Followers

Thursday, February 08, 2007

KEK SRIKANDI

Dah lama benar tak 'melawat' ke perpustakaan. So, oleh kerana nak pulangkan buku-buku yg dipinjam anak, sampailah juga saya ke tempat yg dituju. Heheh, bukannya jauh dari ofis saya, tak sampai 5 minit dah sampai pun! But then, everything got to be fast lerr sbb saya pi waktu lunch. Seperti biasa , lepas pulangkan buku, saya terus ke rak buku-buku M (Melayu, Masak, Makanan, m utk apa lagi yer?....) Tak sampai 5 minit, saya dah kumpulkan 12 buku utk diteliti (mcm mata-mata gelap plak, heheh). Bukan apa, cuma nak pilih 4 buku utk menjadi 'santapan minda' dan 'pencuci mata'. Dan kalau dapat, bolehlah share dgn kenkawan. So, bila saya takde posting hasil dari kerja-tangan saya sendiri, dapatlah saya tepekkan resipi yg pada pandangan saya boleh anda cuba.. Kalau tak pun, sekadar menghiasi blog nie jer lerr.. OK, for a start, this lovely KEK SRIKANDI from Pn Rabiah Amit takes centre stage. It's from one of the books which I borrowed. ( Note: For a clearer view, double-click on the scanned recipe)

4 comments:

Anonymous said...

cantik kek ni :-)
kenapa ye semua jenis kek lapis guna sangat byk telur kuning?
tak larat betul tgk telur putih xtra tu...

BR said...

Betul tu hellikonia. Kek Srikandi ni salah satu kek yg menarik perhatian saya semasa saya browse thru buku resipi kek lapis Sarawak. Insya'allah satu hari akan saya cuba.

Ttg kuning telur tu, mmg kek lapis banyak menggunakan kuning telur utk mencapai texture kek yg lembut. Putih telur selalu berfungsi mengeraskan sesuatu bahan. So, that's why cuma sedikit je putih telur yg digunakan.

Btw, naper tak hellikonia gunakan outih telur tu untuk membuat kek yg menggunakan putih telur seperti Kek Zebra atau Fly African?

Anonymous said...

Lebihan putih telur itu jangan dibuang atau disimpan terlalu lama ...kita boleh gunakan untuk membuat kek pelangi Kukus atau lebih dikenali kek Ais Cream atau Kek paddle pop.

BR said...

Thanks anonymous,

Bolehlah anda kongsi bersama resipi2 tersebut ya!