Followers

Monday, April 30, 2007

KEK LAPIS DURIAN

For the past week, I was feeling lethargic, not really in the mood to do anything. Pity the butters- they kept coming in and out of the fridge without any transformation.... Alas, last night, I finally managed to summon all my 'strength'- both mentally and physically and baked Durian Layer Cake. Even though I have my own recipe for it, I decided to try the recipe which I obtained from Rossya's FP (http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=848320. Here are the results.






Kek Lapis Durian
Bahan A
400g mentega ( saya gunakan 450 g)
300gm gula halus
500g puree durian (dari isi dikisar tanpa air)- saya blend jer dgn mixer
4 sudu makan susu manis
sedikit paste durian (saya tak taruk sbb not available, instead saya bubuh 1 steh vanilli)

Bahan B
180g tepung naik sendiri
24 biji kuning telur
8 biji putih telur (saya gunakan 7 saja sbb saya gunakan telur saiz besar)

Cara:
1) Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
2) Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.
3) Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang.
4) Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur kedalam bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.
5) Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis.
6) Pada lapisan terakhir, gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180 deg.C selama 10minit atau sehingga masak. Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.

Nota :
1) Saya gunakan telur saiz besar dan lebihkan sedikit sukatan mentega.
2) Saya gunakan loyang saiz 10" x 7" dan dapati ada lebihan adunan yg kemudiannya saya bubuh dalam acuan cupcakes. Saya taburkan sedikit parutan keju cheddar ke atasnya.

KEK LAPIS DURIAN (my version)
Bahan-Bahan
16 oz mentega
4 sudu besar susu pekat manis
14 oz isi durian

* Pukul semua bahan hingga kembang …………. BAHAN (A)

20 biji kuning telur
6 biji putih telur
1 sudu besar ovalette
10 oz gula halus
5½ oz tepung naik sendiri

* Pukul semua bahan dgn high speed ………… BAHAN (B)

Cara:
Campurkan Bahan A dengan Bahan B. Kacau rata-rata.
Bakar selapis selapis hingga selesai dengan api grill.
Note:
I've been using this recipe for many years and it has never failed me.
** So, whichever recipe you would like to use, I'm sure you too will succeed. Best of luck!

3 comments:

mummy jam said...

I don't mind eating durian but not when it's cooked / mixed with something else....I won't eat!!

rozzan said...

Haahh, sama betul dgn rakan sekerja saya, mummy jam. Tuhari saya bawak kat ofis, ada sorang kawan ni, dia ckp dia hanya makan durian in its original form jer. Kalau dah buat kuih/kek apa pun, dia tak pandai makan!!
Walhasil, tepuk dada tanya selera yer!

Kay Yusop said...

Saya sudah cuba resipi kek duriannya. Dan memang buat pertama kali membuat kek lapis dan alhamdulillah, keknya lembut dan disukai oleh keluarga. Terimakasih Abg Rozzan di atas keikhlasan berkongsi resepi dan ilmu.