Followers

Friday, July 02, 2010

SIMPLY SINFUL CHEESE CAKE

















Sebenarnya, saya kurang minat utk membuat cheese cake/kek keju. Bukan apa, sebabnya nanti kek tu tak habis oleh kerana tak semua anggota keluarga saya yg meminatinya. Kali ini, kek keju yg saya buat ni, hampir separuh saya berkongsi dgn tkawan dan teman2 sepejabat. Saya sendiri pun bimbang kalau makan keju berlebihan..... Bertambah bulat lerr...

Resipi Simply Sinful Cheese Cake ni saya tukil dari internet. Terdapat pelbagai variasi tetapi yg nyata, kesemua resipi2 nya mempunyai cara asas yg sama. Cuma, kelainannya adalah dari segi perisanya saja. Kalau ingin mencuba silakan..


















SIMPLY SINFUL CHEESECAKE

Bahan untuk base
200 gram biskut digestive, dihancurkan
3 sudu besar mentega
2 sudu besar madu

Bahan untuk Cheesecake
500 gram kriim keju, dilembutkan
1 tin kecil (390 gram) susu pekat
3 biji telur
150 gram coklat masakan, cairkan cara double boil
1 sudu teh esen vanilla




















Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150’C. Campurkan kesemua bahan untuk base dan tekan pada dasar loyang springform berukuran 9 inch. Bakar selama 10 minit dan ketepikan.
2. Menggunakan mixer, pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masukan susu pekat sambil dipukul sehingga ia sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul sebati. Bahagikan adunan cheesecake kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan coklat masakan yang telah di double boil tadi dan gaul rata.
4. Tuangkan adunan cheesecake coklat kedalam loyang diikuti dengan adunan cheesecake plain. Bakar selama 50 – 55 minit sehingga pertengahan cheesecake bergoyang-goyang tetapi tepi adunan telah set. Sejukkan selama 1 jam dan kemudian boleh disejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dihidangkan.











10 comments:

Sueozana said...

Slmlkm Bro Rozzan..smoga skluarga dirahmati Allah swt..

TQ for d tasty recipe..Kebanyakan resepi bro kak sue cnp n buat hidangan kluarga.

Arwah mak kak sue (baru meninggal 20/06/2010)sempat merasa kek Sarawak n cheese cake yg resepinya kak sue ambil dr blog bro. Arwah suka sgt kek sarawak tu.. Alhamdulillah! TQ again...

BR said...

BR > Sueozana

WS Wr Wb. Mekasih atas doa anda. Semoga anda juga sihat2 yer.

Alhamdulillah, mekasih atas kepercayaan kak Sue terhadap resipi2 yg saya paparkan.

Innalillahi Wainna Ilaihiraji'un. Salam takhziah buat akak sekeluarga di atas pemergian ibu tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Mekasih kembali.

Simplyme said...

Oh my.. indeed sinfull!!!!!

Tankiumr.rozzan.. :)

Misz Jaja said...

Salam Bro Rozzan..

Nak tnya la.. utk resepi cheese kek nih, ok x jika chocolate cair tu ditukar kepada serbuk coklat.. maksud jaja, jika letak kan sedikit serbuk coklat instead of coklat yg dh dicairkan..

** Kek lapis cranberry tu x jual ke?? Kalau jual nk beli la.. hehehe

BR said...

BR > Miho

You're most welcome! Thank you for visiting.

BR said...

BR > Pn.Jaja

Saya rasa boleh jugak kot... cuma mungkn kurang moist sket.

Btw, kek lapis cranberry tu kalau nk order, perhaps bila off festive season. Insya'allah.

mike charlie said...

tgk pun nmpk sedap...nk try la...

Anonymous said...

abg,

cara membakarnya gunakan double boil or jus normal baking je? selalunya adik cuba bt tapi ada yg kureng..

BR said...

Anonymous,
Yg ini, kalau tk silap, saya buat tanpa menggunakankan kaedah "bain-marie". Mula2 rasa bimbang jugak takut tk menjadi. In short, bakar jer- tak perlu taruk dalam water bath.. Harap maklum ya.

grace aka Mrs.MDK said...

I had try your simply sinful cheesecake, and ooo....my...it was soooo yummy. thks for sharing your passion with us.