Followers

Thursday, March 01, 2007

KEK MARBLE KEJU CHEDDAR

Semalam berkesempatan menonton rancangan SEDAP di saluran Suria dimana hosnya Mami Asmah Laili menunjukkan cara membuat Kek Keju Cheddar. Dalam hati terfikir OK gak eh kek ni. What you need is a basic butter cake recipe, then modify siket taruk keju and...wallaaaa - a nice and yummy cake!

But I didn't quite take note of the recipe. So, what I did was; I browse thru my own archive and decided to use one of my marble cake recipe and do a little modifications here and there. Then I start preparing it ......(waduhhh, dah pukul 11 mlm, kang bangun sumer jiran2 bila my Kenwood tu mengaum...). Well.. tapi nak 'pukul' tu kejap jer, 8-10 minit. I guess I take the risk-hopefully no one come knocking at my door to 'complain'. You knowlah, we Singaporeans have always been labelled as "complain king/queen". Tapi tak sumer lah camtu, ada gak yg baik2.

Ok. back to my cake. Let me name it Kek Marble Keju Cheddar, sounds orait gak. So, kalau sesaper berani nak cuba, here's the recipe. Tapikan, sebelum buat tu banyak2 baca bismillah K!
















Kek Marble Keju Cheddar

Bahan-Bahan
8 biji telur -saiz besar (gunakan 6 putih telur saja)
250 gm mentega
250g gula kaster
220g tepung kek
100 gm keju cheddar (diparut halus)
30 gm kacang hazel (cincang halus)-optional
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh chocolate paste/emulco (optional)

Cara:
1) Cairkan mentega dgn kaedah double-boiling. Sejukkan.
2) Ayak tepung bersama baking powder lalu masukkan ke dalam mangkuk pemukul telur (mixer). Kemudian masukkan telur, gula dan ovalette. Pukul selama kira-kira 8-10 minit dgn high speed.
3) Masukkan pula esen vanilla dan seterusnya mentega cair dituang sedikit2 sambil adunan ini dikacau rata-rata. Akhir sekali masukkan keju dan kacang hazel. Kacau hingga sebati.
4) Ambil 2-3 senduk besar adunan dan campurkan bersama serbuk koko dan chocolate paste tadi lalu dikacau rata.
5) Tuang adunan plain ke dalam loyang 10"x7" yg telah dialas kertas dan digris. Kemudian ambil adunan cokelat dan bubuh sesudu sesudu di atas adunan plain tadi. Setelah itu, gunakan chopsticks untuk melorekkan corak/pattern pada kek ni.
6) Bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 50 minit dengan suhu 170-180 darjah Celsius.
7) Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan selama 10 minit sebelum kek dikeluarkan dari loyang dan disejukkan di atas redai kek.

34 comments:

mamimontel said...

uwaaaaagggrhhhh.... tergugat iman ku... kek marble my fevret... keju pun fevret... confirm nak coba ni... tapi kena jemput dato' R dulu and halau dato' M... uwwaaaagggrhhhh......

ishzah said...

Wallaaaaa....cantik,gebuss kek ni...ishzah nak try buat la..abg rozzan...ishzahkan salah satu singaporean yg bukan kaki complain tau..tapi kaki makan aje..hahahaha...:))Kalau camnie...berjiranlah ngan ishzah...buat kek memalam pun tak marah tapi besok pagi tapau aje kat depan pintu rumah kita...hehe..:))

~ mama dewi ~ said...

bro rozzan tinggal maner eh? kiter cam nak pindah rumah la..carik dekat2 ur place jadik nanti slalu bley ngecek makanan..hehhehe..btw, ur cake sunggohmenawan.com dipandang mater..tentu skali rasernyer power gedebak :) hehe

m3rni3 said...

slurp .. terliur tengok gambo kek tu .. tengok gambar dah mengancam apatah lagi rasanya ye ..

mintak sket! .. hehehe

rinnchan said...

Masa mula2 tengok swirl tu ingatkan you bubuh blueberry sbb warnanya nampak ke`purple`an rupanya coklat ekk...
Hmmm..baru je nak kurengkan resipi keju dah mai lagi satu yg menggoda jiwaraga....ya ampunnnnn!!!!

rozzan said...

Shoo, shoooo, shooooooooooooo. Dah mamimontel. Saya dah halau dato' M tu! Pi lah buat sekarang gak!!!

rozzan said...

Bestlah kalau dpt neighbour cam Ishzah. Drpd makanan tu terbuang, lebih baik dapat dimanfaatkan oleh orang lain kan, kan, kan.

rozzan said...

mamadewi > Saya tinggal di tingkat 11 tepi tangga, Hougang. Eh eh macam pernah ku dengar, tapi di mana yerr????

rozzan said...

m3rni3 > Wah murni, you speaking london kat ur blog eh! Btw, next time bolehlah Kak Biah order pizza dgn u, bolehkan?

rozzan said...

rinnchan, simpan jer resipi ni. Kalau nak tukar2 selera, baru lerr buat, K!

Lee Lin said...

bro rozzan, saya duduk tingkat 1, tak nak pindah bawah skit ke boleh berjiran? senang kalau ada 'cikgu masak' sblh rumah (tapi kat KL, hehe)...

rozzan said...

lee lin, thank you fr dropping by, yaa. Oh , you kat KL eh? Cuba check ada rumah kosong kat Basement 1 tak???

Anonymous said...

Salam Bro rozzan, siti buat kek marble keju ni..tp kek nya menurun dbahgian tengah tak rata mcm kek yg dlm gambar..siti bakar api 170 tp masa 1hr10min..bila siti test dgn lidi its comes out clean..boleh bantu siti..dlm oven ada lagi seloyang yang lagi d bakar..tq n salam

rozzan said...

Maaf, lambat reply. Siti should place the kek kat rak tengah. lagi satu, bila pukul tu make sure the adunan betul2 pekat. Jangan buka pintu oven sebelum 1/2 jam berlalu.

Anonymous said...

Tq Bro Rozzan, dah siap kek kita..hehehe..yg second kek siti bakar @180 for about 1hr n i place the kek on the centre rack..thaks for yr sharing the recipe..my hubby, mak kata sedap..cuma siti tak rasa coz tak makan butter n cheese..tq again n kirim salam to yr misses.

rozzan said...

Tahniah siti. Im glad u succeed. Btw, the oven suhu tu subjective. You've got to adjust acc to ur oven.

Anonymous said...

semua oven tak sama...itulah yg siti tak pandai2...skrg tunggu cuti sekolah utk buat kek lapis...jengjengjeng. Tq Bro rozzan n salam.

Mas said...

waduh waduh..sungguh mengancam betol kek cheese ni.abg rozzan tinggal hougang?tak jauh dekat jer tu dgn rumah mas..hehehehe

rozzan said...

Siti : W'salam. Satu pesanan kalau buat kek lapis. Maybe you can start with 1/2 quantity first. Then later kalau dah lebih yakin, bolehlah buat full adunan.

Mas : Yup, me at hougang, tingkat 11 tepi tangga..heheh. mas kat area sama eh?

Mas said...

tak me tinggal Punggol, tingkat 3 tepi lift.hehehe..

mummy jam said...

This I got to try!!

rozzan said...

mas > I see. ingat kat Hg tadi.

mummy jam > Cubalah mummy!

Anonymous said...

Salam bro rozzan,ada org nak order kek ni dr siti, nak minta izin dr bro rozzan dulu..izin kan tak siti jual kek ni..harga lagi pikir sebab tak tau nak kira..salam siti.

rozzan said...

W'salam siti. Eh eh, apa lak yg tak boleh nie. Setiap orang tu ada rezeki masing2. Alhamdulillah, go ahead...bab harga jgn tanya abg, kang tak balik modal nanti heheh..

Anonymous said...

Terimah kaseh alot2 bro rozzan.

rhuzzanna said...

a'salam abg rozzan semoga sihat hendaknya disingapura.
smlm 21aug saya mecuba kek marble keju cheddar abg dan ternyata sedap.tkasih kerna menyiarkan resepi2 yg menarik untuk diibuat dan semoga usaha abg diteruskan...
salam...rhuzzanna-slough berkshire united kingdom.

Bro Rozzan said...

W'salam rhuzzanna. maaf lambat reply. I'm happy rhuzzanna berjaya buat kek tu & you're most welcome to try my recipes. Salam buat ur family juga ya.

lady_bhoemian said...
This comment has been removed by the author.
Lady said...

I dah try bikin KEK MARBLE KEJU CHEDDAR. 1st time bikin ok. 2nd time i bikin kek itu berderai. Kenapa?

BRO ROZZAN said...

Hi lady.
Saya rasa the 2nd time, anda mungkin telah memukul adunan tu agak berlebihan ataupun adunannya tidak dikacau/gaul dgn rata.

Lady said...

oh ok. terimakasih bro rozzan. sekarang kek marble keju jadi kegemaran anak2 i. terimakasih sekali kerana sudi berkongsi resepi :-)

asmayah said...

hi kak rozzan saya maya dari kota singa. I nak tanya u kenapa setiap kali i buat kek gulung pat nak gulung tu langsung patah. Habis 30 biji telor i dah belasah namun patah jugak. Dimana kah silap nya . Boileh tak kasi resepi kek gulung yang gerenti tak patah bila di gulung teringin dan terkilan rasanya nak buat sendiri. My emel add:- asmayah@singnet.com.sg

Tks.

Bro Rozzan said...

Terdapat pelbagai kesilapan jika kek anda 'patah' bila hendak digulung. Adakalanya, kek dibakar terlalu lama menyebabkab ia "garing" dan patah bila digulung. Kadang2, adunan tak dibancuh dgn rata/sebati ataupun mungkin resipi yg tak tepat. Susah sy nak ckp dgn tepat knp kek anda patah bila digulung. Cuba anda lawati blog aunty yochana di link ini http://auntyyochanaindex.blogspot.com/ utk mencuba resipi pelbagai kek roll ya.

sakura27 said...

salam bro rozzan,

saya nak tanye sikit, mcm mane ek nk dpt corak marble yg dlm gmbr bro rozzan nie..?saya kalo bwt kek marble nmpk cam 'bosan' je coraknye.. =( jdi hrap2 dptla tips yg sya boleh try next time bwt kek marble nie.. time kasih.. =]