Followers

Friday, January 26, 2007

ORANGE AMBRESCIA CHIFFON CAKE



For those who loves orange flavour, I attached herewith the recipe for Orange Ambrescia Chiffon Cake.



ORANGE AMBRESCIA CHIFFON CAKE
Bahan-Bahan:
6 biji kuning telur
8 biji putih telur
5 oz gula halus
5 oz tepung Softasilk (anda boleh gunakan tpg serbaguna atau Top flour)
4 oz orange squash
2 sudu teh esen orange
3 oz minyak jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh vanilli
1/2 sudu teh cream of tartar
sedikit pewarna jingga

Cara:
Masukkan separuh sukatan gula (2½ oz) ke dalam mangkuk besar bersama tepung , minyak jagung, orange squash, esen orange,baking powder, garam, vanilli dan pewarna jingga. Kacau rata-rata dan kemudian masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur bersama cream of tartar dgn high speed dan masukkan gula sedikit- sedikit hingga habis. Pukul hingga pekat.

Tuangkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata dan tuangkan adunan ini ke dalam acuan kek chiffon. Bakar dgn suhu 160 - 170 darjah Celsius selama kira-kira 40 -45 minit. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang kek tersebut. Biarkan hingga kek betul2 sejuk sebelum di terbalikkan semula utk dikeluarkan dan dipotong.

Sos nya (saya belum pernah cuba)
5 oz gula
15 oz air
1½ oz tpg kastad
2 sudu teh agar-agar serbuk
½ sudu teh esen orange
secukup buah peaches dan cherry

Cara:
Bancuh kastad dgn sedikit air (dari 15 oz tadi). Lebihan air dicampur dgn gula lalu di didihkan atas api. Masukkan bancuhan kastad, agar-agar dan esen orange ke dalam air gula itu dan terus kacau hingga pekat sedikit. Curahkan sos ini ke atas kek dan taburlah dgn buah peaches dan cherry.


4 comments:

MamaFaMi said...

Geram tol tengok all your chiffon cakes. Mama nak tanya, kalau nak buat chiffon cake, is it a MUST to bake it dalam tin yang berlubang tengah cam tu? Mama tak adalah tin chiffon cake tu. Nak beli kat sini, mahal ya rabbi, cam tak berbaloi je.

rozzan said...

I'm afraid it is a must mama, unless you can find a substitue, something similar. The function of the protruding centre piece is actually to support the cake once the mould is overturned after removing from the oven. As chiffon cakes need air to maintain the spongy texture, this process is to allow the 'hot air' in the cake to cool down and remain in the cake. So when the cake has cooled down, you can overturn it back upright with the cake retaining its spongy shape. If you do not overturn the mould after removing the cake from the oven, the cake will sink. Hope I've cleared ur doubts.

rinnchan said...

Hai..rinn tak berani nak buat chiffon cake takut tak naik...atau, kalau dah naik mungkin akan turun balik heh heh heh..
Mamafami nak buat tapi tak de acuan yee..Yang rinn ni acuan ada tapi tak berani try..apa daaahh..
Tapi nak try gak one fine day...

rozzan said...

Cubalah rinnchan, kalau ada usaha yg gigih tentu menjadi kelak kek anda tu!