Ramai teman-teman yg telah mencuba resipi Rolled Oats Cookies memberikan maklum-balas yg positif & baik. Ada yg telah mengambil tempahan dan ada pula yg dah konfiden buatkan cookies ni utk rakan dan teman meraka. Syabas! Saya lampirkan sekali lagi resipi ni yg telah saya postkan kat blog ni pd 24 Ogos 2006. (Actually, saya selalu start buat kuih raya abt 7-10 days b4 Raya but I really want to share this with everyone so I baked it yesterday. Selamat mencuba...
BISKUT OATS
Bahan-Bahan
375 gm (1 ½ buku)mentega
1 sudu teh vanilli
6 biji kuning telur
2 cawan (mumbung) gula pasir - dikisar halus
1½ cawan tepung naik sendiri
300 gm badam / gajus (dipotong kecil-kecil , dibakar kira-kira 10 minit)
1 kg rolled oats (dibakar kira-kira 10 minit)
Peraturan
Kacau mentega , gula dan vanilli hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji lalu dikacau lagi hingga pekat. Kemudian masukkan tepung yang telah di gaul bersama badam/gajus tadi. Akhir sekali , masukkan rolled oats dan kacau hingga sebati. Ambil adunan sedikit-sedikit ,taruh atas dulang pembakar lalu dibakar sehingga kekuningan. (Dulang pembakar hendaklah di sapu dgn sedikit mentega agar biskut tidak melekat.)
9 comments:
Senang nak buat, nampak rangup dan sedap, tapi awatnya banyak sangat guna teloq! Hehe...
Bukan apa mama, resipi utk bahan ni menghasilkan lebih kurang 200 kpg biskut - muai. Kalau nak buat 100 kpg, bahagi dua jerlah bahannya. teloq pun jadi 3 biji lerr. Yg saya buat tu 1/3 bahagian jer, dpt abt 70 kpg biskut.
Hai Hasnie Sidek sini..
Melihatkan resipi di laman web ni amat menarik terutamanya UT Oats tapi saya nak tahu apa tu vanilli?
aah, apa tu vanilli? penyanyi vanilli i tau la..
hi,
saya nak tanya sedikit...kenapa cookies saya tak leper setelah dibakar? masih berbentuk sebagaimana sebelum dibakar...apakah kesilapannya?
Hi,
Kalau anda dah buat adunan cookies ni, anda akan dapati bahan tpgnya cuma sekedar 'melekatkan' rolled oats tu. Bukan seperti bahan biskut lain yg padat. So, bila anda longgokkan dgn sudu adunan cookies ni ke atas dulang pembakar, bila dibakar ia akan 'meleper' sedikit. Bila bubuh tu jgn tinggi membukit ya.
Hi! Eugene Evans . payday loans
ni nk bakar selama berapa minit ye?
Asfiza,
Masa membakarnya lebih kurang 25-30minit ya!
Post a Comment