Followers

Monday, August 03, 2009

Permintaan Resipi - KEK MARBLE LAPIS COKLAT

Permintaan resipi dari Puan Hairoon. Selamat Mencuba!



Kek Marble Lapis Coklat
(sumber : Pn Juriah Abdullah, Foto: ALMAS)

BAHAN "A"
250 g mentega lembut
30 g tepung susu
1 sudu teh serbuk vanilla

BAHAN "B"
7 biji kuning telur yang besar
6 biji putih telur yang besar
1 sudu makan ovalette
160 g gula caster
200 g tepung Hong Kong, diayak
200 g tepung optima
1/2 sudu teh baking powder
10 g serbuk koko, diayak
1/2 sudu makan chocolate paste
3 sudu makan susu putih dalam kotak
Loyang 10" x 10" x 3" gris dengan mentega dan alas dengan kertas kuih


BAHAN "C"
300 g chocolate Tulip
100 g chocolate Nutella
130g Crisco putih


CARA UNTUK BAHAN "A"
Semua bahan "A' dijadikan satu dan dipukul dengan menggunakan "K" beater, sehingga putih dan rata. Ketepikan.


CARA UNTUK BAHAN "B"

Putih dan kuning telur, dipukul dengan gula dan ovalette selama 10 minit atau sehingga kembang.

Masukkan tepung Hong Kong, tepung optima, baking powder dan susu. Pukul lagi sehingga adunanya kembang dan pekat.

Kemudian campurkan dengan bahan "A" dan kacau dengan senduk kayu sehingga rata dan sebati.

Keluarkan 1/3 dari adunan ini dan gaulkan dengan serbuk koko dan chocolate paste sehingga rata. Ketepikan.

Ambil sedikit adunan putih dan masukkan kedalam loyang , lapiskan dengan adunan coklat.

Ulang melapis sehingga habis seperti kek marble biasa. Bakar dengan kepanasan 150-170 darjah selama 45-60 minit atau sehingga masak.

Setelah keknya sejuk, belah dua dan sapukan dengan bahan "C."


CARA UNTUK BAHAN "C"

Masukkan semua bahan "C" dalam periuk dan cairkan dengan kaedah double-boil, sehingga rata. Baru boleh digunakan.

6 comments:

Anonymous said...

Salam BR,

saya ada 3 soalan

1) tepung semua saya pakai tepung biasa boleh?
2) susu putih dalam kotak tu susu tepung ke? brand ape yg BR guna?
3) crisco ada substitute tak?

Maaf ye saya banyak tanye.

Terima kasih
Sha

BR said...

WS Sha.

Jawapannya:
1) Boleh, cuma mungkin keknya nanti jadi kurang lembut.

2) susu putih dalam kotak, full cream milk atau any UHT plain milk

3) You boleh tukarkan kpd any other shortening,

Anonymous said...

Salam,

Boleh tak kalau saya tak gunakan tepung susu?

fiza said...
This comment has been removed by the author.
Maria said...

Tried this recipe.. It's simple to do and delicious.. Like it....

Anonymous said...

Says ingin bertanya.saya hanya gunakan tepong hong Kong sahaja boleh tak Dan menggunakan susu pekat boleh tak