Followers

Thursday, August 20, 2009

Permintaan Resipi - KUIH BAULU

Permintaan dari ngah



BAULU CERMAI
(sumber : Hajjah Rohana Abu, foto : buku ALMAS)


BAHAN
5 biji telur, diasingkan kuning dari putihnya
180 gm gula caster
210 gm tepung gandum, diayak
¼ sudu teh serbuk vanilli
¼ sudu teh baking powder
acuan baulu cermai


CARA

Pukul putih telur dan baking powder sehingga kembang. Masukkan vanilli dan pukul lagi sehingga rata. Masukkan gula sedikit-sedikit, pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur, satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

Panaskan ketuhar 200 darjah Celsius. Acuan baulu dioles dengan mentega, segera masukkan kedalam ketuhar. Ambil 3 senduk tepung gandum dan bancuh dengan 9 senduk adunan telur didalam mangkuk yang lain. Kacau rata sehala sebentar. Keluarkan acuan baulu dari ketuhar dan tuangkan didalamnya adunan, tiga suku penuh. Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah, sehingga masak dan kuning.

Apabila hendak membakar seterusnya, adunan telurnya hendaklah di pukul lagi, supaya gulanya tidak mendap, kemudian gaulkan dengan tepung seperti yang dilakukan tadi. Satu adunan boleh dapat 100 biji kuih baulu.



WARKAH CINTA (LOVE LETTERS)
(sumber : Siti Mastura Alwi, foto : buku ALMAS)


BAHAN
220 g tepung gandum
60 g tepung beras
¼ sudu teh serbuk vanilli
¼ sudu teh garam
220 g gula halus
(kesemua bahan ini digaul rata)

4 biji telur
400 ml santan dari satu biji kelapa parut putih
Sedikit minyak


CARA
Pukul telur dan gula sehingga pekat. Masukkan tepung dan santan berselang seli. Kacau sehingga rata . Jika adunan bergentel, tapis. Panaskan acuan kuih gulung. Acuan dioles dengan sedikit minyak. Tuangkan satu sudu besar adunan kedalam acuan dan bakar sehingga masak. Apabila kuihnya kekuningan, angkat dan segera gulung atau lipat. Simpan kuih yang siap bergulung atau berlipat ini ditempat kedap udara.


PANDUAN
Jika hendak membuat WARKAH CINTA MANGGA, kurangkan santanya kepada 300 ml dan tambahkan 100 ml mangga puree dan 1 sudu teh esen mangga. Semasa membuat adunannya, masukkanlah tepung, mangga puree dan santan, berselang seli.

No comments: