Followers

Friday, September 12, 2008

KEK LAPIS TEMBIKAI (WATER MELON)



(Sumber Foto & Resipi : Puan Rabiah Amit)

Bahan A
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm gula kaster
50 gm tepung roti tunjuk (biskut jejari)
150 g tepung hong kong
1 sudu makan ovellete
Coklat rice
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Pewarna merah

Bahan B
450 gm mentega
4 sudu makan susu pekat
1 tin kecil serikaya

Cara
1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Pukul bahan B hingga putih.
2. Campurkan kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian

(a) pewama hijau.
(b) pewarna kuning.
(c) pewarna merah.

3. Bakar adunan kuning sebanyak 3 lapis. Diikuti dengan adunan hijau sebanyak 3 lapis.
4. Kemudian masukkan 5 sudu makan adunan merah dan ratakan. Taburkan sedikit coklat rice. Bakar.
5. Lakukan proses yang sama pada adunan merah sebanyak lapan lapisan atau sehingga habis.
6. Lapiskan pula adunan kuning sebanyak 3 lapis dan diikuti pula lapisan hijau sebanyak 3 lapis.

3 comments:

marble cake said...

biskut jejari boleh didapati dimana?selain di kedai red man ada di NTUC supermarket....

BR said...

Maybe di Carefourre or Cold Storage...

marble cake said...

terimakasih bro rozzan,adakah sama dgn biskut jejari yang membuat tiramisu agaknya namanya biskut lady's fingers...