Followers

Wednesday, January 09, 2008

KUIH TALAM CENDOL

Hampir seminggu takde updates. Nak kata sibuk, tidak jugak. Nak cakap takde masa, tak pulak. I guess sbbnya........mim alif lam sin. Hah...tu yg tepat, heheh. Lagipun, takutlak berat badan bertambah tak tentu pasal! Bagi anak-anak, kesian pulak kalau kat sekolah kena masuk TAF Club (kelab anak-anak yg 'montel'). Lagi pun di peringkat remaja ni, ramai yg nak kelihatan anggun dan langsing-nak 'cun' lah katakan... So, aktiviti kat dapur ni kenalah slow sket (jarang-jarang...., kadang-kadang.....- mcm pernah ku dengar kata2 ni, tapi di mana yaa?). namun demikian, Insya'allah, jika diberi kesihatan dan masa juga mengizinkan, saya akan tetap berkongsi dgn anda semua serba sedikit ilmu yg saya percaya dapat dimanfaatkan bersama.


So, last night I did Kuih Talam Cendol- jangan pengsan tengok warnanya k! This is my 1st time using this colour. Kalau sesaper nak cuba, silakan!


TALAM CENDOL

Bahan Lapisan Bawah
600 ml santan cair (saya gunakan 300ml santan kotak + 300 ml air)
100 tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung Hoon Kwee
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam

80 gm jagung biji dalam tin (whole kernel corn)
80 gm kacang merah /red kidney bean- rebus hingga empuk atau beli yg dlm tin jer
80 gm cendol

Cara:
Gaul rata kesemua bahan di atas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak dgn api perlahan sehingga adunan pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak bergentel-gentel. Masukkan jagung, kacang merah dan cendol lalu kacau sebentar. Matikan api dan bubuh dalam loyang yg telah disapu sedikit minyak. Ratakan. Kukus hingga masak (kira2 10-15 minit). Sesudah itu, tuang adunan lapisan atas ke atas permukaan lapisan bawah tadi. Kukus hingga masak (kira-kira 15-20 minit)





Bahan Lapisan Atas
450 ml santan pekat
4 biji telur (grade A)-kalau kecil gunakan 5 biji
4 sudu makan (bumbung) tepung gandum
1 sudu teh tepung jagung
200 gm gula

garam secukup rasa.
1/2 sudu teh vanilli
sedikit pewarna merah jambu

Gaul semua bahan-bahan dan masak sebentar di atas api yg kecil sehingga naik wap sket.



14 comments:

Anonymous said...

So colorfullah your Kuih Talam Cendol. Buat mama teruja je nak rasa...

BR said...

Heheh, nak rasa camner kot? Buat je lah mama bila ada kelapangan. I always tabik ur energy levels bila kat dapur tu. Rajin sekali....

Anonymous said...

Alamak! Kenape tak ade ukuran loyang & untuk berapa banyak nie?

BR said...

Hi anonymous.
Anda boleh gunakan loyang berukuran 30cm-32cm. Berapa byk jadinya kuih tu tergantung saiz yg anda potong ya.

Anonymous said...

Dear Bro Rozzan

I baked a banana cake for 55mins in 180 deg cel... and it turned out well... but do i really have to let it cool very well inorder to turn in over. Becoz mine crumbled ... as i didnt let it cool at all. Tks.

BR said...

I normally let my cake cool down for at least 10-15 mins before removing it from the mould. Better still let it cool down totally before you turn it over.

Anonymous said...

Dear Bro

If a cake recipe said to use flour w/o mentioning any particular type... is it ok to use cake flour?

Thanks alot for your valuable advice.

Anonymous said...

Dear Bro

I baked a cake marble susu... for 60 mins in 180 deg cel ... but after cooling the cake sunk in the middle and only the edges were baked but not the centre. Pls advise.

Thank you.

BR said...

Meeraz,
yes, you may use cake flour. It's better than plain flour.

BR said...

Hi Nur,

It could be that the cake mould is not placed in the oven at the right level- probably too low or high. Or the mould size is incorrect as in too small. There are many factors contributing to why the cake is not cooked in the middle ya.

Anonymous said...

x cantek lgsg.... ni nk makan kuih ke nak makan pewarna. klu u kurangkan sikit warna tu lg cantik. ni terang sgt.. nk msk dlm mulut pun jd takut.....

Anonymous said...

x cantik??? ok what!!! unik woo!
kite kna la brvariasi dlm memasak ni..Jangan Jadi Jumud! makin peliklah makin unik n makin orang rasa nak cuba!

BR said...

Terima kasih anonymous, for your encouraging words. Saya mmg gemar experiment dgn warna. Kata orang kalau tak cuba tak tahu. Jika hasilnya kurang baik, next time kita perbaiki lagi.

Anyway, Secara umum, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yg berbeza-beza. Kita harus akur bahawa apa yg kita suka mungkin orang lain tak suka atau sebaliknya. Bak kata pepatah Inggeris " a man's meat is another man's poison" Tak salah menyuarakan pendapat asalkan ia dilakukan dgn cara yg berhemah dan sopan.

Buat mereka yg tak suka dgn paparan yg ada di blog ni, mungkin ada lagi blog2 lain yg lebih baik yg anda nak kunjungi. Silakan. Cuma kekadang tu teringat saya akan pepatah Inggeris yg berbunyi "Empty vessels make the most noise"

tiffnotso said...

hahaha geliati aku. ayooomaaa tkutnya...