Followers

Friday, December 08, 2006

KUIH TALAM KELADI

Kuih Talam Keladi merupakan salah satu drpd banyak kuih tradisi Melayu yg biasa kita jumpa di majlis-majlis keramaian. Membuat kuih-kuih talam yg berasaskan tepung beras di lapisan bawah tidaklah begitu rumit. Anda hanya perlu mendapatkan resipi asas utknya dan setelah mahir, anda boleh pelbagaikan 'intinya' seperti menukarkan keladi kepada pisang, nangka, sengkuang cina, dan banyak lagi. Ada juga terdapat resipi yg mencampurkan tpg beras dgn tpg hoen kwe. Basically, asal bahagian bawah tu lemak & lembut (bukan lembek)- that's good enough. Pada lapisan atas pula, in general, sukatan serikayanya juga basic dan anda boleh menukarkan kepada perisa pandan, plain atau pun gula melaka. So, di sini saya sertakan resipi talam keladi versi saya. Kalau ada apa2 feedback, silakan ya. Selamat mencuba!


Bahan Lapisan Bawah

400 gm keladi (dipotong dadu, kukus atau rebus hingga 3/4 masak)
280 gm tepung beras
1150 ml santan cair dari 1 biji kelapa (saya gunakan 200ml krim santan KARA & ditambah air)
120 gm gula
1 sudu teh garam

Cara:
Campurkan tepung beras, santan cair, gula dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 20-25 minit sehingga ianya agak pekat sedikit. Kemudian masukkan keladi yg telah dikukus tadi dan kacau/gaul sebentar. Matikan api dan tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Ratakan dan kukus adunan ini selama kira-kira 20 minit. Setelah itu, tuangkan bahan serikaya (lapisan atas) ke atas nya. Kukus lagi hingga masak selama kira-kira 30-40 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk (kira-kira 3-4 jam) sebelum dipotong.

Bahan Atas (Serikaya)

8 biji telur ayam (kalau saiz besar 6 mencukupi)-kocok sedikit
200 gm gula melaka (masak dgn 1 cawan air, daun pandan- jadikan 220 ml air gula-sejukkan)
250 gm gula
6 sudu makan (mumbung) tepung gandum
550 ml santan pekat dari 2 biji kelapa (saya gunakan krim santan pekat KARA)
1 sudu teh garam

Cara:

Di dalam mangkuk besen, masukkan tepung, gula, air gula melaka & santan pekat lalu dikacau rata. Kemudian masukkan telur dan garam dan dikacau lagi hingga sebati lalu ditapis. Tuang ke atas lapisan bawah kuih talam keladi.

Nota:

Kalau ingin bubuh sedikit pewarna coklat pada serikayanya- silakan. Ada sesetengah resipi yg mengarahkan bahan serikaya ini dikacau sebentar di atas api- ok gak. Bagi diri saya sendiri, bila membuat kuih-kuih talam, saya jarang berbuat demikian. Terserahlah kpd anda, mungkin cara anda berbeza. Asal hasilnya memuaskan diri kita sendiri, Insya'allah.

7 comments:

ishzah said...

Ishzah suka sangat kuih ni....kalau dapat sepiring kuih talam keladi ni,kan best:))

rozzan said...

laaa...dah mlm nie, kalau tak bleh i kasi. ni sambil2 tulis blog sambil mkn gak kuih talam keladi nih. heheh

rossya said...

Dulu .. selalu jugak rossya buat versi ni.. Dah lama rasanya dah tak buat talam keladi ni.. Dulu time kendhuri selalu jugak bawak untuk buah tangan.. Tengok rozzan nyer talam keladi.. terasa pulak nak buat lagi.. Bila ehh?

rozzan said...

Heheh, tu lah. Time is of the essence fr me as my work is really keeping me occupied. Kalau tak betul2 tak jadi buat. Furthermore, buatnya satu loyang, yg pemakan kat rumah ni berapa kerat jer! Nasib baik kalau buat pada malam waktu hari bekerja (weekdays), jadi esoknya boleh tapaw kat kawan2 opis. Kira promo ler tu....

mamafami said...

Mak ai sedapnya tengok kuih talam bro ni. Tapi kat sini tak de keladi...or maybe kita tak pernah jumpa kot...tak pelah, jamu mata ler dulu...

rozzan said...

Mama, you can substitute keladi dgn apa jer yg similar seperti keledek. Bak kata chef wan, "kita yg buat dia bkn dia yg buat kita" heheh

Cha said...

Salam,

Nak tanya, apa size loyang yang dipakai?

Tq Abg Rozzan