Hari ni tak bekerja, jadi bolehlah rewang sket kat dapur. Maksudnya, boleh ler masak utk hidangan tengahari dan makan mlm. Kebetulan, mmg nak pergi 'berziarah' ke bangunan baru Pasar Geylang Serai yg baru saja dibuka.
Phew..punyalah ramai orang kat sana! Selalunya, kalau hari Sabtu sekitar jam 8 pagi, orang tak lah begitu ramai. Pagi tadi berpusu-pusu orang berkunjung ke pasar yg mmg penuh nostalgik dan istimewa di kalangan masyarakat Melayu setempat. Pendekata, orang selalu cakap, semuanya ada di pasar Geylang. Dan......selain itu, ada satu lagi yg mmg tak pernah ada di sana. Rasa-rasa anda penduduk setempat tahu yer apa maksud saya. Kerana itulah, masyarakat Melayu/islam dapat berbelanja di pasar Geylang dalam keadaan selesa, tanpa ragu-ragu atau was-was.
Apapun, waktu berbelanja pagi tadi memang lebih dari yg biasa. Iyerlah, tempat baru, jadi satu bangunan saya pergi, hulu-hilir, tepi tengah, tingkat satu, dua.. Ada lif dan juga tangga bergerak (escalator) utk warga2 emas dan mereka yg memerlukan. Bukan apa, saja nak mengenal-suai dan mencari gerai2 yg biasa saya langgani agar mudah berbelanja.
Satu jer saya tak buat, heheh...iaitu "tangkap gambar". Takut pulak orang kata kita ni jakun.. Tapi seni ukir di Pasar Geylang Serai baru ni mmg cantik dan bila siap sepenuhnya nanti, ada jejatas yg menghubungi Joo Chiat Complex, satu lagi tempat shopping yg biasa dikunjungi masyarakat Melayu setempat. Nampak2nya, bertambah2 lah lagi wang dollar yg perlu 'dicetak' dek nak menabur bakti di sana.
OKlah, balik ke topik masakan hari ni, saya nak berkongsi dgn anda apa yg saya masak hari ni. Lauk yg mudah disiapkan , main lebur jer! iaitu sejenis lauk asam rebus yg arwah mak saya sebut sebagai Gulai Nenas. Berikut adalah resipinya.
GULAI NENAS IKAN KERISI
Bahan-Bahan
1 ekor ikan kerisi (kira-kira 1 kg) , dibersihkan dan dipotong ikut suka
Bahan Kisar
1½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu teh kunyit serbuk)
3 batang cili merah
sedikit belacan
4 cawan air
15-20 ‘mata’ asam jawa (diramas dgn ¼ cawan air)
1½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
3-4 sudu besar gula
10 batang cili padi
beberapa tangkai daun kesum
1 biji nenas (dihiris, jangan terlalu nipis) –empulurnya dibuang
Cara:
1) Tuang bahan kisar ke dalam periuk bersama air dan air asam. Masak hingga mendidih.
2) Kemudian masukkan pula potongan ikan kerisi tadi bersama cili padi dan daun kesum. Bubuh pula garam dan gula. Akhir sekali, masukkan hirisan nenas ke dalamnya. Biarkan seketika sehingga ikan masak lalu matikan api. Kalau terlalu lama, dikhuatiri isi ikan akan hancur.
3) Kuahnya mmg seharusnya terasa manis2 masam sedikit. Selamat mencuba!
8 comments:
Sob!Sob! rindu kat Geylang...kecik2 main kat Jln Kembangan, lahir kat Hosp Joo Chiat (ada lg ke rumahsakit tu?)...
Mandi manda kat Pantai Changi...
makan mee rebus tersedap di pasar Serangoon, sob! sob! masa dah terlalu jauh meninggalkan seribu kenangan semalam...
Ada kenangan di Ang Mo Kio...
Wak yg jual mee rebus kat Pasar Seranggon tu ada pengganti tak agaknya? sayang kalau anak2 dia tak mewarisi kelazatan mee rebus dia, sampai harini akak takleh lupa dan takleh jumpa mee sesedap tu, dulu org pelbagai bangsa beratur sampai terkeluar2 dari pagar pasar tu semata2 nakkan mee rebus dia, mmg world! Periuk kuah mi tu punyalah besar, '3-4' akak boleh baring dlm tu! hahahaa..
Sup tulang cecah dgn roti perancis, kacang pool...soto yg enak, semua makanan s'pore enak2 belaka kan? Mertabak dia...
Tapi bro, kat pasar geylang segala fishball meatball tu dtg dari mana? nak kena hati2 jugak tau ya dek. Pastikan ayam disembelih dgn cara betul dan sempurna dan satu lagi yg pork halal S'pore tu sure tkder kat situ ya, heheee
BR, I was suppose to go New Pasar Geylang Serai on Friday but due to unforeseen circumstances, I cancelled it.
Heard that a day before the official opening New Pasar Geylang Serai, they sold everything at cheaper price. Duh! if I knew it, I would surely go....hehehe
Maybe if I go New Pasar Geylang Serai (insya-Allah tapi tak tahu bila ya)I will surely hunt down those "apam balik" stall first cos this is my favourite food. And one more thing, must cari ikan duri or ikan pari stall...ni kes favourite ikan.
BR > Queenjah
Salam. Akak asal Spura, skarang ni dok mana yer?
Mee rebus kat pasar Serangoon, heheh..kurang pasti pulak kak. Tp kalau sedap, kemana pindah pun orang cari kan...
Saya selalu pastikan barangan yg dibeli halal. Kalau ayam , selalunya ada di'tag'kan logo halal dari MUIS. Kalau itu pun diaorang nak tipu, heheh tk tau apa lah nak jadi yer..
Mekasih krn berkunjung ke sini ya.
Akak dah lama dilarikan ke Kl huhuhu, tu sebab akak suker sgt jalan2 ke rumah bro wlp tak diundang, sebab bagai dpt melepaskan rindu, masih terbayang2 benggali yg jual putu mayam ptg2 kat geylang, ingat lg tak? (dia pikul raga atas serban kat kepala dia tu...)pastu ada budak2 jinjit bakul jual kuih sambil teriak "epok2!..gendang kasturi!..." kalau bro dok Geylang tentu pernah jumpa situasi ni...rindu tau! eh, ntah2 budak yg jaja kuih tu bro tak? heehee bedek jer tu....jgn marah eh!
Haa...lagi satu ada sorang wak tu dia pikul sate, kalau kita nak beli dia duduk kat bangku kecik (semua dipikulnya), kita semua kerumun nengok dia kipas2 sate tu...tp sampai sekarang masih tak dpt jumpa lagi sate sesedap tu kan?
BR > Sofie
Heheh...ikan duri and ikan pari Insya'allah adalah tu kalau kat Geylang. Kalau nk cari gerai "apam balik" hmmmm..kenalah round/tawaf beberapa kali sbb saya sendiri tak jumpa sewaktu ke sana beberapa kali..
BR > QueenJah
Aduhh... ceriter akak terlalu nostalgia yer. Kena kidnapped ke KL, benggali jual putu mayam, budak jual epok2, wak jual satay!....
Hmm...camner eh nk ckp.. Saya lahir di lor 33 Geylang (bukan kat kandang kerbau yer!!) Tp waktu tu kecik2 lagi blom tau makan epok2 ,satay atau putu mayam.... Nak susu jer!!!!
Saya anak 60an arr kak.
Post a Comment