Followers

Tuesday, August 04, 2009

Permintaan Resipi - KUIH JAMBANG (PIE TEE)

Lupa pulak nama si requestor heheh... Apa pun, selamat mencuba.




KUIH JAMBANG
(sumber : Hjh Senesah Abd Rahman, Foto : Buku ALMAS)

BAHAN
500 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur kecil
850 ml air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng
Secukup inti sambosa, atau inti popiah
Sedikit daun bawang, daun sup dan hirisan lada merah
Sedikit sos cili
Acuan kuih jambang


Cara :

Kedua-dua tepung diayak dalam mangkuk. Ketepikan.

Telur, garam dan pewarna kuning dikacau rata. Tuangkan 1/2 bahagian air, ratakan, lalu dimasukkan sedikit-sedikit kedalam mangkuk tepung, sambil mengacau sehingga adunannya sebati. Tambah baki air kedalam adunan sehingga menjadi cair dan tapis.

Gunakan kuali kecil ukuran 10". Tuangkan minyak 1/2 kuali. Panaskan acuan jambang didalam minyak tersebut. Keluarkan acuan itu sebentar, supaya tidak terlalu panas, lalu celupkan kedalam adunan dan goreng dengan api yang sederhana. Acuan hendaklah dienjut-enjutkan sehingga adunannya menjadi kekuning-kuningan, baru boleh dilepaskan dan ditolak perlahan-lahan dengan lidi. Apabila menggoreng, ratakan sehingga berwarna perang. Angkat dan toskan.

Isi kelongsong ini dengan inti daging, seperti inti sambosa atau sayuran sengkuang seperti inti popiah. Hiaslah diatasnya dengan daun bawang atau daun sup serta lada merah dan sos cili.



11 comments:

nur@melbourne said...

Salam Abg Rozzan,

Terimakasih kerana mengongsi resipi ini. Tak pernah saya jumpa resipi seperti ini dan sangat teruja untuk mencubanya. Boleh tak abg rozzan tunjukkan gambar kelongsong yang digunakan? Di mana saya boleh dapat membelinya?

terimakasih daun keladi,

nur@melbourne

Anonymous said...

Salam bro

I baru buat kuih pai tee ni, tapi tak cantik sebab selepas lucut dari acuan nya, ia menjadi leper tidak bulat, mungkin saya lucut kan nya terlalu awal, belum kuning lagi?

dahlia

Anonymous said...

first time dengar kuih jambang biasa memang panggil pai tee. anyway blog you adalah blog yg sangat jujur.

Kak Zai said...

hello. boleh tak resipi kuih lapis nutella, warna tukar merah & hijau. mcm kuih lapis sarawak???

BR said...

BR > nur@melbourne

WS. Saya dah update pic acuan kuih pie tee ni. Cuba lihat ya. Kalau kat Spore atau Msia rasa saya no problem utk mendapatkkannya. Mekasih kembali

BR said...

BR > dahlia

WS. Yup, saya rasa itu sbbnya. You kena siram2 minyak kat kelongsong kuih sewaktu ia sedang masak. Bila dah hampir keras, barulah di kuis dgn lidi dan ditanggalkan drpd acuannya. Cuba lg lah, jgn putus asa k.

BR said...

BR > kakdacookies

Mekasih kak sudi berkunjung ke sini.

BR said...

BR > Kak Zai

Insya'allah boleh kak. Kita yg buat dia...

SmoKin ChiMney said...

Terimakasih di atas gambar acuan pie tee. Rasa2nya memang tak ada di Melbourne. :( Tapi nanti akan diusahakan melalui cara yang lain. Barakallah Fik ... semoga Ramadan ini lebih bermakna bagi Abg Rozzan sekeluarga, Insya Allah

Nur@melbourne

BR said...

BR > Baitijannah

No problem sis, you're welcome. Selamt berpuasa buat anda sekeluarga di sana ya.

Anonymous said...

Salam,
Semoga Abg sentiasa dirahmati Allah kerana sudi berkongsi resepi secara jujur...teruskan usaha murni mu itu...