Followers

Monday, November 17, 2008

KEK LAPIS PRUNE (raspberry)



Kek Lapis Prune ini saya buat dgn kaedah dan bahan asas membuat kek lapis sarawak (harap2 betullah yer! apa yg saya cakap nie..) . Secara asas, kek lapis sarawak, teksturnya lembab (moist) dan menggunakan perisa seperti horlicks, sekaya, jem dan sebagainya. Berdasarkan kreativiti seseorang, selepas dibubuhnya perisa pada kek tersebut, barulah diberi nama-nama yg unik. Apapun, anda juga boleh membuat kek lapis sarawak ini dgn membubuh perisa yg anda gemari, dgn warna pilihan dan akhir sekali, letakkan nama kek anda sendiri. Seperti kekata yg biasa kita dengar "kita yg buat dia" -so, nak taruk apa nama sekali pun orait ler!!

Secara biasa, kek lapis prune yg biasa saya buat tiada pewarna dan tiada perisa tambahan. Tapi kali ini saya telah membubuh jem raspberry sebagai perisa dan saya kurangkan penggunaan susu pekat manis. Secara keseluruhan, kek lapis jenis ini memang moist (lembab) dan mudah utk membuatnya. Dan, jika anda tidak gemar dgn buah prune bolehlah ditukar dgn kismis atau bahan2 lain seperti coklat. Terserah kpd citarasa anda. Sebab, enak utk orang tak semestinya sedap buat kita dan sebaliknya.

OK, now the recipe..

KEK LAPIS PRUNE
Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu besar ovalette (boleh ditiadakan)
10 biji telur saiz sederhana
1/2 tin susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
100 gm jem raspberry
200 gm prune (dipotong kecil-kecil)
sedikit pewarna merah

Cara:
Pukul mentega, gula & ovalette hingga kembang (kira-kira 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji dan terus pukul. Masukkan pula susu pekat manis lalu dikacau lagi. Kemudian masukkan horlicks dan tepung. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu dibiar plain manakala yg satu lagi dibubuh jem raspberry dan pewarna merah. Bakar selapis selapis sehingga masak. Pada setiap lapisan kedua dibubuh buah prune.

2 comments:

Ummu Aqil said...

nampak best nih...taruk jem dia tak lembik ke ekk?

BR said...

Alhamdulillah, tak menghampakan. Bila taruk jem, adunannya Insya'allah tak lembik.