Followers

Tuesday, June 05, 2007

BROWNIES

Baked these brownies last night using one of the recipes I obtained from Forum Resipi Diana. It was very nice and chocolatey. I guess I really have to restrain myself. Otherwise, I'll become rounder & rounder heheh....





















BROWNIES (sumber : diella)

Bahan-Bahan
250gm mentega
1½ cawan gula (360 gm)
4 biji telur
2 s/teh esen vanilla
½ s/teh baking powder
1 cawan tepung biasa (120 gm)
¾ cawan serbuk koko (saya gunakan 50 gm koko, 40 gm Milo)
- ni bkn kes pandai2 tp sbb koko dah kehabisan stok....
½ cawan kacang (cincang) - saya tak taruk sbb satu jenis kekacang pun takde dlm simpanan.
½ cawan choc chips (optional)- saya taruk 150 gm

Cara :
1) Cairkan mentega di atas api kecil, matikan api dan masukkan gula. Kacau dgn whisk.
2) Masukkan telur dan esen vanilla dan terus kacau.
3) Masukkan tepung , baking powder dan serbuk koko. Gaul rata.
4) Masukkan kacang ( anda boleh juga masukkan choc chips ke dalam bahan ini atau taburkan hirisan badam di atas permukaan bahan sebelum dibakar )
5) Tuang ke dalam loyang yg telah digris ( 12" x10") - saya gunakan saiz 10" x 10" dan bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan dgn suhu 180 darjah Celsius selama 25 – 30 minit- saya bakar selama 45 minit.

BAHAN CREAM COKLAT.
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil - saya masukkan microwave jer fr 2-3 minit.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan marjerin.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan ke atas kek dan hiaslah mengikut citarasa anda.

12 comments:

Anonymous said...

lama tak singgah blog rozzan..sekali pandang terlihat si brownie ni...it makes my mouth watering.Cantik sekali keep it up!..

BR said...

Hi, As'kum & TQ fr dropping by. Nak tanyalah, nie anonymous yg mana satu yer? heheh....

Anonymous said...

anonymous yg dulu suka jenguk blog rozzan.Semoga Allah sentiasa melindungi mu sekeluarga...insyaAllah.Maybe one fine day i'm gonna try this recipe.

BR said...

Hi, I guess its Cik Zainon yer! Betul ke atau tidak, thanks krn sudi lapangkan masa jenguk kat sini yer! Mekaseh juga krn doa anda & moga2 you & family too is in His Blessings yaa.

ctshari said...

mm.. saya nak tahu, kenapa gula lebih dari tepung?

BR said...

shari&siti,
sukatan gula selalunya lebih dari tepung kerana hendak mengimbangi rasa koko yg ada dlm bahan tu. Sukatan serbuk koko atau coklat masakan dlm resipi brownie selalunya agak banyak. Ini ditambah pula dgn tepung. So, gula memainkan peranan utk memberikan kemanisan pd brownie tu. Kalau sukatan gula kurang dari tepung, bererti brownie anda akan berasa 'tawar' krn kemanisannya akan di'tenggelamkan' oleh rasa koko/coklat tadi. Hope I've answered ur question.

ctshari said...

thanks bro!! thatz really helpful!

Anonymous said...

As'kum Bro Rozzan, resepi ni dapat hasilkan berapa slice brownies ye (loyang 10' x 10'). Dan bila waktu yg sesuai utk hias brownies ye...semasa still dalam try, dan waktu brownies betul2 sejuk ke? Tq.

BR said...

WS. Tergantung dgn saiz yg anda nak potong, you may get about 24 pcs (panjang brownie tu 10" you divide by 4, lebarnya 10" you divide by 6). Kalau dipotong lagi kecil, lagi banyaklah you dapat.

Saya selalu biarkan ianya sejuk sebentar -abt 10-15 minutes, then baru saya bubuh topping ganachenya. Kalau dah sejuk pun takpe.

nora said...

salam bro, nak tanya sikit, brownies tu dipotong dulu atau diletak ganachenya dulu?

wassalam

BR said...

WS nora.

Ganache harus disapukan terlebih dahulu ke atas permukaan brownie tu. Kemudian, tunggu dulu sehingga ganache tu keras baru dipotong.

Anonymous said...

salam cik rozzan, saya ingin bertanya, yang cream coklat tu lepas dah tuang ke atas brownie, adakah perlu dibakar lagi atau tidak??
-uqailah-