Followers

Wednesday, August 27, 2008

BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT




BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT

Bahan-Bahan:
225 gm mentega
½ cawan gula perang
2 biji telur (asingkan kuning dari putihnya)
1 sudu teh esen vanilla
2½ cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
½ cawan kacang walnut (dicincang halus)
1 cawan cornflake yg dihancur halus, dicampur dgn kacang walnut
jem raspberry secukupnya

Cara:

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan golek ke dalam bahan cornflake dan kacang.

3. Dgn hujung jari ditekan leper dan dibentuk lobang kecil. Isi dgn jem raspberry dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12-15 minit sehingga kuning emas.

4 comments:

rina said...

raya thn lps penah buat biskut ni. sedap...

BRO ROZZAN said...

Drpd bahan2 yg digunakan mmg rasanya mcm sedap. Insya'allah mcm nak cuba raya ni. Thanks fr teh feedback rina.

fazian.batrisyia said...

Sy cuba buat c/flakes macaroon...tp sy ubah suai sikit. Sedap bro...terima kasih ye.

Anonymous said...

bro, boleh tak saya campurkan jek cornflakes tu dlm tepong?..tk nak salut kat luar jek..boleh tak?