlah. Oleh kerana terdesak sgt, belilah. It was last Friday. So happy sbb dah jumpa loyang tu, saya pun bakarlah kek lapis utk gubahan tu. Tapi sayang kali, loyang tu mungkin jenis yg tebal dan kuat daya serapan kepanasan oven. Bila lapis pertama jer saya dah rasa sesuatu yg tak kena. Dlm hati dah berkata, "lain mcm jer nampak lapisan kek ni!" Tp disebabkan dah adun bahan kek ni, saya pun bakarlah sehingga selesai- kira2 2 jam. Bila dah habis bakar dan saya keluarkan dari loyang tu, hmmmm...dah nak jadi macam 'intan terpilih'... Apa nak buat, dah nasib....cobaan....


So, bagi sesaper yg masih belum mahir dgn pembikinan kek lapis ni, take heart. "nobody is perfect". Cuba dan cuba lagi. Saya yg dah biasa buat kek lapis pun terkena jugak walaupun kesilapannya ni terletak pada loyangnya. So, dipendekkan citer, esoknya Sabtu selepas keje, round lagi kat Aileen Bakery. Nasib baik loyang tu dapat saya jumpa. Jadi, these are the 3 gubahan yg simple yg dapat saya siapkan. Harap2 ia dapat menepati citarasa yg menerimanya, Insya'allah. So, jom, cuci mata......




MURTABAK LAPIS KRIM KRAKER

Bahan-Bahan
600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)

3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:
Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

21 comments:

Mulan said...

salam....thanx for sharing..!!!
maakkk aiii.. tak boleh makan brownies tu rasanya.. sayang nak makan..!! sure sedaaapppp tu..!!

maklang said...

cantek2 kuehnya...resepi murtabak lapis boleh share tak?

camana buat all the love tu? cantek betul!

Bro Rozzan said...

W'salam mulan. I guess so, Insya'allah sedap.

Bro Rozzan said...

Actually senang je maklang. Nanti, Insya'allah saya cuba update resipinya. Tuhari saya buat sempoi je, main campak2!

Anonymous said...

Saya suka gubahan kek lapis tu..nampak kemas dan cantik....

Anonymous said...

Amboi cantik nye creation cake nie.. very creative..

Rinnchan said...

Bro dah amik tempahan ekkk. Bagus tuu...Sentuhan orang lelaki ni pun tak kurang hebatnya ye. Cantik dan kemas aje.

BR said...

Thanks anonymous for the compliment. And thank you for visiting my humble blog yaa.

BR said...

Hi rinn, thanks. Tp I don't normally take orders unless I really, really have the time.

Anonymous said...

Bro memang berbakat n kreatif dalam bidang kulinari. Blog ni sangat2 memenuhi citarasa sy. Thanks for sharing.
Semoga bro diberkati.

BR said...

Hi ezi4nay,
Mekasih yer atas compliment anda. Saya happy blog ni bersesuaian dgn citarasa anda. You're most welcome sis. Thanks fr ur doa too ya!

Anonymous said...

Hi, boleh tk order from u to do the gubahan?

joicy said...

Salam Bang rozan...thanks sangat2 dgn blog ni,byk info yg sy dpt dan Bang Rozan seorg yg tak lokek ilmu, puas hatilah bila kita stop kat blog ni,smuanya kek mnejadi bila sy buat..alhamdulilah..thanks ye..sedap lagi..

BR said...

You're most welcome joicy. Saya gembira percubaan anda menjadi dgn jayanya. Tahniah!

ketawariang said...

lapar terus bila tgk murtabak ni... huhu
dulu masa kecik2 ada org buat murtabak lapis tp pakai roti,...boleh x agknye sy guna resipi ni?

BR said...

BR > Ketawariang
Saya rasa boleh jugak tp saya blum cuba.. Why not u cuba then feedback, boleh jugak kongsi resipinya nanti kan... :)

ketawariang said...

ok no probs...bila sy dah buat, saya bg feedback tau... dr dulu cr cara nak buat pizza roti tu.. huhu...mengimbau kenangan sekolah rendah..

Anonymous said...

assalamualaikum rozzan..sy dah lama juga masuk blog rozzan tp tak pernah sapa. tq so much for all the recepys given.semua mmg look so tempting.

tq again...zarina

sweetazezah said...

salam ukhwah bro r0zan..eiii..terlior sungguh neng0k kek lapis deGhian tadi,pastu jenjalan jumpe bakul buah yg cumei2 blaker.sk0deng lagi,jumpe plak murtabak biskut 4segi ni..lain dari yang lain..maKanYe,ceq p0n c0py lah resepi murtabak ini..mintak halalkan br0 resepi ni.makaseh byk2.take care!.->sweetsnonakuazizah.blogspot.com...

BR said...

BR > Zarina
WS & terima kasih atas kunjungan anda ke blog saya.

BR said...

BR > sweetazezah

WS sis. Mekasih lerr sudi dtg berziarah, heheh. Alhamdulillah, ada yg menarik perhatian anda. Insya'allah, semua resipi kat sini ada "sijil" halal.... Silakan mencuba, semoga berjaya! :)