Followers

Thursday, November 29, 2007

Permintaan Resipi SOFT MARBLE CAKE

Buat Heida dan yg lain2 yg ingin cuba membuat Soft Marble Cake dari Puan Aini Salim, here it is! Terima kasih banyak (TQ, TQ,TQ) kepada Sdri Lela yang telah bersusah payah membongkar peti2 besi & kayu beliau dan yg sewaktu dgnnya..heheh...utk mencari resipi ini agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.


Soft Marble Cake
( Pn Aini Salim )

Bahan_Bahan
270 gram mentega
260 gram tepung gandum
250 gram gula kastor
10 gram koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air paip
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla serbuk


Cara-caranya:
~ Mentega, susu dan vanilla disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
~ Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
~ Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
~ Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan koko serbuk atau warna cokelat.
~ Siapkan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
~ Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
~ Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 minit.

2 comments:

Seema said...

Good words.

dewi said...

salam nw tgh uat the marble cake...1st time try.... tgh bakar tgu nk rasa jek