Followers

Monday, February 04, 2008

KUIH BAKAR UBI



















Kuih Bakar Ubi ini adalah satu lagi jenis kuih-muih tradisional yg masih digemari ramai sehingga kini. I've done it before and had posted the recipe in my earlier posting. Utk tidak menyusahkan anda mencari2 resipi tersebut, saya catatkan lagi resipinya di sini. Cuma saya ada membuat sedikit perubahan dlm sukatan cecairnya iaitu saya menggunakan campuran santan pekat dlm kotak, air dan susu sejat.

KUIH BAKAR UBI
Bahan-Bahan
1 kg ubi parut (perah dan buang semua kanjinya)
400 ml santan pekat (santan kotak)
200 ml air
50 ml susu sejat (evaporated milk)
260gm gula
4 biji telur (saiz besar) –kacau sedikit
1 sudu besar minyak sapi atau mentega
1 sudu teh vanilli
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Peraturan :
Satukan ubi parut dan gula dalam sebuah mangkuk besar. Masukkan minyak sapi dan telur, lalu gaul rata bahan-bahan ini. Kemudian masukkan campuran santan, susu sejat & air sambil di kacau terus sehingga sebati. Bubuh garam, vanilli dan pewarna kuning. Gaul lagi hingga rata. Sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang/acuan. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 220 darjah Celsius selama. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

No comments: