Followers

Wednesday, September 27, 2006

Prune Cake

Late afternoon yesterday before the break of fast, I had the opportunity & most impt.... 'time' to bake a simple fruit cake. I had attached the recipe before but nevertheless I attached it here again.















KEK PRUNE
Bahan-Bahan
100 gm buah prune
1 cawan air
50 gm kacang walnut
50 gm badam
50 gm gajus
120 gm gula halus
180 gm mentega
150 gm tepung Hong Kong
6 biji telur (putih & kuningnya diasingkan)
200 gm mixed fruit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli

Cara:
1. Buah prune direbus dgn 1 cawan airdan dilecek hingga halus. Sejukkan.
2. Semua kekacang dipotong kasar-kasar.
3. Gaul putih telur bersama kekacang, mixed fruit dan prune tadi. Ketepikan.
4. Pukul mentega, vanilli dan gula hingga kembang.
5. masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga pekat.
6. Campurkan adunan prune tadi ke dalam adunan mentega lalu dikacau rata.
7. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder tadi. Kacau hingga adunan sebati.
8. Tuang ke dalam loyang kek dan bakar selama kira-kira 50 minit - 1 jam dengan suhu 180 darjah Celsius.

5 comments:

Anonymous said...

Sambil menabur pengaetahuan, boleh juga tampal iklan dalam blog kita. Lihat:
Join the CrispAds Blog Advertising Network!

rozzan said...

Hi, Askum. Blog saya ni suka2 jer. Tak seberapa pun..hehehe..mcm paiseh laa..

mamafami said...

Tak ingat whether dah tanya ke belum...tepung Hong Kong ni tepung apa ye? Kat sini hanya ada tepung kek, tepung roti and self raising flour aje.

rozzan said...

Actually tepung Hong Kong sejenis tepung yg lebih halus dari tpg biasa/gandum. Bila membuat kek, saya selalu gantikan tpg gandum dgn tpg HK ni sbb ia memberikan texture yg halus dan lembut. Bila saya buat biskut/cookies saya juga suka menggunakan Top Flour sbb ia membuat biskut kita rangup dan ringan. Cuma harganya lebih mahal sedikitlah tapi takpelah asal hasilnya lebih baik.

Anonymous said...

bro, nak tanya, macamana nak sustain mix fruits tu supaya x tenggelam ke bawah kek? hari tu saya ada try buat mix fruit kek tapi mix fruitnya semua tenggelam ke base kek tersebut.