Followers

Tuesday, January 09, 2007

DAGING MASAK LEMAK CILI PADI

Pagi-pagi dah bangun masak lauk ni.... Nasib baik senang jer, main campak2 jer. But...really, this is the first time in my life cooking daging masak lemak cili padi. Biasanya gunakan ayam, ayam dan ayam jer.. heheh, (even babat pun sodap). But b'coz my other half tak makan babat (dia ckp mcm makan 'tuala') so, tak menjadilah ... But hey! the taste is not bad uhh. So, here it is, pic & recipe!



DAGING MASAK LEMAK CILI PADI

1 kg daging lembu/kambing (direbus 3/4 masak)- saya masukkan jer dlm pressure cooker..
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sm halia*
2 batang serai*
2 sm lengkuas*
2 sm kunyit hidup*
20 batang lada padi hijau*
2 batang lada merah*
2 helai daun kunyit (potong lebar2)
sedikit daun limau purut
sedikit bawang goreng (optional)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
2 biji kentang (dipotong wedges-optional)
1 batang lobak merah (dipotong bulat2-optional)
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara:
Kisar bahan-bahan bertanda *. Daging dipotong seperti "potong rendang" atau mengikut citarasa anda. Rebus dgn air hingga 3/4 masak. Lebihan air rebusan daging boleh digunakan nanti.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar tersebut lalu masukkan daun kunyit dan daun limau. Tumis hingga garing dan masukkan daging bersama air rebusannya sekali. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Bubuh garam, gula dan sedikit santan. Masak sehingga daging hampir empuk lalu masukkan lebihan santan tadi bersama sedikit bawang goreng. Kecilkan api dan biarkan daging empuk dan kuahnya pekat sedikit.

9 comments:

Anonymous said...

Salam abg rozzan...da berapa hari tak jenguk blog atau update fp...dapur ishzah pun tak berasap..kepala da bape hari ini sakit semcm aje...:(Tengok lemak chili padi ni,caranya sama ngan cara ishzah masak...sedapkan..lelagi kalau guna ayam. Ishzah mesti salai ayamnya dulu atas bara api..tapi tu la..ishzah takut pada hot n spicy...Campak sikit belimbing muda...aduhh...sedapnyaa..:)

BR said...

W'slam Ishzah. Mmg ada cara org dulu2 bila masak lauk ayam cili padi ni, ayamnya dipanggang diatas bara api ala-ala ayam percik. Caranya, masak kuahnya seperti biasa. Setelah ayam hampir empuk, keluarkan lalu dipanggang diatas bara. Sementara itu, kuah tadi dipekatkan dan kemudian masukkan semula ayam yg dipanggang tadi..Hmmm sedap..Abg pun biasa buat, tapikan...masuk OVEN jerr heheh...

TheBlurQueen said...

ya Allah meleler air lior kiter masok sini..hehhehe...abetu plak dengar sis ishzah mention campakkan belimbing muder,makin tergugat imanku...kekekke..neways, memang sodap lomak cili api ni!!kiter pon feberet tau!

BR said...

Nasib baik bukan bulan puasa mama dewi! Btw, next time pakai bib dulu yer, jadi senang nak lap, heheh..

Anonymous said...

rozzan,ada x resipi sambal kering ikan bilis yg blh simpan lama..
nak bg anak bwk blk hostel..
ada x?tq-ani-

BR said...

Hi anonymous

Resipi yg tepat belum ada. Cuma bezanya, kalau nak buat sambal ikan bilis yg agak kering, selain menumis cili/bawang tu sehingga 'garing', kita kenalah masak sehingga bahan cili/bawang tu betul2 pekat. Saya rasa sukatan gulanya pun mesti lebih sket krn bila dimasak lama, gula mmg bertindak 'memekat' dan 'mengeraskan' bahan yg dimasak tu. Insya'allah kalau saya buat di lain masa akan saya khabarkan ya.

Anonymous said...

perg npk mcm sedap gler..mne blaja nie..tp kala dia lain jerk..

Bicara Kita said...

dear bro,
sukanya saya dengan blog bro ni. by accident saya terjumpa blog bro...ya rabbiiii...banyknyer resepi...thanks ....banyak pahala nya nihhh

BR said...

Hi Sis,
Terima kasih krn berkunjung ke sini. Alhamdulillah, semoga setiap pengunjung mendapat sesuatu manfaat semasa berada di blog ini. Apapun, segala puji bagiNYA yg meminjamkan sedikit ilmu ni kpd saya.

You're most welcome!